Kisah seorang polis wanita Amerika memeluk Islam

Kategori: Kesaksian,Umum

LINDA DELGADO, seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Arizona, Amerika Syarikat. Beliau menerima hidayah Allah dan memeluk agama Islam ketika dunia digegarkan dengan isu keganasan. Ikuti kisah beliau bagaimana belia memeluk agama Islam dan suka duka pengalaman beliau.

LIMA tahun yang lalu, usia saya 52 tahun dan merupakan seorang Kristian. Saya bukannya ahli pada mana-mana gereja, tapi sepanjang hidup, saya sentiasa mencari kebenaran. Saya menghadiri banyak gereja dan belajar daripada guru-guru mereka. Semuanya tidak lengkap dan saya menyadari tiada apa yang benar melainkan Allah. Sejak usia saya 9 tahun saya membaca Injil setiap hari. Tidak dapat dikatakan, sejak sekian tahun lamanya, kerap kali saya mencari kebenaran yang hakiki.

Bertahun-tahun lamanya sepanjang pencarian saya untuk kebenaran, saya mempelajari beberapa ajaran agama. Lebih setahun lamanya saya belajar dua kali seminggu bersama seorang paderi Katolik, tapi tidak boleh menerima kepercayaan Katolik. Kemudian selama setahun saya mempelajari Kesaksian Jehovah dan juga tidak dapat menerima kepercayaan mereka. Saya menghabiskan masa hampir dua tahun bersama Mormon dan masih tidak menjumpai kebenaran. Saya pergi ke beberapa gereja Protestan, sesetengahnya selama beberapa bulan, cuba mencari jawapan pada persoalan saya.

Baca seterusnya…

18 Aug

Kematian Kristus Di Kayu Salib Atau Perogolan Suci Yessica?

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang Satu, yang tidak mempunyai isteri mahupun anak.

Artikel ini merumuskan pemerhatian saya semasa menyelidik nas Alkitab golongan Kristian yang berlegar-legar di pemikiran saya sejak sekian lama. Apa yang mengalakkan saya mempersembahkan rumusan ini adalah hakikat bahawa tiada seorang pun Kristian yang saya rujuk mampu mebuat bantahan terhadap teori saya ini.

Seperti yang kita sedia maklum, asas akidah agama Kristian adalah berdasarkan dua perkara yang berikut:

  1. Dosa asal yang diwarisi daripada Adam.
  2. Penyaliban dan korban darah Yesus kerana dosa asal Adam untuk penebusan dosa manusia seluruhnya.

Setelah mengkaji dan menyelidiki nas Alkitab golongan Kristian, pembaca akan dapat memerhatikan bahawa ia menyatakan sesuatu yang berlainan daripada kedua-dua asas yang kita nyatakan tadi dan mendedahkan suatu rahsia yang merupakan fakta yang tersembunyi. Dalam merenung kembali perkara ini, kita perhatikan bahawa akidah agama Kristian boleh dinyatakan sebagai: “Adam telah melakukan dosa”. Jika kenyataan ini terbukti, maka kita juga akan menjumpai kenyataan “Keturunan Adam mewarisi dosa daripada dosa asal Adam”. Jika kenyataan ini terbukti juga, maka kita boleh menjumpai kenyataan yang seterusnya menuju kepada kesimpulan pernyataan “Almasih disalib sebagai penebus dosa manusia”.

Baca seterusnya…

11 Aug

Al-Qur’an Dan Islam Dari Kacamata Barat

Al-Qur’an diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’ 17:9)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)

Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.

Baca seterusnya…

21 Apr

Pengakuan Remaja Yang Dimurtadkan Oleh Orang Kristian

Dora (bukan nama sebenar) telah dimurtadkan oleh teman lelakinya yang beragama Kristian. Beliau kemudian ditangkap dan dipenjara. Selepas itu beliau dimasukkan ke Raudhatus Sakinah. Ikutilah kisah seterusnya di dalam video ini.

16 Apr

Membongkar Hakikat Agama Kristian

Video BONGKAR KRISTIAN oleh Hajjah Irene Handono (mantan biarawati). Dahulunya beliau merupakan seorang pendakyah Kristian, sekarang beliau sudah menjadi seorang pendakwah Islam yang gigih. Di dalam video ini beliau membongkar hakikat kelemahan agama Kristian di mana 99% orang Kristian sendiri tidak tahu kerana disembunyikan oleh ketua-ketua paderi mereka sendiri.

Baca seterusnya…

16 Apr