close button

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun

Tidak berapa lama selepas mereka bersama-sama menyebarkan misi dakwah Isa a.s., Barnaba sendiri mula menjauhkan diri daripada Paulus kerana beliau telah dapat menghidu taktik kotor Paulus yang cuba menyesuaikan agama Isa a.s. dengan akidah orang-orang Yunani. Ajaran Isa a.s. mengenai konsep tauhid adalah suatu bentuk penghapusan semua dewa-dewa yang berbagai-bagai. Ajaran seperti inilah yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Bagi orang yang setulus dan seteguh Barnaba, tugas menciptakan cara hidup yang diajarkan Isa a.s. di Yunani tanpa menyesuaikan diri dengan lingkungannya, pastilah sangat berat. Barnaba tentunya amat memegang teguh kepada kepercayaan bahawa Isa a.s. mengetahui bahwa penciptaanya/kelahirannya tidak menginginkan hukum-hukum Taurat dikurangi atau diubah sekecil mana pun. Untuk itu dia tetap berpegang teguh pada ajaran yang pernah diterima langsung olehnya dari Isa a.s.

Akhirnya mereka berdua, Barnaba dan Paulus, lebih banyak bertentangan pendapat, sehingga menimbulkan perselisihan yang tajam. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan mengikut hala-tuju masing-masing.

Baca seterusnya…

06 Oct

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Saulus Menjadi Paulus

Sejurus selepas bertaubat, Saulus mula mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Nabi Isa a.s. Saulus kemudiannya berjumpa dengan para pengikut Nabi Isa a.s. tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini. Kisah ini diceritakan di dalam Kisah Para Rasul, 9-13.

Ekoran daripada peristiwa di atas (taubatnya Paulus), beliau telah mengisytiharkan dirinya juga sebagai salah seorang daripada para rasul bagi Nabi Isa a.s. Beliau selalu dan tanpa segan-silu mendakwa dirinya juga terdiri daripada para rasul yang mulia itu dengan kata-katanya:

(I) – 1 KORINTUS (1): 1

“Dari Paulus, yang oleh kehendak Allah dipanggil menjadi rasul Kristus Yesus…”

(II) – 2 KORINTUS (11): 5

“Tetapi menurut pendapatku sedikitpun aku tidak kurang daripada rasul-rasul yang tak ada taranya itu.”

Walau bagaimanapun, pengisytiharan Paulus sebagai rasul itu tidak sedikitpun mendapat perhatian masyarakat Yahudi, bahkan para pengikut dakwah Nabi Isa a.s sedikit pun tidak percaya kepadanya. Bagaimanakah hendak dipercayainya dengan begitu mudah, walhal Paulus sebelum ini merupakan musuh terutama bagi para pengikut Nabi Isa a.s.?

Baca seterusnya…

06 Oct

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Siapakah Paulus?

Sejurus selepas pemergian Nabi Isa a.s., seorang lelaki berbangsa Yahudi bernama Saulus, seorang yang anti kepada ajaran Nabi Isa a.s. yang asli, telah berusaha untuk memesongkan ajaran Isa a.s. dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Nabi Isa a.s. Malah Saulus juga bertanggungjawab di dalam pembunuhan Stefanus, salah seorang daripada pengikut Isa a.s.

Umumnya telah mengetahui bahawa Paulus sebelum dikenali sebagai pendeta terulung agama Kristian adalah seorang Rabbi (pendeta) Yahudi yang bernama Saul Ben Kissai (Saulus) daripada suku Benyamin. Beliau pernah mendapat pendidikan agama Yahudi di Yerusalem. Di antara para gurunya adalah Gamaliel, seorang pendeta besar Yahudi yang meninggal dunia pada tahun pertengahan kurun yang pertama. Beliau juga pernah menuntut di beberapa buah tempat yang kuat pengaruhnya daripada falsafah Yunani dan Rom. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah kembali ke kampung halamannya di Tarsus untuk membantu ayahnya sebagai seorang saudagar dan dalam masa yang sama, Paulus telah berusaha mengembangkan agama Yahudi aliran Farisiyyin kepada anak-anak bangsanya. Agama Yahudi aliran Farisiyyin ini merupakan satu aliran yang paling kuat menentang dakwah yang dibawa oleh baginda Nabi Isa a.s ketika itu.

Baca seterusnya…

03 Oct

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Bagaimana Ia Bermula

Ajaran Kristian pada hari ini dikatakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus, ataupun lebih dikenali dengan Nabi Isa a.s. dalam dunia Islam, tetapi jika kita mengkaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Alkitab, kita akan mendapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung di dalam ajaran agama Kristian pada hari ini adalah berpunca daripada atau merupakan ciptaan seorang Yahudi yang bernama Saulus yang lahir di bandar Tarsus, ibu kota Cicillia di Asia Minor, yang kemudiannya dikenali dengan nama Paulus.

Nabi Isa a.s. yang sebenarnya adalah seorang nabi daripada golongan Bani Israil yang diutuskan sebagai Rasul yang megesahkan kebenaran kitab Taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah s.w.t. Baginda juga diutuskan Allah s.w.t. untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi dan Rasul terakhir utusan Tuhan yang Maha Agung, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Isa a.s. telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu daripadanya di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah s.w.t., yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor yang tidak bertangungjawab.

Baca seterusnya…

03 Oct

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Kata Pengantar

Segala puj-pujian hanyai bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan semua generasi umat Islam yang bersungguh-sungguh dalam mengikuti mereka.

Buku ini ditulis dengan penuh kesedaran mengenai gerakan misionaris Kristian yang semakin aktif dengan dakyah-dakyah mereka mutakhir ini yang mengakibatkan gejala murtad di kalangan orang Islam di Malaysia. Terbaru adalah kes Lina Joy, seorang Islam yang telah berjaya didakyahkan agama Kristian kepadanya dan natijahnya menuntut di mahkamah sivil agar penukaran agamanya daripada Islam kepada Kristian menjadi rasmi. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpedidikan agama. Walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad.

Kita berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala keraguan iman dan daripada segala tipu daya orang-orang kafir terutamanya dari kalangan Ahli Kitab yang selalu berusaha melemahkan keyakinan kita. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi yang ingin mencari kebenaran. Namun kebenaran tidak akan diperolehi apabila proses pencarian didasari perasaan benci yang mendalam terhadap Islam. Manusia perlu sekali memerdekakan kisaran roda pemikirannya dari sebarang unsur jahilliyyah, mengubah corak, warna dan budaya hidup yang menjijikkan, menilai semula aksi-aksi perbuatan dan amalan-amalan khurafat yang mencemarkan, meminda semula budaya hidup dan etika-etika yang tidak diperlukan, justeru di sana akan terbinalah semula struktur baru kehidupan yang lebih komprehensif dan lebih universal dengan keagungan nilai-nilai sejagat dan keagungan iman yang kuat setelah perkara-perkara tersebut dapat dikuburkan.

Ternyata, jika kita mengkaji asas-asas ajaran agama Kristian pada hari ini, ia bukannya datang daripada ajaran Nabi Isa al-Masih a.s. tetapi melalui melalui ajaran seorang Yahudi daripada bandar Tarsus (kini terletak di negara Turki) yang bernama Saulus, yang kemudian menukar namanya menjadi Paulus. Tidak ramai yang mengetahui bahawa Paulus sebenarnya adalah seorang pemabuk (2 Kor 12:1-5) dan pembunuh (rujuk kepada Kisah Para Rasul 9:1-3). Paulus telah berjaya menyakinkan para pengikut Nabi Isa a.s. bahawa dia telah menerima “wahyu” untuk meneruskan ajaran Isa a.s. dan telah menyertai mereka untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nabi Isa a.s. Namun begitu, ternyata Paulus mempunyai niat jahat yang terpendam, iaitu untuk menghancurkan agama Nabi Isa a.s. dari dalam dengan memperkenalkan doktrin-doktrin palsu yang langsung tidak mempunyai asas di dalam ajaran asli Nabi Isa a.s. Tujuannya semata-mata untuk menarik golongan bukan Yahudi menyertainya. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan Paulus terbabit di dalam pertelingkahan dengan para sahabat Nabi Isa. a.s. yang kemudiannya menyebabkan beliau meninggalkan golongan hawariyyun untuk menyebarkan ajarannya secara bersendirian bersama-sama pengikutnya.

Baca seterusnya…

12 Sep