Kesaksian Bekas Pastor Gereja Memeluk Islam

Haji Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz dilahirkan pada 6 Mac 1968, berasal dari Kota Belud, Sabah, daripada suku kaum Kadazan. Ayahnya bekas ketua gereja dan beliau sendiri mendapat pendidikan daripada ayahnya dan bersekolah Kristian selama 8 tahun serta dilatih menjadi mubaligh Kristian. Bersekolah kerajan dari Tingkatan 1 hingga 5 dan Tahun 1 dalam bidang Business Studies di ITM. Seterusnya beliau dihantar oleh ayahnya ke sekolah kristian di Namaus dari pusat gerakan penginjilan Sidang Injil Borneo yang berpusat di Lawas. Mula memeluk Islam pada 26 Februari 1990 di Pusat Latihan Dakwah Keningau, Sabah, di bawah Jabatan Perdana Menteri Pengajian Islam.

Baca seterusnya…

22 May

Mempergunakan al-Qur’an untuk Dakyah Agama Kristian

Gerakan misionaris Kristian di Malaysia menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran mengenai Isa alaihissalam, dalam usaha untuk mendakyahkan ajaran agama Kristian kepada umat Islam di negara ini

“Anda tidak perlu mengkritik Muhammad atau para nabi lain,” David Garrison, seorang mubaligh Kristian memberitahu New York Times pada hari Sabtu, Mac 13 2010.

“Hanya Membangkitkan Yesus”

Garrison menggunakan strategi yang disebut sebagai “Kaedah Camel”, yang melibatkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran tentang Yesus untuk memurtadkan seorang Muslim menjadi Kristian.

Dalam satu kes, strategi mereka adalah untuk berbicara dengan seorang Muslim tentang kelahiran ajaib Yesus.

“Adakah anda mengetahui adanya nabi lain lahir dari seorang perawan?” tanya si mubaligh kepada Muslim tersebut.

Di dalam Al-Quran, Yesus disebut “Isa”. Ia juga dikenali sebagai Al-Masih (Kristus) dan Ibnu Maryam (Putera Maryam). Muslim mempercayai kerasulan Isa .a.s. sebagai salah-seorang Nabi Allah yang besar.

Baginda a.s. adalah anak Maryam tetapi bukanlah Anak Allah. Baginda telah dikandung dan lahir secara ajaib. Keajaiban ini adalah petanda untuk semua bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Hal ini serupa dengan ciptaan Allah Adam tanpa seorang ayah atau ibu.

Adapun penyalibannya, umat Islam percaya bahawa Isa a.s. tidak disalibkan tapi telah diselamatkan dan diangkat ke syurga.

Baca seterusnya…

12 May

Daniel Streich Menerima Islam

Kategori: Kesaksian,Umum

Daniel Streich adalah seorang ahli politik Swiss. Beliau terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tetapi tanpa disangka-sangka telah memeluk agama Islam. Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan larangan terhadap kubah masjid, bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swizerland.

Beliau berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich kepada agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland. Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negara. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan pemikiran orang ramai terhadap mimbar, kubah dan masjid.

Tetapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Pemikiran anti-Islam akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid paling indah di Eropah, iaitu di Switzerland. Kini ada 4 masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Beliau mengakui ingin mencari “pengampunan dosa” setelah cuba meracuni Islam.

Sehingga kini larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang. Abdul Majid Aldai, presiden OPI, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Parti Rakyat Swiss (SVP). Beliau mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memberi kemenangan tentera di Swiss Army dengan popularitinya.

Baca seterusnya…

12 May

Islam dan Hari Krismas

Mohd Faudzee Abd Hamid (IPSI Pulau Pinang)

Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dari perspektif Islam berkenaan dengan sambutan hari Krismas (Christmas) oleh penganut-penganut agama Kristian ketika melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Ahad, 6 Disember 2009 yang lalu. Ini adalah kerana hiasan sambutan hari Krismas di lobi KLCC itu begitu hebat dan belum pernah saya lihat sehebat itu di mana-mana.

Baca seterusnya…

25 Dec

Kajian membawa Michael David Shapiro kepada Islam

Kategori: Kesaksian,Umum

Michael David Shapiro

Dalam pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai. Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).

Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.

Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia. Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya.

“Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama. Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran,” katanya.

Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.

Namun mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.

Baca seterusnya…

11 Jul