Mohd Elfie Nieshaem Juferi
© Menjawab Dakyah Kristianisasi, Hakcipta Terpelihara.
Misionaris Kristian di laman web mereka telah mendakwa bahawa al-Qur'an mempunyai banyak permasalahan dan percanggahan di dalamnya yang membatalkan kedudukannya sebagai Kalam Allah. Berikut adalah jawapan-jawapan kepada setiap pertuduhan yang dilemparkan oleh para misionaris Kristian. Tetapi sebelum itu, para pembaca diharap meneliti artikel yang menerangkan metodologi "Al-Qur'an mentafsirkan antara satu sama lain", yang diperakui oleh ulama-ulama Islam sebagai satu-satunya metodologi yang terbaik dalam penafsiran teks al-Qur'an.
Kesilapan besar para misionaris Kristian adalah kurangnya pendedahan dalam cara-cara mentafsir al-Qur'an dan disebabkan itu, mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan penafsiran mengikut cara tersendiri mereka untuk menegakkan tuduhan-tuduhan mereka yang jelas palsu. Insya' Allah, dengan penjelasan-penjelasan yang diberikan ini, "masalah" mereka akan dapat diselesaikan.