Kisah Penyanyi Rock Inggeris Masuk Islam

(Cat Stevens - Yusof Islam)

Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.

Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

16 Responses to “Kisah Penyanyi Rock Inggeris Masuk Islam”

  1. jeremy

    Ada juga kisah yang seperti ini pernah berlaku di Indonesia iaitu seorang ulama Islam telah masuk agama Kristian,nama beliau ialah Yusuf Roni.

    Tidak ada “ulama Islam” bernama Yusuf Roni menurut pengetahuan kami. - Editor

    November 4th, 2005 | 12:55 am
  2. mary

    bagaimana pulak dgn datuk azhar mansor? dgr khabar dia di buang negeri oleh pm kita kerana masuk kristian..hmmm…

    Cerita ini adalah tidak benar sama sekali - Editor

    November 21st, 2005 | 3:53 pm
  3. sml

    1. Maka sembahlah olehmu wahai orang-orang yang mensyarikatkan Allah dengan makhluk ; sembahlah apa sahaja yang kamu kehendaki selain Allah. Katakanlah wahai orang-orang yang beriman kepada Allah: Sesunguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarganya pada hari Kiamat. Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

    April 11th, 2006 | 1:21 am
  4. kingsms89

    menggunakan org terkenal sbg contoh agaknya nampak sangat kelemahannya.Dalam hidup beragama sama ada org tersebut terkenal atau kaya adalah sama sahaja di sisi Tuhan.pernahkah tuan besar editor ke Sarawak atau ke Sabah? Kenal ke hati budi masyarakat disana? Setahu saya ramai org semenanjung yang berbangsa melayu dan beragama islam telah banyak membuat onar di Sarawak dan Sabah. Banyak perempuan muda yang beragama Kristian terpaksa masuk ke agama Islam kerana telah dibesarkan perutnya oleh orang-orang berkenaan.Malang dan memalukan sekiranya pengislaman hanya melalui pendekatan sebegini.Ada sebuah kisah benar bagaimana orang islam semenanjung ini yang telah berkahwin dan membawa perempuan berkenaan ke semenanjung dan akhirnya diseksa dan dibiarkan sahaja sehinggalah orang-orang sabah yang berkerja di semenanjung menjumpainya dan memberikannya wang untuk balik ke Sabah semula. Apa dan jadi ni?Tahukah Tuan Besar Editor bahawa untuk menjadi seorang Kristian, seseorang itu terpaksa menghadiri kelas agama selama 12 bulan dan sekiranya kedatangannya tidak memuakan dia tidak akan diterima sebagai seorang Kristian.Ia tidak semudah yang dijangkakan!!! Tidak ada unsur-unsur paksaan kerana Kristian percaya iman adalah pemberian Allah yang maha kuasa. Semua orang pandai bercakap tentang agama macam tuan Editor tetapi bagi saya yang lebih penting sebenarnya adalah hidup kita adalah untuk beramal melalui agama.Saya nak tanya pernahkah Tuan Editor melayani secara peribadi orang-orang berpenyakit Kusta, Aids dan hidup sehari dan makan makanan orang-orang miskin di luar bandar? Kalau pernah melakukan, syukurlah tapi kalau pandai bercakap sahaja, eloklah renung-renungkan diri dahulu.Sesungguhnya semua manusia pandai berkata-kata.

    May 9th, 2006 | 10:09 am
  5. iman

    itulah masalahnya sekarang, bila keluar cerita tentang org kristian masuk islam, penganut kristian pula menceritakan org islam yg masuk kristian.sama2 sedang bertelagah antara satu sama lain untuk membuktikan siapa yg benar dan salah… Kita harus fikirkan sama2, untk mengetahuan ttg agama itu, belajar dahulu…

    May 18th, 2006 | 10:45 am
  6. doel_14260

    allah swt akan memberikan hidayahnya dan mencabut hidayah serta ilmunya kepada siapa saja yang allah kehendaki walaupun ia pendeta,ulama,roker,ataupun manusia paling hina sekali pun,amiiiiieeeeeeeen

    June 28th, 2006 | 6:45 pm
  7. kaos

    kingsms89 Wrote–>
    Tidak ada unsur-unsur paksaan kerana Kristian percaya iman adalah pemberian Allah yang maha kuasa.
    ———————————————-
    sangat lucu, Org kristian pun percaya Allah itu Wujud. Bukankah menurut Ajaran kristian Nabi Musa itu adalah Tuhan yg maha Agung???

    Sesungguhnya semua manusia pandai berkata-kata.

    August 18th, 2006 | 4:09 pm
  8. mereka hanya berkata-kata tanpa mendapatkan kebenarannya. mereka katakan kita terlalu taksub. tetapi sebenarnye mereka yang sombong tidak mahu mempelajari islam. sedangkan kita juga mempelajari injil dan kitab2 sebelumnya. akhirnya kita percaya bahawa Al-Quran itulah yang terakhir dan Agama yang diredhai oleh Allah.

    September 6th, 2006 | 10:59 pm
  9. kingsms89

    untuk saudara kaos,

    Salam Damai terlebih dahulu.Nampaknya saudara tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang agama kristian atau mungkin ilmu agama saudara sendiri atau ilmu pendidikan itu sendiri. Kata-kata saudara jelas sekali menunjukkan bahawa kebodohan atau kejahilan saudara.Lantas dalam pandangan saya bahawa saudara bukanlah seorang Islam yang baik dan tekun.Tidak keberatan kalau saya katakan saudara hanya beragama Islam tapi dibibir cuma. Dalam Al Quran juga jelas mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah mengangkat ilmu itu setinggi-tingginya sehingga meminta umatnya menuntut ilmu kenegara China. Malangnya adakah saudara benar-benar menuruti perintah Rasullulah? Barangkali saudara cuma cukup-cukup makan untuk belajar! Jika benar jelaslah juga saudara ini tidak menurut kehendak Rasulllah itu sendiri dan bagaimana saya boleh menerima kata-kata saudara itu jika seruan Rasullullah itu sendiri saudara engkari!Saudar Kaos, untuk memahami sesuatu pekara, hati dan minda perlu dibebaskan terlebih dahulu.Sama juga apabila belajar matematik atau bahasa English di mana belum bermula dah dikatakan susah. Sikap negatif inilah yang menghalang untuk menguasai ilmu berkenaan. Hal ini sama dengan belajar ilmu agama.Sepekara lagi, Islam menerima agama Kristian dan agama Yahudi sebagai agama Samawi dan tentunyalah apabila ianya adalah agama Samawi maka Allah itu wujud! Kini tidak pasti siapa yang pandai berkata-kata?.

    September 8th, 2006 | 9:14 am
  10. ixora

    sedang menjelajah siapa itu Cat Stevens ..

    October 5th, 2006 | 3:01 am
  11. brigitz

    untuk editor,

    saya rasa anda harus banyak membaca, karena pendeta yusufroni itu orang yang sangat terkenal yang berpindah agama dari islam ke kristen karena keyakinannya.

    September 9th, 2007 | 4:03 pm
  12. karim

    untuk editor

    saya nak minta bantuan, saya ada kekasih yg nonmuslim. saya sayang sangt dekat dia. saya ni muslim dan dia pula non muslim. bagaimana caranya untuk saya membuka pintu hatinya untuk menerima islam?.sebab perancangan saya untk menjadikn dia sbg pasagan hidup saya. dan yang menjadi masalahnya juga ialah keluarganya merupakan penganut agama yg kuat. dan amat tidak senang dia berpasangan dgn orang islam seperti saya. saya harap editor dapat memberikan pendapt.. terima kasih.

    September 13th, 2007 | 12:28 am
  13. nan

    untuk kingsms89
    janganlah berniat menghujat orang, jagalah kata dan tulisan jika anda adalah umat nasrani yang taat, janganlah anda merasa sakit hati jikalau ada yang mengemukakan ada orang nasrani yang berpindah ke islam, sebab anda percaya bahwa iman adalah pemberian ALLAH. Menurut saya tulisan dari editor ini hanyalah sebuah seruan bukanlah sebuah paksaan, cukuplah anda baca dan selidikilah kebenarannya, jika salah bolehlah anda menentangnya dan tunjukkan bukti kebenarannya, namun jikalau benar keadaannya, janganlah anda menuntut kebenarannya.

    October 29th, 2007 | 2:54 pm
  14. tan

    kalau boleh editor jelaskan kepada seluruh rakyat malaysia mengenai datuk azhar mansor..jangan sembunyikan dari rakyat

    November 1st, 2007 | 4:51 am
  15. noor azwati

    baguslah orang kafir masuk Islam.secara tak langsung dapat menambahkan ahli umat Nabi Muhammad. so, kita sebagai umat Islam seharusnya menunjukkan Islam ini kuat, mulia dan agung serta hebat.

    February 19th, 2008 | 2:25 pm
  16. Alwi

    Utk Kingsms dan yang lain-lain…Dalam kita membicarakan tentang kebenaran atau mencari kebenaran, pertama adab yang perlu kita ikuti ialah mengelakkan unsur-unsur siapa yang lebih baik dari segi amalan ataupun sejauh mana kebaikan suatu agama itu melebihi agama lain. Andai pendekatan ini kita ambil maka sampai kita bertemu tuhan kita, kita tidak akan habis-habis bertelagah dan ketika itulah, Allah akan menyatakan kebenaran yang hakiki, sayangnya kita sudah tidak mampu kembali ke alam dunia untuk mengiyakannya. Rugi, itulah satu perkataan yang boleh kita gunakan dalam keadaan itu. Saya berpendapat bahawa kebenaran adalah pokok utama dalam membincangkan mengenai agama dan jangan campur adukkan dengan kebaikan dan keburukan umatnya. Kadangkala apa yang baik belum tentu benar secara hakiki dan keburukan pula tidak akan dapat menghapuskan kebenaran. Devil may come between you and Allah in form of pious dervish whereas Satan may stand between you and Jesus in form of Pope. Saya mengambil pandangan ini berdasarkan pengalaman saya terhadap gerakan-gerakan kebajikan gereja di Sabah. Kalau dari segi aktiviti kebajikan seperti kempen derma darah, memang surau atau masjidpun tidak akan dapat menandingi mereka. itu belum lagi dari segi sumbangan kepada ahli gereja yang menghadapi masalah-masalah lain. TAPI, adakah itu cukup membuktikan kebenaran kristian?Umat islam memang ada yang melakukan kerosakan dimuka bumi ini termasuklah merosakkan anak gadis Sabah yang terpaksa memeluk islam tetapi adakah ini cukup menafikan kebenaran Islam? saya rasa kalau inilah sandaran dalam kita berdebat, banyak lagi kejahatan-kejahatan kedua-dua pengikut agama kristian dan Islam akan terbongkar dan kebenaran akan akan terus tenggelam. suka saya menarik perhatian mereka-mereka yang berbincang polemik agama, bataskan perbincangan kita hanya pada kebenaran agama bukan kepada kebaikan dan keburukan pengikutnya. Pengikut akan mati tetapi Kebenaran Penciptanya tidak pernah terpadam lantaran kejahatan pengikutnya

    April 22nd, 2008 | 1:01 am

Leave a Reply