Bantahan Mengenai Dakwaan "Kontradiksi Di Dalam Al-Qur'ân"
Ayat [81:25] dan Ayat [72:14]
Mohd Elfie Nieshaem Juferi
© Menjawab Dakyah Kristianisasi, Hakcipta Terpelihara.
Misionaris Kristian membuat kenyataan bahawa
Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk…. (QS. 81 At Takwiir -menggulung- :25)
bertentangan dengan:
Jin-jin berkata di dalam Al-Quran Surah Jin.. (QS 72 Al Jin 14)
Dakwaan
ini kami kira adalah yang paling dangkal sekali dalam siri pertuduhan para misionaris
terhadap al-Qur'an dan jawapan ini hanya dimasukkan sekadar untuk "melengkapkan"
senarai 'percanggahan' di dalam Al-Qur'an. Maksud Surah
At-Takwiir: 25 adalah bahawa seluruh Al-Qur'an itu berasal dari Allah,
dan bukan perkataan Syaitan yang terkutuk. Sedang makna Surah
Al-Jin:14 pula adalah perkataan jin yang diceritakan kembali oleh Allah
kepada Rasul-Nya Muhammad
,
dengan tujuan menunjukkan bahawa di antara para jin, ada yang beriman kepada
Allah, tidak seperti dalam Perjanjian Baru di mana Iblis dapat mempermain-mainkan
Tuhan seperti yang tercatat dalam Matius 4: 1-11.
Al-Qur'an itu bukan hanya untuk manusia sahaja tetapi juga untuk jin kerana tujuan penciptaan jin dan manusia adalah supaya beribadat kepada-Nya, seperti dalam Surah Adzaariyat : 51.
Oleh kerana itu maka jelaslah bahawa ayat-ayat ini tidak bertentangan.