close button

Perbandingan terjemahan Yehezkiel 23 dalam Alkitab Bahasa Indonesia / Melayu

Yehezkiel 23

Golongan misionaris Kristian sering mendakwa bahawa bidadari-bidadari yang berada di syurga seperti mana yang diceritakan oleh Al-Qur’an merupakan “cerita lucah” kerana ia menimbulkan berahi. Namun, mereka tidak dapat membuktikan bahawa dakwaan mereka ini adalah benar dan tidak ada nas-nas di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadis yang menceritakan apakah benar perhubungan seksual berlaku seperti di dunia. Misionaris Kristian juga telah lupa bahawa Alkitab yang mereka dakwa adalah “inspirasi” daripada Tuhan mengandungi ayat-ayat lucah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras bahawa ia adalah suci.

Berikut kami perturunkan terjemahan Yehezkiel 23:17-21 daripada dua sumber terjemahan yang berbeza, tetapi menceritakan perkara yang sama.

Baca seterusnya…

29 Oct

Kelucahan di dalam Yehezkiel 23

Sumber:

23:1. Datanglah firman TUHAN kepadaku:
23:2 “Hai anak manusia, ada dua orang perempuan, anak dari satu ibu.
23:3 Mereka bersundal di Mesir, mereka bersundal pada masa mudanya; di sana susunya dijamah-jamah dan dada keperawanannya dipegang-pegang.
23:4 Nama yang tertua ialah Ohola dan nama adiknya ialah Oholiba. Mereka Aku punya dan mereka melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan. Mengenai nama-nama mereka, Ohola ialah Samaria dan Oholiba ialah Yerusalem.
23:5 Dan Ohola berzinah, sedang ia Aku punya. Ia sangat berahi kepada kekasih-kekasihnya, kepada orang Asyur, pahlawan-pahlawan perang,
23:6 berpakaian kain ungu tua, bupati-bupati dan penguasa-penguasa, semuanya pemuda yang ganteng, pasukan kuda.
23:7 Ia melakukan persundalannya dengan mereka, semuanya orang Asyur pilihan; ia menajiskan dirinya dengan semua orang, kepada siapa ia berahi dan dengan berhala-berhalanya.
23:8 Ia tidak meninggalkan persundalannya yang dilakukannya sejak dari Mesir, sebab pada masa mudanya orang sudah menidurinya, dan mereka memegang-megang dada keperawanannya dan mencurahkan persundalan mereka kepadanya.
23:9 Oleh sebab itu Aku menyerahkan dia ke dalam tangan kekasih-kekasihnya, dalam tangan orang Asyur, kepada siapa ia berahi.
23:10 Mereka menyingkapkan auratnya, anak-anaknya lelaki dan perempuan ditangkap dan ia sendiri dibunuh dengan pedang. Dengan demikian namanya dipercakapkan di antara kaum perempuan sebab hukuman telah dijatuhkan atasnya. Baca seterusnya…

21 Jun