Kisah Kelahiran Al-Masih Di Dalam Surah Maryam
Kehamilan Maryam
Allah s.w.t. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki. Kisah tersebut telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di antara Maryam dan Jibril.
Firman Allah s.w.t.:
“Jibril berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci.’”(Surah Maryam:19)
Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain? Lalu Maryam brtanya bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:
“Maryam berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina’” (Surah Maryam; 20)
Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-nyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia pilihan yang mendapat rahmat:
“Jibril berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan.” (Surah Maryam: 21)
Kelahiran ‘Isa a.s.
Kejadian Nabi ‘Isa a.s. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain daripada manusia yang lain, sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain.
Firman Allah s.w.t.:
“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” (Surah Maryam: 23)
Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s. sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s. yang menyeru dari jauh.
Firman Allah s.w.t.:
“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” (Surah Maryam:24-25)
Suatu hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal, tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai “ruthab” boleh gugur dengan digoncang, sedangkan kalau dibiar buahnya masak ranum pun ia tidak akan gugur. Ini adalah suatu hikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dan mengikut pakar perubatan, buah kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak dengan baik.
Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah s.w.t. telah berfirman:
“Maka makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu, jika kamu melihat seorang manusia maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” (Surah Maryam: 26)
Untuk mengelakkan diri daripada difitnah oleh kaumnya, Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada Maryam supaya bernazar dengan melakukan ibadat puasa dan tidak bercakap-cakap dengan sesiapa pun pada hari tersebut.
‘Isa a.s. Mempertahankan Kehormatan Ibunya
Apabila Nabi Allah ‘Isa a.s. dilahirkan oleh ibunya Maryam, kelahirannya itu telah mencetuskan reaksi yang kontroversi di kalangan kaumnya. Pelbagai andaian dan spekulasi yng dilemparkan kepada Maryam sehingga di kalangan kaumnya ada yang tergamak menuduh beliau melakukan perbuatan zina sehingga melahirkan anak, tetapi dengan tegas Maryam menafikannya.
“Maka Maryam menunjukkan kepada si anaknya itu, kaumnya berkata:’bagaimana kamu boleh berbicara dengan anak yang masih di dalam buaian’” (Surah Maryam: 29)
Dengan izin Allah s.w.t., ‘Isa a.s. dapat berkata-kata dan bercakap-cakap dengan kaumnya, sekaligus menolak fitnah yang dilontarkan kepada ibunya dan di samping itu, secara tidak langsung ‘Isa a.s. walaupun masih di dalam buaian sempat berdakwah kepada kaumnya menyeru mereka kepada Allah, Tuhan yang Maha Satu:
“Berkata ‘Isa: ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.’” (Surah Maryam: 30-31)
Jelas dan terang ungkapan mulut Nabi ‘Isa a.s. walaupun masih bayi dan sekaligus menolak dakwaan kaumnya yang menuduh ibunya yang suci itu melakukan perbuatan yang terkutuk.
Kesimpulan
Nabi ‘Isa a.s. serta ibunya Maryam adalah makhluk Allah s.w.t. yang terpilih, mereka tidak sekali-kali akan mengakui diri mereka sebagai Tuhan disebabkan nikmat yang diberikan kepada mereka, terutamanya Nabi ‘Isa a.s. Dakwaan bahawa Nabi ‘Isa itu adalah jelmaan Allah s.w.t. hanyalah cerita karut dan pembohongan semata-mata. ‘Isa a.s. sendiri menyatakan di dalam Yohanes, fasal 17, ayat 3, bahawa
“Inilah hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah Yang Esa, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.”
Artikel berkaitan
Sejarah Pengumpulan al-Qur'an: Jawapan Kepada Pengkritik
Membongkar Kebobrokan Penafsiran Surah Az-Zukhruf, Ayat 61
Kesaksian Abraham David Mandey memeluk Islam


December 1st, 2005 at 3:16 am
kenapa anda tidak menerangkan bagaimana cara kelahiran ISA Almasih di surat maryam tersebut?karena ISA dilahirkan menurut perkataan dari Allah sendiri dan diperkuat oleh Rohul Kudus. Rohul kudus adalah Allah, maka ISA Almasih adalah Firman Allah yang hidup menjadi manusia dan ALLAH sendiri yang turun kedunia
April 11th, 2006 at 12:14 am
1. Allah tersendiri dalam wujud dan bersih daripada sifat kemakhlukan. Allah bersemayam di atas Arasy (Langit Tertinggi). Sepertiga malam yang akhir pada setiap malam, Allah turun ke langit dunia dan menyeru. “Wahai hamba-hambaKu, berdoalah nescaya Aku perkenankan”
2. Kunci Langit, Syurga dan Neraka ialah: “Tiada sembahan melainkan Allah sahaja, dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya”
3. Jibril @ Roh Kudus adalah makhluk Allah yang taat.
September 6th, 2006 at 11:33 pm
Renungkan kejadian nabi kita adam dimana Allah memberikan sebahagian dari rohnya kepada Nabi kita Adam.. Jadi kita ini berasal daripada Nabi Adam. Jadi, adakah kita ini semua tuhan?
September 4th, 2007 at 4:35 pm
Nanti diakhir zaman Nabi Isa akan datang lagi, turun kebumi untuk memberesi umat Nabi Muhammad SAW, yang konon kacau balau dan saling berpecah belah… Ummat Nabi Muhammad SAW yang kacau balau itu nampaknya perlu dibereskan oleh salah seorang Nabi yang diutus kepada Bani Israel dahulu, yakni Nabi Isa . Tidak ada seorangpun dipilih oleh Allah diantara orang-orang Islam untuk membereskan ummat Islam itu… Allah ternyata mendatangkan Nabi lama diluar orang-orang Islam umat Nabi Muhammad SAW untuk menyelesaikan persoalan-persoalan orang Islam… Nabi Isa akan menjadi hakim yang adil…Betapa agung dan hebatnya Nabi Bani Israel itu…
Dan diantara orang-orang Islam nampaknya tidak akan muncul seorang hakim yang adil. Allah sendiri memilihkannya dari seorang Rasul Bani Israel yang telah disimpanNya berabad-abad diatas langit untuk diturunkanNya ke bumi ini. Dengan datangnya Nabi Isa Bani Israel itu ketengah-tengah umat Islam sebelum hari kiamat, maka Nabi Muhammad SAW pun tidak menjadi Nabi Penutup lagi , karena yang menjadi Nabi Penutup adalah Nabi Isa karena dia yang datang paling akhir….
March 29th, 2008 at 10:29 pm
Quraysh, anda peramal?? Kenapa anda bisa tau klo Isa akan memberesi umat Muhammad, khan belum kejadian!! Anda paranormal ya? Aneh anda ini, bikin tulisan ga pake sumber yg jelas!! Islam memang sering dihujat tapi umat tak gentar, tapi hal itu cuma gangguan biasa aja!!
April 2nd, 2008 at 4:11 pm
Mohon pencerahan. Apakah Yesus sama dengan nabi Isa. Kami masih bingung?
May 22nd, 2008 at 12:55 pm
penilaian orang kristen keliru terhadap nabi isa yang dianggap sebagai Tuhan, Kenapa? dia cuma utusan Allah untuk membawa kebenaran dan ajaran dimuka bumi ini. apakah dengan kepandaian menyembuhkan orang sakit sudah disebut sebgai Tuhan? terus paranormal bagaimana? dia juga bisa menyembuhkan orang sakit bahkan memanggil setan juga bisa, apakah itu juga di sebut Tuhan.
sebetulnya disini kita harus pakai nalar, mana yang bisa diterima oleh akal. Tuhan itu bukan laki laki, dan berdoa kenapa tidak langsung kepada Allah aja, kenapa harus lewat yesus.
July 18th, 2008 at 5:12 pm
Salah satu mukjizat Al Quran terbesar sampai akhir zaman, ialah lahirnya ‘manusia’ kloning dari unsur ‘ibu’-nya sendiri, sehingga terjawablah bahwa ‘benar’ tidak ada anak Tuhan sebagaimana yang diyakini oleh saudara kita agama kristen, khatolik dan semacamnya. Oleh karena itu, para petinggi Vatikan sangat ‘memusuhi’ adanya usaha para ahli kedokteran dan rekayasa genetik yang mengusahakan untuk ‘melahirkan’ -manusia dolly- tersebut.
January 22nd, 2009 at 10:32 pm
untuk quraysh’
saya mo tanya?
Nabi Isa.As diutus ke kaum bani sirel?
terus Nabi Musa.As diutus ke kaum siapa???
February 15th, 2009 at 10:51 am
Agama Islam itu adil dan di angkat martabatnya oleh Allah S.W.T. Tiada agama lain yang boleh menandingi Agama Islam.
Kejadian Nabi Muhammad S.A.W pada berjuta tahun dahulu adalah untuk membetulkan umat manusia dahulu dari kelahiran Nabi pertama hinggalah ke Nabi Isa A.S. Islam sesungguhnya tahu akan kehadiran Kitab Injil. Tetapi Semua Kitab Injil banyak telah di ubah penulisan dalamnya. Disebabkan itu Allah Maha Kuasa telah menurunkan Kitab Suci Al-Quran sebagai kitab untuk Panduan dan Rujukan Umat Manusia hingga Akhir Zaman (Kiamat). Tidak pernah satu pun ayat di dalam Al-quran di ubah suai hingga ke hari ini kecuali umat manusia yang bukan islam ingin melihat umat islam hancur. Ingatlah semua, bahawa Allah itu Maha Kuasa.
May 29th, 2009 at 2:46 pm
Quraysh, untuk makluman anda, turunnnya Nabi Isa adalah untuk membersihkannya nama nya yang selama ini dianggap Tuhan dan telah diselewengkan.
February 18th, 2010 at 1:31 am
Berkata ‘Isa: ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.’” (Surah Maryam: 30-31)
February 18th, 2010 at 1:35 am
“Inilah hidup yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah Yang Esa, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.” yohanes 17 ayat 3
June 5th, 2010 at 9:36 pm
BetUL3…
Isa a.s hX HAmbA ALlah u/ bNI ISRAIL.
July 2nd, 2010 at 4:34 am
hello ROMERO..biar aku explain sma kamu…
apa yg c qurasyh bilang bukan RAMALAN!!!
tp kenyataan!!…bkn paranormal @ yg sama dgnya!!..
itulah apa yg akan b’laku di akhir zaman nanti..
d mana, nabi Isa akan turun semula ke bumi untuk menegakkan kebenaran dan seterusnya membunuh dajjal..dan slpas itu, berlakulah hari kiamat..
August 28th, 2010 at 6:18 pm
assalamualaikum, buat hamba Allah, kenapa anta berkata sedemikian?? tidakkah anta meneliti tulisan qurasyh itu.dalam kebenaran terzahir itu, ada satu percanggahan terbesar dalam kalimat” Nabi Muhammad bukan lagi nabi terakhir”.kalau bnarlah hamba Allah ini seorang hamba Allah yang sejati, kenapa hamba Allah mengakui hakikat bercanggah ini?? sessungguhnyA penutup bagi segala nabi itu adalah nabi Muhammad. walaupun kita didorong oleh logik akal, namun akal berteraskan Islam adalah akal yang mengambil kira ketika pengutusan, BUKANNYA PENURUNAN SEMULA..jadi jika menurut kronologi,nabi Isa di utus oleh Allah, sebelum nabi Muhammad, menunjukkan nabi terakhir itu adalah nabi Muhammad, bukannya nabi Isa..
September 23rd, 2010 at 11:23 pm
maaf Quraysh anda tersilap..sesungguhnya telah nyata bahawa nabi Muhammad itu nabi terakhir..Al Ahzab ayat 40…tetapi dia adalah rasullulah penutup nabi2.Tujuan nabi isa diturunkan nanti adalah utk menjadi pengikut nabi MuhammadSAW juga menjadi hakim yg adil,menghancurkan salib,membetulkan akidah umat dunia utk kembali ke ajaran islam…dan akhirnya untuk mengakhiri hayatnya …dan beliau akan bersemadi dibumi..kerana makhluk tercipta dari tanah maka kembalinya pun ke tanah…..harap jelas ye….
September 24th, 2010 at 6:31 pm
alhamdulillih, ana setuju dengan rozirami. moga saudara Quraysh lebih teliti sebelum menulis apa2 fakta dan penyataan di ruang bicara ini. kita semua adalah umat Islam yang punya pengetahuan, jangan memberi translasi secara umum terhadap sesuatu perkara kerana hal itu akan menimbulkan rasa tegang dalam ruang ini berikutan ketidaktepatan penyataan yang ditulis dari tangan yang dipandu hati, bukan Al-Quran dan Al-Sunnah..
October 3rd, 2010 at 9:53 pm
quraysh, Nabi ‘Isa turun tuh bukan menjadi Nabi, tapi dia sebagai umat Nabi Muhammad.
Hikmah Nabi ‘Isa diutus, salah satunya akan membunuh babi, mematahkan salib, menghapus pajak, jadi tujuannya universal.
Sebelum nanti Nabi ‘Isa wafat, Ahlulkitab banyak yang masuk Islam.
Adapun pemimpin ketika itu adalah imam Mahdi.
Perhatikanlah, sekarang agama Islam mulai berkembang, nanti trus berkembang kemudian terjadi perang antara Yahudi dan Islam, bebatuan membela Islam, sampai2 ketika ada yang sembunyi dibaliknya, dia mengatakan “Wahai kaum mulimin, ini Yahudi, ada dibalik saya”.
Kalian gak percaya? baca dan kaji hadits2 Nabi.
Bukan ngarang ya!!!
Mut Pulut, saya nggak tahu, kamu tuh agamanya apa, yang pasti dalam ayat tersebut, menunjukkan bahwa ‘Isa adalah seorang Nabi khusus untuk DOMBA-DOMBA YANG SESAT DARI BANI ISRAIL.
Adapun Nabi Muhammad, untuk semua umat.
“Katakanlah : Wahai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian semua” Al-Quran.
October 6th, 2010 at 12:39 am
aku setuju dengan roziramzi
October 19th, 2010 at 1:46 am
kalau isa yg lahir dr kandungan maryam (bukan kloning/bayi tabung), dan diberikan layaknya ‘rumah’ naungan dr tuhan untuk maryam, segala sesuatu baginya dimudahkan oleh Allah, namun ia lahir tanpa disentuh laki2 (berhubungan badan) dan bukan pezina (pny hubungan yg sah), tapi lahir tanpa bapak (apa mungkin suami maryam meninggal?)
lalu jibril yg layaknya seorang ‘dokter kandungan’, sudah itu ia turun kembali kbumi (jaman skrg), artinya kejadian yg sama berulang dr masa lalu. Bagaimana bila hal itu ada yg mengalami saat ini? (banyak pertanyaan ttg isa)
October 27th, 2010 at 1:51 am
maaf saya mau bertanya …..
1. Kalau memang Nabi Isa bersalah atas ajaranya, kenapa ALLAH tetap membiarkannya dan tetap menstatus kan dia sebagai nabi? baik di AL-Qur’an maupun Alkitab ? (bukankan yang memberikan ajaran sesat tidak pantas di sebut NABI?)
2. Nabi Isa pernah membangkitkan orang dari kematian. Bukankah kematian dan kehidupan hanya milik kuasa ALLAH, kalaupun itu atas izin ALLAH, mengapa dia sangat istimewa ?
October 28th, 2010 at 11:44 am
‘tidak ada Tuhan kecuali Allah’ (?? ??? ??? ????) dan ‘Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah’ (???? ???? ????),
November 23rd, 2010 at 2:22 pm
Nabi Muhammad SAW pertama kali dakwah mengatakan “janganlah kamu syirik/mempersekutukan Allah SWT” ,hanya Allah yang Maha Esa / Agung dan hanya Allah Yang kita Sembah.
Dalam Surah Ke-112 Al-Ikhlas, “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Katakanlah (Muhammad), “Dialah-Allh, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Tidak beranak dan tidak pula dipernakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia”.
Oleh karena itu janganlah engkau menyembah Patung, Batu, makhluk Allah lainnya …. sembahlah Allah SWT. Maha benar Allah.
Hai Orang Islam Berpeganglah kepada Al-quran dan Sunnah agar kita tidak menjadi orang yang Merugi, Janganlah menjadi agamu Islam KTP. …. Ingat karena banyak orang2 kafir mengintai dan melemahkan kaum Islam Muslim di Dunia…. Bangkit dan Bersatulah untuk di Dunia dan Akhirat
January 7th, 2011 at 6:03 am
buat askin ya..tidaK pernah sama sekali kita bebankan nabi2 kerana bawaan ajaran mereka..maka askin pun tidak ada rasional dengan mengatakan bahawa ajaran nabi Isa itu menyebabkan dirinya bersalah.semua ajaran nabi adalah pelengkap kepada ajaran nabi2 terdahulu. cuma dalam kes nabi Isa ini, ajarannya telah diselewengkan oleh orang yang bernama PAULUS. jadi dalam mempersoalkan soal salah dan benar ini, tidak wajar kita tudingkan persoalan kepada nabi2. kita harus tanya diri kita semula.
soalan yang kedua, itu adalah simbolik. turunnya nabi Isa ke dunia adalah antara tanda besar kiamat, kiamat ini mempunyai lebih dari 20 makna dari segi bahasa yang telah digariskan oleh para ulama, salah satunya “kebangkitan”. jadi dalam istilah yang merujuk kepada nilai keislaman, makna kebangkitan ini ditujukan buat makhluk. nabi Isa juga adalah makhluk, maka menyetujui pernyataan roziramzi, nabi Isa juga akan dibangkitkan setelah baginda kembali ke tanah.
January 7th, 2011 at 6:19 am
buat wahyu..wahyu mempersoalkan ya..baik saya terangkan.
“tidak ada tuhan selain Allah”, dalam mencapai konteks makna ini, pautan hati adalah kuncinya, kerana perkataan ini adalah satu ikrar bersifat kekal dan abadi. sekiranya kita tidak memahami konteks ikrar 2 kalimah syahadah itu sendiri, maka kepercayaan dan keyakinan kita terhadap Allah akan kurang dan mungkin akan sama dengan makhluk lain. kerana panduan pemikiran inilah wujud kekeliruan dalam mengenal Allah, jadi sekiranya kita yakin, maka kita bersaksi bahawa Allah adalah satu-satunya pemerintah dan pentadbir alam, bukan jesus, bukan Rohul kudus atau “tuhan” yang diagungkan manusia selain Allah.
pernyataan kedua “nabi Muhammad itu pesuruh Allah”,ini adalah ikrar yang hanya wujud semasa kenabian Nabi Muhammad. bukan pada zaman Nabi Adam, atau Nabi Isa, atau nabi Yusuf,tetapi pada nabi Muhammad. setiap nabi, seperti dalam komentar saya sebelum ini adalah pelengkap kepada ajaran nabi2 terdahulu. jadi pada zaman nabi Muhammad, ajaran Islam telah sepenuhnya lengkap.rasional mudah kalimah kedua dalam syahadah ini ialah, nabi Muhammad adalah pemimpin dan ikutan terbaik kita. kita tidak mencontohi nabi isa, kerana nabi Isa bukan pemimpin kita, nabi Isa adalah pemimpin umat nabi Isa sendiri, pada zaman kenabian nabi Isa..cuma kisah dan perjuangan mereka serta kebijaksanaan mereka yang menjadi contoh dan ikutan kita.Islam terbina dalam jati diri individu, melalui asas ucapan kalimah ini, 2 KALIMAH SYAHADAH., iaitu pada zaman Nabi Muhammad S.A.W..
January 25th, 2011 at 12:02 am
@mbokke :
Apakah anda mahu tahu bagimana contoh kelahiran Sang Jesus
anda itu…??? Maka nggak perlulah anda melecehkan Al-Quran
pegangan kami itu. Kisahnya Nabi Isa AS itu amat tersirat.
Kalo dibukakan siapakah sebenarnya Bapak Nabi Isa AS itu,
nanti semuanya koq bisa jadi ribot2an….
Cerita kelahiran Sang Jesus anda itu nggak laen adalah
hanya recycle dari kisah Mitos Hindu – Kisah cinta Dewa
Lord Suriya terhadap Kunta Dewi seorang perawan suci.
Al-Kisah bermulanya hikayat seorang gadis perawan yg telah
masuk usia fertilitinya dgn perasaan asyik dan maksuknya.
Tiba2 dlm lamunannya muncollah seorang jejaka tampan depan
matanya. Kehadiran dan godaan dari Dewa Lord Suriya itu
membuatkan Kunta Dewi ketakutan karna beliau belum pernah
disentoh oleh mana2 pria. Namun telah berputik perasaan
cinta Kunta Dewi terhadap ketampanan dan kewibawaan Dewa
Lord Suriya itu. Lalu Dewa Lord Suriya memberikan sepotong
Mantra kepada Kunta Dewi, utk diamalkan dan membacanya
Mantra tersebut jika dia merindui akan dirinya itu….
Maka tertidurlah Kunta Dewi, dlm mimpinya beliau “mimpi
basah” bersama kekasihnya itu Dewa Lord Suriya. Mimpinya
itu benar2 menjadi kenyataan. Maka akhirnya Kunta Dewi
mengandong lalu rasa ketakutan, karna takut akan tuduhan
masyarakat sekelilingnya terhadap anak yg dikandongnya itu.
Namun Dewa Lord Suriya memberi jaminan yg dikandongnya itu
adalah seorang bayi lelaki, selepas lahirnya nanti pasti
keperawanan Kunta Dewi akan pulih seperti biasa, nggak lagi
perlu takut dan bimbang. Maka akhirnya lahirlah seorang
bayi lelaki sebagai “Anak Dewa”. Lalu anak luar biasa itu
diberikan nama “Hero Karna”….
Apakah anda sudah faham, seperti contoh dari Mitos Hindu yg
kami huraikan diatas itu…??? Gambarannya hampir sama dgn
hikayat Sang Jesus anda itu. Kalo dlm hikayat Mitos Hindu
itu ada “3 in 1″ : (1) Dewa Lord Suriya (Sang Bapa), (2)
Kunta Dewi (Sang Ibu), dan (3) Dewa Hero Karna (Sang Anak).
Maka dlm hikayat Mitos Kristian anda itu juga ada “3 in 1″ :
(1) Bapak Tuhan, (2) Ibu Tuhan, dan (3) Anak Tuhan…
Kalo sudah faham, apakah anda maseh juga mahu mengatakan Sang Jesus anda itu “Anak Tuhan”, lalu anda pertuhankan Sang Jesus anda itu sebagai Tuhan…???
Satu contohnya lagi yg hampir2 sama mirip dgn kisah Pertama
dan kisah Kedua itu : Kalo diAlam Nusantara ini kita ada
terdengar kisah percintaan “Orang Bunian Islam” lelaki yg
ghaib lalu melamar mengahwini perawan kampongan (ato
pasangan sebaliknya), hingga bisa mendapatkan seorang “Anak
Bunian”. Apakah Sang Anak Bunian itu anda bisa mengatakan
dia itu sebagai “Anak Tuhan”…???
Terpulang…
Lakom Dinukom Waliyadin….
August 9th, 2011 at 5:54 pm
salam bt smua hamba Allah.
Mari kita fkr scra jerih, secra akal sehat saja.
Smua nabi2 aj menyembah Allah, dn prcya bhwa Allah adlh TUHAN yg mnciptakn bumi dn lgit brserta isinya,smua manusia adlh ciptaanya trmsuk nabi. Jd..
Patutkah kt menyembah nabi,patung atw salib n sgala mcm ciptaan Allah??
Siapakh yg paling kuasa antara nabi n mahluk lain dan Allah..??
Jd hnya Allah adlah Bnr Tuhan dn patut d sembah.
Krna ALLAH PENCIPTA SGALANYA.
August 26th, 2011 at 11:42 am
askin,
> 1. Kalau memang Nabi Isa bersalah atas ajaranya, kenapa
> ALLAH tetap membiarkannya dan tetap menstatus kan dia
> sebagai nabi? baik di AL-Qur’an maupun Alkitab ?
> (bukankan yang memberikan ajaran sesat tidak pantas
> di sebut NABI?)
Nabi Isa tak bersalah. Ajaran beliau tak pernah salah, semuanya dari Tuhan. Yang bersalah ialah orang yg menyelewengkan ajarannya, mendustakan perkataannya, menambah-nambah perkara di dalam Injil, sehingga wujudnya agama Kristian sekarang.
> 2. Nabi Isa pernah membangkitkan orang dari kematian.
> Bukankah kematian dan kehidupan hanya milik kuasa ALLAH,
Bukan Nabi Isa yg membangkitkan orang mati, tapi Allah, melalui mukjizat dari Nabi Isa sebagai perantaraannya.
Nabi Musa juga pernah “menghidupkan” orang mati, iaitu dalam sejarah/kisah Sapi (Lembu) Bani Israel. Mengapa tidak diangkat Nabi Musa sebagai tuhan juga atas sebab ini?
> kalaupun itu atas izin ALLAH, mengapa dia sangat istimewa
Kerana dia Nabi Allah.
September 8th, 2011 at 5:51 pm
Kami org islam mengakui bahawa nabi isa itu salah satu nabi kami.kami tidak menidakkan kerasulan nabi isa seperti yg di wajibkan ke atas kami org islam.cerita kita sama cuma terdapat satu titik yg memisahkan kita wahai org kristian.ketika nabi isa di hujungnya telah di angkat oleh ALLAH SWT KE LANGIT.tetapi bg pengikut kristian yg dahulu ahli kitab(pengikut injil yg tulen) bahawa nabi isa telah di salib itu tdk langsung boleh di terima pakai.bagaimana org kristian menggangap jesus itu tuhan tetapi sewenang wenangnya di salib dan di bunuh oleh umat nya?di situ dan di saat itu kita terpisah antara islam dan kristian.kami percaya nabi isa itu sama seperti nabi lain.tetapi mengapa kamu tidak sesekali menerima kerasulan nabi muhammad yg di lantik menjadi rasul sedang kan baginda seorang yg fatonah(tidak pandai membaca) hanya penggembala ternakan.mana mungkin islam dtg dr seorg yg tidak tahu membaca dan menulis.nabi muhammad tidak mampu mengarang atau mereka cipta ayat indah alquran.makanya semua atas kuasa ALLAH SWT.semoga kalian semua akan mendapat hidayah dari ALLAH.amin.
September 14th, 2011 at 3:45 am
SIAPA PUN ANDA BILA BERBICARA HENDAKLAH DARI SUDUT DALIL DAN NAS YG NYATA. KAMI ANUTAN ISLAM BERPEGANG PADA PAKSI SUNNATULAH WA SUNNATUNABI.. JANGANLH DPERSOALKN SESUATU YG BKAN HAK KITA UNTUK TENTUKAN..HANYA KEPADA ALLAH KAMI KEMBALI..SESUNGGUHNYA JIKA DIBANDINGKAN MAKHLUK DENGAN ILMU ALLAH SUBHANAHU WA TAALA BAGAI SETITIK AIR DI LAUTAN.. SEMOGA KITA TIDAK TERGODA DALAM DEBAT YANG SIA2X…