Kontradiksi Tentang Minuman Keras?

Bantahan Mengenai Dakwaan "Kontradiksi Di Dalam Al-Qur'ân"

Ayat [2:219] dan Ayat [83:25]

Mohd Elfie Nieshaem Juferi

© Menjawab Dakyah Kristianisasi, Hakcipta Terpelihara.


Dakwaan Misionaris

Misionaris Kristian membuat kenyataan bahawa

Minum khamar dan minuman keras atau arak adalah dosa besar (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina- 219)

Bertentangan dengan:

Di syurga akan diberi minum khamar dan arak secukup-cukupnya, (QS. 83 Al Muthafifiin -orang yang curang-: 25)

Apakah amalan-amalan yang diharamkan di dunia ini adalah halal di akhirat ??? Dimanakah konsisten and kesahihannya Firman Tuhan ini?

Bantahan

Tetapi apa yang sebenarnya tidak konsisten adalah lagak lucu para misionaris, kerana walaupun  hal-hal seperti ini begitu remeh, mereka masih hendak mencari "kesalahan-kesalahan al-Qur'an" yang sememangnya tidak wujud. Kita akan melihat ayat-ayat yang dipersoalkan.

Berikut adalah Surah Al Baqarah (2): 219 berserta terjemahannya

Surah Al Baqarah : 219

"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan'. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir."

Berikut adalah Surah Al Muthafifiin(83): 25 dan terjemahannya

Surah Al Muthafifiin : 25

"Mereka diberi minum dari khamar murni yang dilak (tempatnya)" 

Apakah pertentangan yang terdapat di dalam ayat-ayat di atas? Nikmat syurga mengandungi nikmat yang tidak ada sesiapa yang telah melihat, tidak ada sesiapa yang dapat mendengar dan tidak dapat dibayangkan oleh akal manusia. (Hadis Qudsi. Juga rujuk kepada Surah Al-Sajdah(32):17

Dalam menghadapi nikmat seperti itu, bagaimanakah anda memberitahu orang apakah yang menanti mereka? Tentunya anda akan memberikan istilah analogi yang membawa isu tersebut  lebih berhampiran kepada kefahaman mereka. Misalnya, Surah Muhammad (47) :15 menerangkan bahawa air syurga adalah sentiasa tidak berubah bau dan rasanya, sungai-sungai dari air susu yang tidak masam selamanya, dsb. Dan pada keadaan yang serupa, air khamar di syurga juga tidak mengandungi  kandungan yang mengandungi ramuan yang mana telah menyebabkan ia dilarang di dalam hidup ini. Secara khususnya, kandungan yang memabukkan, seperti alkohol. Oleh itu minuman khamar di dalam syurga tidak perlu mengandungi kandungan seperti minuman khamar di dunia ini. Anda tidak boleh membandingkan kedua-duanya. Sebagai contoh Surah Al-Insaan (76):21 menerangkan bahawa

Surah Al-Insaan (76):21

"Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih."

Perlu diterangkan bahawa maksud "bersih" dalam Bahasa Arab adalah "bersih dari segala benda-benda yang diharamkan", termasuk benda-benda yang memabukkan.

Ini telah diperjelaskan di dalam Surah Ash Shaffaat (37): 43-47 seperti berikut:

Surah Ash Shaffaat (37): 43-47

"Di dalam syurga-syurga yang beraneka nikmat. Di atas mahligai-mahligai mereka duduk berhadap-hadapan. Diedarkan kepada mereka dengan piala dan telaga yang selalu mengalir. Putih bersih, sedap bagi orang-orang yang meminum . Tidak ada padanya minuman keras dan tidak mereka akan mabuk."

dan juga Surah Al-Waaqi'ah (56) :19

Surah Al-Waaqi'ah (56) :19

"Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk."

Oleh itu, berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa: 

Maka dengan penerangan di atas, jelaslah kepada kita tentang kepalsuan tuduhan misionaris Kristian ini.


Indeks Utama