Sidang redaksi laman web ini seringkali menerima komen-komen daripada para penganut agama Kristian ajaran Paulus yang sesat lagi menyesatkan. Kebodohan mereka mengenai asas-asas ajaran Islam yang suci amatlah ketara, sehinggakan kami hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Contohnya, dakwaan mereka yang kononnya Rasulullah S.A.W. berkahwin sehingga 44 orang isteri. Kami amat pelik bagaimana jumlah “44 orang” ini boleh muncul, sedangkan sejarah dan nas hadis sahih jelas menyatakan bahawa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. hanya berkahwin dengan tiga belas orang sahaja. Itu pun daripada jumlah ini, hanya seorang sahaja merupakan anak gadis ketika berkahwin dengannya (iaitu Saidatina Aishah R.A.), isteri-isteri yang lain semuanya adalah janda. Namun begitu, jika orang Kristian mahu berlagak hipokrit dan membuat fitnah terhadap perkahwinan-perkahwinan Rasulullah S.A.W., maka seharusnya mereka mengutuk seorang rasul di dalam kitab Perjanjian Lama mereka terlebih dahulu, iaitu Raja Solomo! (rujuk kepada: 1 Raja-Raja 11:3).
Benjamin Stephen dikatakan berasal dari Johor dan telah murtad daripada Islam. Dia telah menyampaikan ceramah yang menghina Islam dan Muhammad s.a.w. Semua dakwaanya adalah palsu dan tanpa dalil. Berikut adalah siri video yang mengandungi jawapan-jawapan khusus kepada dakwaan palsu Benjamin Stephen yang murtad.
Golongan misionaris Kristian sering mendakwa bahawa bidadari-bidadari yang berada di syurga seperti mana yang diceritakan oleh Al-Qur’an merupakan “cerita lucah” kerana ia menimbulkan berahi. Namun, mereka tidak dapat membuktikan bahawa dakwaan mereka ini adalah benar dan tidak ada nas-nas di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadis yang menceritakan apakah benar perhubungan seksual berlaku seperti di dunia. Misionaris Kristian juga telah lupa bahawa Alkitab yang mereka dakwa adalah “inspirasi” daripada Tuhan mengandungi ayat-ayat lucah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras bahawa ia adalah suci.
Berikut kami perturunkan terjemahan Yehezkiel 23:17-21 daripada dua sumber terjemahan yang berbeza, tetapi menceritakan perkara yang sama.
Kita sudah melihat bagaimana para misionaris Kristian menyalahtafsir ayat-ayat Al-Qur’an yang memanggil ‘Isa Al-Masih sebagai “Kalimatullah” untuk menguatkan sokongan pada doktrin mereka bahawa ‘Isa itu adalah Allah yang muncul sebagai manusia. Penafsiran yang janggal seperti ini rupanya bukan sahaja dikhususkan untuk ayat ini sahaja, malah kita mendapati juga pertuduhan terhadap ayat Al-Qur’an yang seperti berikut:
Di dalam Injil, Yohanes 14:6 Isa berfirman “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun yang dapat datang kepada Allah kalau tidak melalui Aku.” Ayat ini jelas dan sering menghantui saya kerana di dalam surah Al-Fatihah 1:6 “Ihdinasyiraatallmustaqiim” yang bermaksud ‘tunjukkanlah aku jalan yang lurus’. Setiap kali waktu saya sembahyang, saya membaca ayat ini untuk meminta petunjuk agar ditunjukkan jalan yang lurus. Kepercayaan kepada Isa Al-Masih membawa jaminan penyelamatan. Ini terbukti di dalam Al-Qur’an Surah Az-Zukhruf 61 yang berbunyi: “hazaasyiraatolmustaqiim”, yang maksudnya; “Ikutlah Aku, inilah jalan yang lurus”.
Kita akan mengkaji ayat Al-Qur’an yang disebutkan oleh puak Kristian di dalam pertuduhan mereka.
Misionaris Kristian di dalam artikel mereka telah membuat dakwaan bahawa al-Qur’an adalah tidak sempurna pengumpulannya. Setelah meneliti secara sepintas lalu artikel tersebut, didapati semua itu hanyalah dendam dan dengki musuh-musuh Islam terhadap Islam. Dalam usaha menyangkal tuduhan-tuduhan palsu musuh-musuh Islam itu, selain dari mengguna-pakai hujah-hujah para ulama Islam, kita juga boleh menggunakan hujah sesetengah orientalis Barat yang mengkaji perkara ini dan mengakui kebenarannya. Barangkali dengan ini, hujah musuh-musuh Islam lebih senang disangkal.Sebelum itu, perlu diingatkan tidak semua Orientalis mengkaji ilmu-ilmu Islam untuk menghina Islam. Ada juga mereka yang mengkaji dengan tujuan untuk mencari kebenaran. Hal ini memang telah terbukti.
Berhubung masalah yang dikemukakan di atas, kita mengambil apa yang telah ditulis oleh Sir William Muir dalam “The Life of Mohammad”, supaya mereka yang sangat berlebih-lebihan dalam memandang sejarah dan dalam memandang diri mereka yang biasanya menerima begitu saja apa yang dikatakan orang tentang pemalsuan dan perubahan al-Qur’an itu dapat melihat sendiri. Muir adalah seorang penganut agama Kristian yang teguh dan juga berdakyah untuk agamanya. Walaupun ia seorang orientalis, dia tidak membiarkan setiap orang mengambil kesempatan melakukan kritik terhadap Nabi s.a.w. dan al-Qur’an.