Jawapan Kepada Isu Perkahwinan Rasulullah Dengan Aisyah

Menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf, berkata ia: Menceritakan kepad kami Sufyan dari riwayat Hisyam, dari riwayat ayahnya, dari riwayat Aisyah RA: Bahwasanya Nabi SAWS menikahinya ketika umur beliau enam tahun, dan hidup serumah dangannya ketika umur beliau (Aisyah) sembilan tahun, dan beliau hidup beserta Rasul selama sembilan tahun. (H.R Bukhari: 5133 )
Jawapan kepada isu ini:
1. Sabit dalam hadis-hadis sahih bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berkahwin dengan Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun dan mereka mula bersama ketika Aisyah berumur 9 tahun.
2. Fakta ini diterima dengan kesepakatan seluruh umat Islam. Kata Ibn Kathir, “Hadis baginda berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun, dan bersama dengannya ketika berumur 9 tahun’ tidak ada khilaf antara manusia. Ia sabit dalam kitab-kitab hadis sahih dan lain-lain”. (Al-Bidayah wa an-Nihayah 3/161).
3. Tidak ada keganjilan dalam kes ini, kerana wanita yang hidup di negara-negara beriklim panas lebih cepat baligh, lebih cepat matang dan bersedia untuk menjadi isteri lebih awal.
Aisyah r.a. sendiri mengakui dengan kata-katanya, “Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita”. (Sunan Tirmizi 3/417).
Kata Imam Syafie: “Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun”. (Siyar A’lam Nubala 10/91).
Kata Imam Syafie lagi: “Aku menjumpai di San’aa (Yaman) seorang nenek berusia 21 tahun”. Dia mula haidh (baligh) ketika usia 9 tahun, dan melahirkan anak ketika usia 10 tahun. Anaknya pula haidh ketika usia 9 tahun dan beranak ketika usia 10 tahun”. (Sunan Kubro Baihaqi 1/319).
Jadi, kebiasaan wanita-wanita Arab baligh dan bersedia menjadi isteri ketika usia 9 tahun.
Incoming search terms:
- perkahwinan rasulullah dengan aisyah
- perkahwinan rasullullah dengan aisyah
- umur aisyah ketika berkahwin
- nabi muhammad menikahi aisyah umur
- nabi kahwin aisyah
- perkahwinan rasulullah dengan aishah
- mimpi kahwin dengan rasulallah
- hadis perkahwinan rasullah dgn aisha
- perkawinan rasulullah dengan aisyah
- rasulullah berkahwin dengan aisyah



