close button

Kajian membawa Michael David Shapiro kepada Islam

Kategori: Kesaksian,Umum

Michael David Shapiro

Dalam pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai. Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).

Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.

Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia. Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya.

“Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama. Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran,” katanya.

Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.

Namun mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.

Baca seterusnya…

11 Jul

Joannes Lukas sebak selepas meneliti ayat al-Maidah

Kategori: Kesaksian,Umum

Pertemuan kali pertama penulis dengan anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini, langsung tidak menampakkan dirinya seorang mualaf. Ini kerana raut wajah Joannes Lukas, 29, persis jejaka Melayu ditambah pula kelancaran tutur kata tanpa dipengaruhi loghat negeri asalnya.

Malah menurut lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini lagi, kalau melihat penampilan dirinya sebelum bergelar Muslim, beliau sendiri tidak menyangka akan memeluk agama Islam.

“Jadi Muslim… memang tidak pernah terlintas dan terbayang. Ini kerana saya boleh dikatakan seorang penganut Kristian yang setia serta terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti gereja.

“Tetapi semuanya bermula selepas saya berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk menyambung pengajian di UPM kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, saya sedang mengikuti matrikulasi.

“Hakikatnya, pengislaman saya lebih kepada pengkajian dan perbandingan agama. Itupun selepas berhadapan dengan beberapa persoalan berkaitan agama anutan saya ketika itu,” cerita anak muda ini yang yang lebih mesra dengan panggilan Johan ketika ditemui di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM) di Taman Melawati, Selangor baru-baru ini.

Baca seterusnya…

28 Oct