Pengakuan Remaja Yang Dimurtadkan Oleh Orang Kristian

Dora (bukan nama sebenar) telah dimurtadkan oleh teman lelakinya yang beragama Kristian. Beliau kemudian ditangkap dan dipenjara. Selepas itu beliau dimasukkan ke Raudhatus Sakinah. Ikutilah kisah seterusnya di dalam video ini.

Membongkar Hakikat Agama Kristian

Video BONGKAR KRISTIAN oleh Hajjah Irene Handono (mantan biarawati). Dahulunya beliau merupakan seorang pendakyah Kristian, sekarang beliau sudah menjadi seorang pendakwah Islam yang gigih. Di dalam video ini beliau membongkar hakikat kelemahan agama Kristian di mana 99% orang Kristian sendiri tidak tahu kerana disembunyikan oleh ketua-ketua paderi mereka sendiri.

Read the rest of this entry…

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun

Tidak berapa lama selepas mereka bersama-sama menyebarkan misi dakwah Isa a.s., Barnaba sendiri mula menjauhkan diri daripada Paulus kerana beliau telah dapat menghidu taktik kotor Paulus yang cuba menyesuaikan agama Isa a.s. dengan akidah orang-orang Yunani. Ajaran Isa a.s. mengenai konsep tauhid adalah suatu bentuk penghapusan semua dewa-dewa yang berbagai-bagai. Ajaran seperti inilah yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Bagi orang yang setulus dan seteguh Barnaba, tugas menciptakan cara hidup yang diajarkan Isa a.s. di Yunani tanpa menyesuaikan diri dengan lingkungannya, pastilah sangat berat. Barnaba tentunya amat memegang teguh kepada kepercayaan bahawa Isa a.s. mengetahui bahwa penciptaanya/kelahirannya tidak menginginkan hukum-hukum Taurat dikurangi atau diubah sekecil mana pun. Untuk itu dia tetap berpegang teguh pada ajaran yang pernah diterima langsung olehnya dari Isa a.s.

Akhirnya mereka berdua, Barnaba dan Paulus, lebih banyak bertentangan pendapat, sehingga menimbulkan perselisihan yang tajam. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan mengikut hala-tuju masing-masing.

Read the rest of this entry…