close button

Jesus Pun Bersolat Tahajud

Salah satu ajaran Nabi Isa a.s. yang hilang itu ialah tahajud. Ramai sangat umat Kristian tidak mengamalkan tahajud, padahal ini diajarkan oleh “Tuhan” mereka sendiri dalam Alkitab di tangan mereka pula.

Lukas 6:12 — Pada waktu itu pergilah Yesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman ia berdoa kepada Allah.

Matius 14:23 — Setelah orang banyak itu disuruhnya pulang, Yesus naik ke atas bukit untuk berdoa seorang diri. Ketika hari sudah malam, ia sendirian di situ.

Lukas 5:16 — Akan tetapi ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.

Markus 1:35 — Pagi-pagi benar, waktu hari masih gelap, ia bangun dan pergi keluar. Ia pergi ke tempat sunyi dan berdoa disana.

Muslim bersolat tahajud dan subuh pagi-pagi benar, saat hari masih gelap! Apakah orang Kristian bersolat tahajud, atau paling kurang bersolat di waktu Subuh?

  • Tuhan bangun pagi?
  • Tuhan Tahajud atau Subuh?
  • “Tuhan” Jesus berdoa kepada Tuhan ALLAH…?
  • “Tuhan” berdoa ke Tuhan yang mana lagi?
  • Aku berdoa kepada Aku???

Dan ajaran yang sudah hilang ini, dimurnikan lagi oleh ALLAH di dalam al-Qur’an.

Baca seterusnya…

15 Aug

Islam dan Hari Krismas

Mohd Faudzee Abd Hamid (IPSI Pulau Pinang)

Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dari perspektif Islam berkenaan dengan sambutan hari Krismas (Christmas) oleh penganut-penganut agama Kristian ketika melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Ahad, 6 Disember 2009 yang lalu. Ini adalah kerana hiasan sambutan hari Krismas di lobi KLCC itu begitu hebat dan belum pernah saya lihat sehebat itu di mana-mana.

Baca seterusnya…

25 Dec