close button

Misi

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan semesta alam yang Maha Berkuasa dan Pencipta segala yang ada di langit dan di bumi. Dan juga telah diutuskan Rasul-Nya yang terakhir, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa Rahmat dari-Nya kepada orang-orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang-orang kafir. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas sehinggalah ke Hari Kiamat. Sesungguhnya tidak ada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah s.w.t. dan Muhammad s.a.w adalah Rasul dan Pesuruh yang diutus-Nya.

ISLAM datang menjelma dalam kehidupan manusia pada saat-saat manusia bergelombang dengan arus jahilliyyah yang sesat. Islam muncul dengan manhajnya yang sempurna untuk menghapuskan jahilliyyah sehingga ke akar umbinya. Tetapi pada ketika Islam mula bersinar dengan cahaya yang terang-benderang menerangi kehidupan manusia, para misionaris ajaran lapuk Kristian yang telah usang bagaikan peminta sedekah dengan baunya yang hapak dan hanyir cuba mengadu domba membuat kekacauan dan onar supaya dapat menarik minat orang-orang Islam untuk bersama-sama dengan ajaran yang lapuk itu dengan hanya satu tujuan: memusnahkan agama Islam yang suci dan umat Islam sejagat. Pelbagai aksi dan cara dilakukan untuk melemahkan keyakinan umat Islam, semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang satu. Kita tidak perlu berasa hairan dengan perjuangan mereka yang palsu ini, kerana Allah s.w.t telah menerangkan angan-angan kosong mereka di dalam Kalam-Nya:

“Dan mereka (orang Yahudi dan Nasrani) berkata: ‘Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani.’ Demikianlah itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: ‘Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar'” (Sura’ Al-Baqarah: 111)

Islam sebagai Ad-Din bukan hanya terbelenggu dengan tuntutan agama seperti soal ibadah semata-mata, malah Ad-Din adalah suatu peraturan hidup bermasyarakat, suatu sistem ekonomi yang sempurna dan suatu sistem politik yang tersendiri. Keistimewaan inilah yang menjadikan Islam berkembang dan dapat menerima kemajuan serta mampu menerima peradaban dalam pelbagai zaman mahupun dalam semua keadaan yang berlainan.

Kita berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala keraguan iman dan dari segala tipu daya orang-orang kafir terutamanya dari kalangan Ahli Kitab yang selalu berusaha melemahkan keyakinan kita. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi yang ingin mencari kebenaran. Namun kebenaran tidak akan diperoleh apabila proses pencarian didasari perasaan benci yang mendalam terhadap Islam. Manusia perlu sekali memerdekakan kisaran roda pemikirannya dari sebarang unsur jahilliyyah, mengubah corak, warna dan budaya hidup yang menjijikkan, menilai semula aksi-aksi perbuatan dan amalan-amalan khurafat yang mencemarkan, meminda semula budaya hidup dan etika-etika yang tidak diperlukan, justeru di sana akan terbinalah semula struktur baru kehidupan yang lebih komprehensif dan lebih universal dengan keagungan nilai-nilai sejagat dan keagungan iman yang kuat setelah perkara-perkara tersebut dapat dikuburkan.

Namun kebenaran tidak akan diperoleh apabila proses pencarian didasari perasaan benci yang mendalam terhadap Islam.

Memanglah kerja membina laman web ini sangatlah berat, juga memerlukan pengkajian yang teliti supaya setiap bahan yang diketengahkan adalah tepat dan berasas serta jauh dari dakwaan liar yang berbau sentimen semata-mata. Sebenarnya kami di sini tidak ada daya-upaya melainkan mengharap bimbingan-Nya. Dan Al-Qur’an telah memberikan kami panduan utama dalam usaha ini:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Sura’ An-Nahl: 125)

Juga silalah pembaca merujuk kepada artikel “Dakwah Dalam Islam”, karangan Syed Hasan Alatas. Semoga dengan membaca artikel-artikel yang tersiar di laman web ini dapatlah kiranya menjawab dakyah dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh para misionaris Kristian terhadap ajaran Islam yang syumul serta pada masa yang sama memberikan gambaran jelas terhadap hakikat ajaran Kristian yang ada pada hari ini bahawa ia telah jauh menyimpang dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Semoga kita diberi kekuatan Iman agar terhindar dari tipu daya dan pujuk rayu mereka, Insya’ Allah.

Amin ya rabbal alamin.