Ke Manakah Ajaran Kristian?
Seringkali orang-orang Kristian mengajak umat Islam supaya memeluk agama mereka kerana pada dakwaan mereka, agama Kristian itulah yang benar dan ajaran Islam itu adalah palsu. Kita ingin bertanya kepada mereka: di manakah kebenaran agama Kristian itu? Di sini kita ingin menunjukkan kriteria-kriteria yang membuktikan bahawa sesuatu ajaran itu benar atau salah. Kita harus bersetuju bahawa sekiranya sesuatu agama gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan ini, maka selayaknya ia ditolak sebagai agama untuk pegangan hidup umat manusia seluruhnya.
Berikut adalah sebab-sebab mengapa agama Kristian harus ditolak sebagai agama pilihan untuk manusia:
1. Konsep Ketuhanan
Ajaran Kristian menekankan bahawa Allah itu terdiri dari tiga oknum, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus. Ketiga-tiga “tuhan” ini bukanlah tiga, tetapi satu. Apakah logikkah pemikiran seperti ini?
Lebih-lebih lagi, salah satu daripada “Tuhan” orang Kristian, iaitu Yesus (Nabi ‘Isa), yang kononnya adalah Tuhan Allah itu sendiri menurut kepercayaan orang-orang Kristian, diperlakukan seperti manusia biasa. Berikut adalah dalil-dalil yang menyokong hujah ini:
Di dalam ‘Matius’, fasal 4 ayat 5, menyebut:
“Kemudian daripada itu iblispun membawa Yesus ke Negeri Suci, lalu diletakkannya Jesus di atas bumbung Baitullah.”
Wajarkah Tuhan yang disembah dan dimuliakan oleh manusia dibawa oleh Iblis yang dilaknat dan dikutuk tunduk kepada kemahuan Iblis dibawa ke mana-mana sahaja? Wajarkah Iblis berani berhadapan dengan Allah?
Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 27 ayat 1-2, menyebut:
“Setelah hari siang, maka segala ketua imam dan orang-orang tua kaumpun berundinglah atas hal Yesus supaya dibunuhkan dia, maka diikat dia serta dibawa pergi, lalu diserahkan kepada Pilatus, iaitu Wakil Pemerintah.”
Wajarkah Tuhan boleh diikat sesuka hati oleh manusia dan di mana pula kekuatan yang ada pada diri Tuhan sehingga sanggup menyerah diri kepada manusia?
Manakala di dalam ‘Lukas’ fasal 2 ayat 21, menyebut:
“Apabila genap delapan hari, ia disunat, lalu disebut namanya Yesus….”
Wajarkah Tuhan disunatkan kemaluannya seperti manusia biasa? Apakah perlunya Tuhan disunatkan? Kalaulah Tuhan itu disunatkan bererti Tuhan mempunyai hawa nafsu untuk kepuasan seks.
Di dalam ‘Matius’ lagi, fasal 26 ayat 2, menyebut:
“Anak manusia akan diserahkan supaya disalibkan.”
Yang dimaksudkan dengan anak manusia ialah Yesus dan di sini jelaslah bahawa Yesus itu bukanlah anak Tuhan, tetapi anak manusia. Ini merupakan pertentangan di antara konsep kepercayaan ajaran Kristian bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan dengan ayat di atas bahawa Yesus itu adalah anak manusia.
Di dalam ‘Matius’ fasal 5 ayat 45, menyebut:
“Supaya kamu menjadi anak Bapamu….”
Di sini juga menyebut bahawa orang-orang yang taat kepada perintah Tuhan menurut Yesus akan menjadi anak Tuhan, oleh itu bukan Yesus sahaja anak Tuhan yang tunggal.
Di dalam ‘Matius’ fasal 7 ayat 21 menyebut:
“Bukan tiap-tiap orang yang menyeru aku tuhan, tuhan akan masuk ke dalam kerajaan syurga, hanyalah orang-orang yang melakukan kehendak Bapa-ku yang di syurga.”
Di dalam Alkitab sendiri jelas menyangkal dan menolak orang-orang yang menganggap diri Yesus sebagai tuhan atau menyerunya sebagai tuhan, malah orang-orang yang menyeru itu tidak akan masuk kerajaan syurga.
Kalau Yesus itu benar-benar Allah, mengapa dia dilahirkan oleh seorang manusia? Adakah Yesus keturunan tuhan? Wajarkah ilmu pengetahuan zahir atau batin menerima bahawa Tuhan itu diperanakkan? Wajarkah ilmu pengetahuan exact atau yang abstrak (exact/abstract wetenschap) menerima hakikat ini?
2. Percanggahan Dalam Alkitab
Wajarkah sebuah kitab yang dianggap suci dan datang dari Allah mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan di dalamnya? Sila rujuk kepada artikel ini untuk melihat bukti-buktinya.
3. Tiada Ulama dan Tokoh Ilmuan
Ajaran Kristian tidak mempunyai ulama atau tokoh ilmuan yang menghuraikan lebih lanjut tentang ajaran Kristian atau menghuraikan lebih lanjut lagi tentang ajaran Kristian atau menghuraikan pengertian ayat-ayat yang terkandung di dalam Alkitab. Kekuatan sesuatu ajaran adalah bergantung kepada kekuatan ilmu pengetahuan yang ada pada para ulamanya yang mempertahankan kekuatan ajaran tersebut.
Ketiadaan tokoh-tokoh agama di dalam ajaran Kristian melambangkan ajaran tersebut ketandusan ilmu pengetahuan dan penghuraian lanjut tentang peranan seterusnya yang harus dimainkan oleh ajaran Kristian. Agama Kristian hanya menyediakan para mubaligh untuk berdakwah menyeru manusia ke arah agamanya tetapi tidak mampu melahirkan manusia yang benar-benar profesional dan berkualiti terhadap konsep kepercayaan tersebut. Sepatutnya di sana perlu sekali penjelasan lanjut tentang konsep agama, konsep ketuhanan, konsep dakwah atau lain-lain lagi yang mampu dihuraikan oleh para ulama Kristian. Merekalah yang bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan manusia seharian dan menyelesaikannya dengan baik dan kemudian memandu mereka ke jalan yang benar. Tetapi hakikatnya ajaran Kristian tidak bermaya melahirkan tokoh ilmuan dalam agamanya dan tidak pula mampu mengluarkan ulama yang berperanan, sebagaimana yang berlaku di dalam ajaran Islam, seolah-olah ajaran tersebut menyekat budaya berfikir dan kebebasan mengeluarkan idea.
4. Konsep Ijtihad, Tajdid dan Mujaddid
Setiap ajaran memerlukan idea-idea pembaharuan atau tajdid untuk mengemaskinikan lagi ajaran agama. Maksud pembaharuan atau tajdid ini bukannya mencipta suatu bentuk ajaran lain dalam agama atau mengubahsuai ajaran agama atau mengada-adakan suatu ideologi dalam agama, tetapi apa yang dimaksudkan ialah suatu pembaharuan yang membaik-pulih ajaran agama yang telah lama ditinggalkan oleh para penganutnya atau membetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh para penganutnya dengan menilai semula apa yang sepatutnya yang dituntut oleh ajaran agama.
Di dalam ajaran Kristian tidak wujud sama sekali konsep tajdid yang mencetuskan idea ‘ijthad’ terhadap sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam nas atau dalam Kitab Suci, justeru ianya memerlukan suatu bentuk pemikiran yang tidak melanggar ketentuan syarak dan tidak terkeluar dari batas-batas agama. Konsep ‘ijtihad’ ini kadang-kadang bergantung kepada keadaan dan sesuatu tempat sebagai kesesuaian untuk masyarakat supaya tidak membebankan mereka di dalam mengendalikan ajaran agama.
Ajaran Islam telah ramai melahirkan tokoh ijtihad dalam masalah fiqh seperti Imam Syafie’i, Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan lain-lain lagi yang telah banyak memberi sumbangan kepada keharuman ajaran Islam. Juga wujud tokoh-tokoh mujaddid yang membawa pembaharuan dalam agama seperti Sheikh Mohamed Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi. Mereka banyak memberi sumbangan kepada ajaran Islam melalui hasil tulisan tangan mereka.
5. Manhaj Kehidupan Yang Tidak Jelas
Ajaran yang syumul dan komprehensif mestilah mempunyai manhaj kehidupan yang jelas dan teratur. Manhaj tersebut meliputi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.
Ajaran Kristian tidak mengatur dengan jelas tentang manhaj kehidupannya untuk diprogram kepada para penganutnya, tetapi yang dititik-beratkan ialah masalah ketuhanan dan meninggalkan unsur-unsur yang berbentuk keduniaan. Dalam masalah ketuhanan, ajaran Kristian hanyalah menyentuh tentang pendekatan diri kepada Tuhan dan kepercayaan tentang hari kemudian, tetapi tidak sekali-kali menyentuh tentang konsep kekuasaannya, konsep peribadatan dari aspek ;rububiyyah’ atau ‘uluhiyyah’, tidak pula membahaskan tentang sifat-sifat ketuhanan, perbuatannya dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Zat-Nya. Oleh itu, dari aspek tersebut terdapat kepincangan yang harus diselesaikan.
Dalam masalah peribadatan atau konsep amalannya pula, ajaran Kristian tidak menggariskan batas sempadan halal-haram sesuatu perkara, yang mana harus dibuat dan yang mana harus ditinggalkan dan bagaimana pula sesuatu perkara ataupun sesuatu benda itu dianggap halal atau haram? Dan di dalam ajaran Kristian juga tidak terdapat pun suatu kaedah yang menunjukkan bagaimana struktur ibadat itu terbina.
Keadaan seumpama ini tidak cukup untuk kesempurnaan hidup manusia. Bahkan manusia memerlukan bekalan yang lebih untuk perjalanan hidupnya di hari esok dan hari-hari seterusnya.
6. Tiadanya Contoh Masyarakat Kristian
Ajaran Kristian tidak mempunyai suatu model bagaimana dakwah yang disampaikan itu dapat membentuk suatu perubahan kepada manusia dan membimbing mereka ke arah masyarakat yang kolektif. Ajaran Kristian tidak pernah menggariskan bagaimana rupa bentuk masyarakat yang mahu diwujudkan dan ke arah mana mereka mahu membawa masyarakat tersebut. Tidak ada contoh masyarakat Kristian untuk dijadikan cermin perbandingan kepada umat manusia dan adakah konsep pengasingan diri atau konsep pertapaan mahu diwujudkan dan kemudian dijadikan suatu masyarakat untuk dihayati? Kalaulah itu yang mereka mahukan, nescaya jumudlah pemikiran manusia, punahlah nilai kemanusiaan dan hakikat kehidupan.
Tetapi Islam mempunyai model masyarakatnya tersendiri tanpa dicampur-adukkan dengan mana-mana unsur atau mana-mana agama, sebagaimana yang telah dibina oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah yang berjaya menyatu-padukan para penduduk Madinah yang sebelum ini tidak pernah bersatu dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan iman, sekalipun mereka tidak diikat dengan ikatan tali perkahwinan ataupun keturunan.
7. Perbalahan Dalam Mazhab
Agama Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab yang saling bermusuhan di antara satu sama lain. Perkara ini berlaku di eropah apabila wujudnya pertelingkahan dan perbalahan di antara kumpulan-kumpulan penganut ajaran Kristian menyebabkan mereka berpecah dan menubuhkan kumpulan masing-masih. Mereka semua adalah orang-orang Kristian tetapi mengelarkan diri mereka dengan nama khas, seperti Katolik Roma, Protestan, Orthodoks, Anglican dan Methodist. Orang-orang Kristian dari sekte Katolik Roma mengakui Pope di Rom sebagai ketua agama mereka.
Sewaktu timbulnya mazhab Protestan di Eropah yang diasaskan oleh Martin Luther, pihak gereja Katolik telah bangkit menentang pengikut-pengikut mazhab tersebut dengan segala kekuatan yang ada. Sejarah penekanan manusia telah melihat beberapa peristiwa penyembelihan yang ngeri, di antaranya ialah ‘Penyembelihan Paris’ yang berlaku pada 24hb Ogos 1572 M di mana pihak Katolik telah menjemput para pengikut mazhab Protestan sebagai tetamu mereka di Paris untuk mencari penyelesaian supay dapat diselaraskan beberapa pertentangan dan percanggahan pendapat di antara kedua-dua mazhab. Akan tetapi pihak mazhab Katolik telah mengambil kesempatan ini dengan menyerang para pengikut mazhab Protestan dan membunuh mereka sewaktu mereka sedang tidur. Setelah berlakunya peristiwa terseubut, datanglah bertalu-talu ucapan tahniah kepada Raja Charles XI daripada Pope dan daripada raja-raja Katolik serta para pembesarnya. Tetapi yang anehnya, apabila puak Protestan memperoleh kekuatan, mereka pula bertindak liar dengan melakukan keganasan terhadap puak Katolik dan sebenarnya Protestan tidak kurang liarnya kalau dibandingkan dengan puak Katolik (Utusan Malaysia, 17 April 1997). Luther pernah menegaskan kepada para pengikutnya bahawa “Sesiapa di antara kamu yang boleh membunuh, mencekik leher dan menyembelih sama ada secara sulit atau terang, maka bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah mereka para petani yang memberontak itu dengan sepuas-puas kamu.” (Dr Ahmad Syalabi, Al Masihiyyah).
Kesimpulan
Inilah hakikat ajaran Kristian yang ingin disampaikan oleh para misionaris kepada umat Islam. Apakah inikah agama, yang serba kekurangan baik dari segi intelektual mahupun dari segi etika dan moral, yang ingin ditukar-ganti dengan Al-Islam yang suci? Sekali-kali tidak! Kebenarannya terserlah, bahawa ajaran Kristian adalah ajaran yang rapuh yang mengajak penganutnya ke arah kemunduran dan keganasan. Hanyalah Islam agama Allah yang diperakui untuk anutan umat manusia seluruhnya, dan hanyalah Islam yang dapat menyelamatkan manusia dari lembah kehinaan. Firman Allah s.w.t.:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai AL-ISLAM itu menjadi agamamu.” (Surah Al-Maidah (5):3)
Artikel berkaitan
Kematian Kristus Di Kayu Salib Atau Perogolan Suci Yessica?
Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun
Paulus Dan Kesan Ajarannya: Siapakah Paulus?
Jika saudara menuduh bahawa agama kristian ini adalah palsu maka saya ragui pendapat itu kerana agama Islam telah wujud 500 tahun kemudian selepas kristian dan jika anda membaca Al-Quran ada isinya yang sama dengan Al-Kitab.Mengapakah ada persamaan isinya?
Jika kita lihat perbandingan kitab perjanjian baru dan kitab perjanjian lama, yg sedikit mirip itu kitab perjanjian lama.
Sedangkan kitab perjanjian baru, isinya sudah banyak sekali campur tangan manusia. Apakah itu harus kita percayai juga..?
apabila anda tidak mengerti mengenai Trinitas baiklah saya beritahu sikit : 1. Allah adalah yang menciptakan jagat raya beserta isinya, Allah melihat begitu banyak perbuatan dosa manusia kemudian ,2. Allah turun kedunia melalui Firman NYA dan diperkuat oleh Rohul kudus ,menjadi manusia yang bernama ISA Almasih yang disebut YESUS Kristus oleh orang kristian untuk menyelamat kan kita dari siksa neraka. 3. setelah ISA wafat di salib dan naik kesurga duduk di sisi Allah ,ISA memberikan Roh kudus untuk menghibur kita secara rohani sampai akhir zaman ,sebelum ISA datang kembali kedunia untuk menghakimi kita semua yang begitu berdosa.jadi trinitas itu adalah: Allah yang mencipta, Allah yang menyelamatkan melalui ISA, Allah yang menghibur didalam Rohkudus. jadi apakah anda berpikir tuhan nya orang kristen itu 3 ? tidak, tuhan itu satu .Dialah yg menciptakan, menyelamatkan dan menghibur kita.
Assalamualaikum
Untuk Jeremy apakah anda sudah membaca Al-Kitab keseluruhan dan Al-Quran keseluruhan? Mungkin disitu Jeremy bisa membedakan mana yang benar2 firman Allah! Ataukah Firman dari Murid Yesus!
1. Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada kesalahan-kesalahan kamu.
2. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri daripada azab Allah dimuka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung pun mahupun seorang penolong melainkan Allah.
3. Dan ketahuilah olehmu di kalangan kamu ada Rasul Allah. Kalau ia menuruti kemahuan kamu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah di dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekufuran, kepura-puraan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
Babi Haram
Imamat fasal II ayat 7 dan 8, fasal 14 dan 8
Kenapa org kristian makan babi?
Arak
Imamat fasal 10 ayat 8
minuman keras itu dilarang….
Trinitas
Doktrin trinitas dlm kristien di cetus oleh Agustine 354-430M dlm buku berjudul Trinitate…. Ia mempengaruhi umat kristian lalu diadakan persidangan Contantinopel tahun 381M ditetapkan Ruhulkuddus sebagai oknum dari Tuhan..
Juga pengaruh Hindu (Brahma, Wisnu, Syiwa)
Kuno Mesir (Oziris, Iris, Horus)
Persia (Ormuzd, Ahriwan, Mitras)
Kristian… Allah Bapa, Anak Allah, Allah Rabbulkuddus…
Islam is the way of life…
Sungguh hebat penulisan ini tapi tidak membawa apa-apa makna. memang benar terdapat katolik dan prostetan dlm kristianiti tetapi dalam islampun sama aja iaitu puak Syiah dan Sunni. Seperti Prostetan, Sunni pun terdiri drp pelbagai fahaman lagi seperti hambali,shafie dll.kalau orang kristian katolik membunuh orang protestan dan sebaliknya, orang syiahpun bunuh orang sunnih macam di Iraq sehingga perang saudara. sama ajalah. Persoalan yang benar adalah sejauh mana seseorang itu mengamalkan agamanya dengan sesungguhnya.Misalnya, dalam katolik, seseorang yang melakukan pembunuhan dengan menggunakan nama agamanya adalah dianggap bukan lagi sebagai penganut kristian.Seperti juga kes IRA di Ireland di mana pope tidak pernah menyokong gerakan sedemikian.Bagaimana dengan orang Islam pula, yang menyokong 9/11 yg mengorbankan pelbagai bangsa dan agama sedangkan yg membuat kejahatan hanyalah orang Israel. Nasihat saya lebih baik sebagai orang Islam, memperbaiki dahulu keadaan umat sendiri terutamanya aspek kesepakatan dan kesatuan. Negara kecil seperti Israelpun tak terurus sedangkan begitu banyak negara-negara Islam yang kuat dan kaya seperti Arab,Mesir dan lain-lain yang mampu menghancurkan israel tapi sampai sekarangpun tercari-cari arah.Barangkali ada sesuatu yang tidak kena dengan cara orang mengajar agama kot…Janganlah cerita pekara kecil macam saudara Jamal utarakan..buang masa..kerana memang babi itu haram dan arak itu dilarang tapi apa bezanya orang Islam yang diamanahkan jaga Tabung Haji kebas duit orang yang nak buat haji dan menghalalkan pusat perjudiaan di genting highland.lebih hebat lagi salah seorang pemiliknya adalah orang melayu islam..malulah sendiri…
dua agama yang berlainan. mengutuk sesama sendiri, menunjukan kebenaran antara satu sama lain. Adakah kamu semua mengetahui apa yang sebenarnya di catitkan dalam kitam masing2. Redakan ketegangan ini ketika boleh. Nanti terjadi peperangan agama yang tuhan tidak ingin melihat umatnya musnah begitu sahaja. kita sekarang hidup dalam kesenangan namun apa yang bakal terjadi adalah ditangan tuhan yang berkuasa.
Cuba baca petikan transilasi Al Quran ini
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; (QS. 5:48)
Dan ini (Al-Qur’an) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya (QS. 6:92)
Rujukan : http://soni69.tripod.com/Islam/alquran.htm
Ya.. cuba fahamkan… semua kitab yang pernah diturunkan oleh Allah adalah dibenarkan penggunaanya. Lihat penggunaan perkataan KAMI… sesiapa yang boleh jelaskan..Saya mahu tahu maksudnya KAMI itu.silakan..terima kasih
buat kingsms89..
Maksud membenarkan apa-apa yang sebelumnya itu bermaksud, membenarkan bahawa nabi-nabi dan ajaran-ajaran sebelumnya adalah benar.. Iaitu ajaran untuk meng-Esakan Allah.. Allah itu tiada sekutu-Nya.. Allah itu Satu.. Tiada istilah 2 atau tiga..
Membenarkan kitab-kitab sebelumnya, memang benar kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran.. Taurat, Zabur dan Injil.. Tapi, adakah masih terpelihara kesucian Kitab-kitab tersebut?? Bolehkah kamu, kingsms89 buktikan kesucian kitab bible yang kamu guna sekarang??
Untuk membuat tafsiran Al-Quran, memerlukan ilmu tafsir itu sendiri.. Perlu berguru.. Tidak boleh membaca dan buat tafsiran mengikut akal manusia yg tidak sempurna.. Melainkan dengan ilmu sahaja, maka jelaslah apa yang tersirat..
Tafsiran Kami di dalam Al-Quran itu, adalah menunjukkan kekuasaan Yang Maha Esa.. Tidaklah bermaksud, kami itu 2 atau 3..
Bahasa yang digunakan di dalam Al-Quran itu amatlah tinggi dan suci.. Satu-satunya Kalamullah yang terpelihara.. AllahuAkbar..
Cubalah cari perbezaan di dalam Al-Quran di seluruh dunia ini.. Nescaya tidak akan terjumpa perbezaan atau cacat celanya.. Cubalah carikan kesilapan di dalam Al-Quran.. Tidak, tidak akan dijumpai kesilapan.. Kecuali, Kitab itu ditulis oleh manusia yang tidak sempurna.. Kerana Al-Quran itu terpelihara..
Wassalam..
Kitab (Al-Qur’an ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 39:1)
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk manusia dengan membawa kebenaran (39:41)
Dan sesungguhnya kamu telah diberi Al-Qur’an dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (QS. 27:6)
(Mereka tidak mau mengakui yang diturunkan kepadamu itu), tetapi Allah mengakui Al-Qur’an yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan malaikat-malaikat pun menjadi saksi (pula). Cukuplah Allah yang mengakuinya. (QS. 4:166)
Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur’an), sebagai kalimat yang benar dan adil (QS 6.115)
Jika mereka yang kamu seru itu tidak menerima seruanmu (ajakanmu) itu maka (katakanlah olehmu): “Ketahuilah, sesungguhnya Al-Qur’an itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahwasanya tidak ada Ilah selain Dia, maka maukah kamu berserah diri (kepada Allah)?” (QS. 11:14)
Alif laam miim raa . Ini adalah ayat-ayat Al-Kitab (Al-Qur’an). Dan kitab yang diturunkan kepadamu daripada Rabbmu itu adalah benar; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya). (QS. 13:1)
Salam Damai saudara buana,
Memandangka saudara meminta-minta saya untuk mencari perbezaan atau cacat cela Al Quran maka saya mohon penjelasan pekara-pekara di bawah sesuai dengan ayat yang berbunyi “Apabila mereka tidak mendalami Al-Quran, kalau sekiranya itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka dapati banyak pertentangan di dalamnya” (QS. 4 An Nisaa -wanita- 82) :-
1.Kadar hari Tuhan
a.Para Malaikat dan ruh-ruh menghadap kepada Tuhan dalam sehari kadarnya 50 ribu tahun. (QS. 70 Al Ma’arij - tempat naik- 4) bertentangan dengan
b. “Dan mereka meminta kepadamu disegerakan azab, dan Allah sekali kali tidak menyalahi janjiNya. Dan sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun dari apa yang kamu hitung.” (QS. 22 Al Hajj - haji- 47).
2. Tentang membunuh
a.”. Bunuhlah dirimu!Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu,maka Tuhan akan menerima taubat.” (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina- 54) bertentangan dengan
b.”…. Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu.” (QS 4 An Nisaa - wanita - 29)
3.Tidak ada paksaan dalam Islam
a.”Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)”. (QS. 2 Al Baqarah-sapi betina- 256) bertentangan dengan
b.”Maka hendaklah berperang di jalan Allah orang orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat ….” (QS. 4 An Nisaa -wanita- 74)
4.Tentang pembunuhan Isa
Isa tidak dibunuh melainkan diangkat (QS. 4 An Nisaa -wanita- 157-158)
Bertentangan dengan:
Isa lahir, telah wafat, dan bangkit hidup kembali (QS. 19 Maryam 33)
5.Orang Kristian kafir
Orang kristen kafir; karena berkata: “Allah mempunyai anak.”…. (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina- 116)
Bertentangan dengan:
Orang Kristen di atas orang kafir sampai hari kiamat (QS. 3 Ali Imraan -keluarga Imraan- 55)
6.Tentang anak Nuh
Anak Nuh, berenang ke gunung waktu air bah dan tenggelam ….” (QS. 11 Huud 42-43)
Bertentangan dengan:
Nuh berdoa, doanya berkenan kepada Allah, maka diselamatkan beserta keluarganya. (QS. 21 Al Anbiyaa -nabi nabi- 76)
7.Orang dapat diselamatkan dari neraka
Orang dapat diselamatkan dari neraka…. (QS. 19 Maryam 72)
Bertentangan dengan:
Orang kafir penghuni neraka kekal di dalamnya. (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina-:39)
8.Tentang minuman keras
Minum khamar dan minuman keras atau arak adalah dosa besar (QS. 2Al Baqarah -sapi betina- 219)
Bertentangan dengan:
Di syurga akan diberi minum khamar dan arak secukup-cukupnya, (QS. 83 Al Muthafifiin -orang yang curang-: 25)
Apakah amalan-amalan yang diharamkan di dunia ini adalah halal di akhirat ??? Dimanakah konsisten and kesahihannya Firman Tuhan ini?
Banyak lagilah.. maka benarlah apa yang saudara katakan bahawa .. Kecuali, Kitab itu ditulis oleh manusia yang tidak sempurna.. Kerana Al-Quran itu terpelihara..
Salam Damai.
Assalamualaikum
1. Isa lahir dari kuasa Roh Allah = qs 21:91
2. Isa itu Roh Allah dan firmanNya = hadis Anas bin Mlik hal 72
3. Isa itu Rasul Allah dan FirmanNya = qs 4:171
4. Isa itu Jalan Yang Lurus supaya diikuti = qs 43:61 (bandingkan dgn qs 3:47-51)
5. Isa membawa terang supaya diikuti = qs 43:63
6. Isa diberi mujizat dan Rohul Kudus = qs 2:253
7. Isa mengatakan perkataan yang benar = qs 19:24
8. Isa menyembuhkan orang buta sejak lahir = qs 3:49
9. Isa menghidupkan orang mati dari kubur = qs 5:110
10. Isa terkemuka di dunia dan akherat = qs 3:45
11. Isa adalah satu-satunya Imam Mahdi = hadis ibnu majah
12. Isa mati dan bangkit ke surga = qs 3:45
13. Isa lahir, mati dan dihidupkan kembali = qs 19:33
14. Isa akan diimani oleh semua ahli kitab = qs 4:159
15. Isa itu hakim yang adil pada akhir zaman = hadis sohim muslim
16. Isa itu Yang Awal dan Yang Akhir = qs 57:3
17. hanya Isa yang sedari bayi tidak disentuh setan = hadis bukhari no 1493
18. Isa langsung berfirman tanpa perantara malaikat = qs 19:29-32
19: Isa diperkuat oleh Rohul Kudus = qs 2:87
20. Isa adalah Rahmat dari Allah dan petanda bagi manusia = qs 19:21
21. Isa adalah suci = qs 19:19-21
22. Isa memiliki pengetahuan Ghaib = qs 3:49
Dimulut kita menyalahkan orang-orang Kristen yang mempertuhan Isa , pada hal keyakinan kita membenarkannya. Betapa munafiknya kita, apa yang kita katakan berlawanan dengan apa yang kita yakini…!
1. Selagi anda menyakini tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan tidak menyekutuiNya maka anda adalah orang beriman.
2. Beruntungnya islam itu kerana ia agama yang telah lengkap(sempurna) mempunyai kitab al-quran dan hadis rasulalllah, tidak kepada agama lain seperti kristian dan yahudi yang mempunyai kitab yang berbeza-beza.
3. Sebagai manusia tentu kita inginkan yang lengkap (sempurna), maka anda buatlah pilihan agama anda?
Tidak ada yang dapat diperdebatkan dari masing-masing agama..agama adalah urusan pribadi masing-masing individu kepada penciptanya..saya adalah pengikut Yesus Kristus..akan tetapi dalam perjalanan hidup saya di dunia ini saya memiliki saudara yang berasal dari satu Pencipta yaitu Muslim, Budha, Hindu, ateis, dll..Mewujudkan kasih dan persaudaraan jauh lebih penting dan hebat daripada permusuhan, kemunafikan dan dengki terhadap sesama..
usahlah dibandingkn agma msng2…kerna kita hnya mpercayai agma kita sndiri kerna kita sendiri dpt melihat mujizatnya kpd kta sbagai umat kristian..tp yg pntngnya kita mpercayai TUHAN yg satu..
HALELUYA JESUS kpda saudara dlm kristian…
Assalamualaikum…
Saya begitu tertarik dengan komen saudara semua…Di sini saya ada beberapa soalan yang saya ingin saya ajukan kepada anda semua tak kira yang Islam @ bukan Islam…Tetapi jawapan yang saya inginkan hendaklah lahir dari pemikiran anda yang rasional…Dari pemikiran yang waras dan tidak dicemari oleh unsur-unsur khurafat n whateverlah…Tolong jawab berdasarkan akal fikiran dan secara logik…
1.Jika dikatakan bahawa Tuhan Bapa itu sama dengan Tuhan Anak dan keduanya adalah juga sama dengan Roh Suci,boleh tak kalau kita katakan yang disalib itu ialah Tuhan Bapa?Atau kita katakan saja yang disalib itu ialah Roh Suci?Bolehkan?Kalau tidak boleh,apakah masih boleh dipertahankan bahawa Tuhan itu tiga tetapi satu?
2.Kalau dikatakan bahawa dosa manusia adalah disebabkan oleh sebiji biah yang dimakan oleh Adam,dan Yesus kemudiannya turn ke dunia untuk menebus dosa itu,adakah buah itu lebih penting dari Yesus,sehingga olehnya Yesus harus dikorbankan?Manakah yang lebih utama?Anak Allah atau buah kecil itu?
3.Kalau penyaliban Yesus di kayu palang merupakan persembahan atau pengurbanan yang paling lazat “sehingga Allah berkenan ke atasnya,” Tanyalah akal kita: “Adakah Allah sebegitu kejam sehingga sanggup menyantap tubuh dan darah anaknya sendiri? Bahkan acara makan2 dan minum2 ini diikuti oleh umat manusia di seluroh dunia pada tiap2 perjamuan suci atau misa yang kudus?
3.Bagaimana akal harus menangkap selain kita menyembah padanya,kitapun memakan dan meminumi tubuh dan darahnya sepuasnya?
4.Dengan dalih akal yang mana dan logika apa dapat dimengerti Roti Khusti Kudus itu akan berubah menjadi tubuh dan darah Tuhan Yesus?Sedangkan roti itu hanya diperbuat daripada tepung saja?
5.Dan jika Yesus itu dianggap sebagai Tuhan…kenapa tidak diikuti saja keteladanannya?Kenapa harus menyimpang dari ajaranya?Jesus itu berkhatan…Jesus itu tidak makan mahupun menyentuh khinzir…Apa benar sewaktu Jesus dikebumikan dia dipakaikan pakaian yang segak2 seperti sut atau tuxedo?Kenapa tidak mayat si mati dikapankan seperti yang berlaku kepada Jesus…
Tolong jawab pertanyaan saya ini…saya tidak mahu jawapan yang membabi buta…saya ingin jawapan yg lahir dari peikiran yang waras serta rasional…
hmmm….saya ada soalan untuk anda semua…tak kira yg muslim @ yg bukan muslim…just jawab je soalan saya ni…tapi please jawab dengan pikiran yg logik & akal yg rasional…
1.Jika Allah Bapa itu adalah sama dengan Allah Anak & sama juga ertinya dengan Roh Suci…Trinitas right???Hmmm…boleh tak kita katakan yg disalib itu ialah Allah Bapa?Atau boleh tak dikatakan bahawa yg disalib itu ialah Roh Suci???Kalau tak boleh bukankah itu menyalahi kefahaman Trinity???
2.Ok…Kalaulah penyaliban Jesus di atas tiang salib tu merupakan pengorbanan @ persembahan yg paling lazatuntuk Allah…berfikirlah kita semua…kejam sangat ke Allah tu???Kejam sangat ke sehingga wujudnya pula Khusti Kudus???roti yg kononya adalah tubuh tuhan???sedap ye tubuh tuhan tu???sedangkan firaun sendiri yang mengaku diri sebagai tuhan tidak pernah makan tubuh firaun yg lain yg dianggap sebagai tuhan??
3.Ok…Jesus turun ke dunia untuk menebus dosa yg kononya ada selepas Adam makan sebiji buah yg diharamkan oleh Allah…sebab itulah Jesus disalib…itu adalah kepercayaan Kristian…ok sekarang mana yg penting???Buah tu @ Jesus???Buah tu atau Anak Tuhan???
4.Bercakap pasal Adam…saya rasa umat kristian patut berterima kasih kepada Adam…sebab…jika Adam tak makan buah tu…takdelah Jesus diutuskan ke muka bumi ini…n…takdelah agama Kristian ni…betul tak??
5.Oh ya…Adam…Kalau Jesus tu adalah tuhan…maksudnya…Jesus tu lah yg mencipta Adam…betul tak???Kalau tak…kat mana Jesus waktu Adam dicipta???
6.Ok…renungkan kata-kata saya ini…
Allah adalah Allah
Jesus adalah Allah
Jesus diutus oleh Allah
Allah diutus oleh Allah???
Ok…harap pertanyaan saya ini dapat dijawab oleh saudara semua…May god bless u all…peace…
shallom. Syukurlah..kita semua diberikan kebijkasnaan untuk memhmi segala sesuatu.percayalah Tuhan dan ajaran Kita msg2 dan imaninya.kita satu dalam negara Malaysia. Berdoalah untuk kesatuan bangsa2 dan semua agama di dunia agr keharmonian dan keamanan terus menyertai kita semua.Amen
adakah benar dan tercatit dlam Quran apa yg quraysh katakan?
Tuhan dan kebenaran itu di dalam hati kita… seek and you will find it… God love you all!
Jangan bertengkar sahabat… Tuhan sedang melihat kita…
kejadian nabi isa as atau terciptanya nabi isa as itu sendiri sama seperti terciptanya nabi adam as.jadi sangat wajar apabila ibu nabi isa as bisa melahirkan secara tiba - tiba ,dan allah swt berkehendak demikian terhadap ibu nabi isa as atau maryam tersebut menurut saya karena maryam adalah seorang yang salih dan pada saat itu semua sedang berebut untuk memelihara maryam,sehingga mungkin maksud allah swt adalah dengan kehamilan maryam yang suci tersebut akandi ketahuilah siapa yang berhak memelihara maryam tersebut.satu hal lagi ..apabila kita mempelajari sejarah munculnya surat pengampunan dosa bagi umat kristen maka akan kita temui adanya suatu usaha untuk merubah isi injil dan merahasiakan isi injil yang sebenarnya,hal itu di buktikan secara nyata bahwa ide munculnya surat pengampunan dosa itu datangnya bukan dari injil itu sendiri.Dan yang paling terpenting adalah dengan agama islam manusia lebih diajarkan untuk lebih mengenal allah swt,bukankah tujuan memeluk suatu agama adalah untuk lebih mengenal tuhan.
“kami” untuk menjawab siapa yang di maksud “kami” itu cara nya adalah kita tahu bahwa allah swt menurunkan alquran melalui malaikat jibril..(karena sepengetahuan saya hanya nabi musa as yang pernah sebenar benar nya bercakap cakap sama allah swt ),dan nabi muhammad saw menyalin atau menulis perkataan allah swt yang di sampaikan melalui malaikat jibril itu sesuai yang di katakan malaikat jibril..dengan menggunakan kata “kami”.Allah
swt memang maha penyantun karena itu jugalah allah swt yang maha mengetahui mengizinkan malaikat jibril menggunakan kata “kami” karena sebenarnya allah swt menyuruh kita semua untuk memahami alquran dan “kami” tersebut bermaksud bahwa allah swt memiliki kerajaan dan tentara yang hebat untuk melakukan apa apa yang di kehendakinya,dan sebenarnya akibat dari kata itu(”kami”) akan sangat membantu rasullullah untuk semakin tentram dalam menjalankan tugasnya karena pada saat itu pola pikir manusia bahwa orang yang banyaklah yang akan menang perang,namun ternyata kata “kami” tersebut mengingatkan rasulullah bahwa ia di dukung oleh tentara allah swt,dan tentu saja itu akan menambah keyakinan rasulullah untuk tidak takut kalah sama orang yang membenci dia pada saat itu dan sampai kapanpun.bahkan hanya dengan kata “kami” itu dapat kita temukan makna yang hebat dari yang maha pandai.benar itulah salah satu cara yang maha panda i dalam memperkuat keyakinan rasulullah saw untuk menang pada akhirnya.
menjawab kingsms89 mengenai kadar hari tuhan:
kalau yang 50 ribu tahun itu adalah naiknya malaikat dan roh manusia dari bumi kepada allah swt ,itu terjadi disaat seorang manusia di cabut nyawanya dan itu waktu 50 ribu tahun .mengapa lama karena ada proses siksa kubur yang harus di alami manusia.apabila ia berhak menerima siksa tersebut.sedangkan 1000 tahun yang di dalam surat al hajj ayat 47 itu adalah lamanya seorang manusia merasakan siksa allah swt itu seolah olah siksaan selama
seribu tahun.
karena itu rasulullah saw mengajarkan untuk berlindung dari godaan syaitan yang terkutuk sebelum membaca alquran.oh ya..al quran itu hanya di sentuh oleh orang orang yang suci..jadi sucikan pikiran juga sebelum membacanya(al waqiah ayat 79).
aku serahkan mukaku (diriku) kepada allah swt bersama orang orang yang mengikutku .maukah masuk islam?
oh ya ali imran ayat 20 cocok untuk mengakhiri perdebatan ini.
Malas aku nak jawap banyak2, nampak sangat kristian ni blurrr. aku nak jawap satu bawah ni aje
2. Tentang membunuh
a.”. Bunuhlah dirimu!Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu,maka Tuhan akan menerima taubat.” (QS. 2 Al Baqarah -sapi betina- 54)
Perkara di atas terjadi pada zaman nabi musa, bila beliau pergi ke bukit Tursina, bila balik dia tengok kaum dia menyembah patung lembu emas. Jadi hukum pada masa tu ialah ‘bunuh diri sendiri’.
Serupa gak pada zaman nabi adam dan idris, hukum pada masa tu ialah ‘boleh berkahwin dengan adik-beradik sendiri’.
Zaman sekarang, boleh kahwin dengan adik beradik sendiri ke? Setahu aku, hukum zaman sekarang, tak boleh kahwin dengan adik beradik sendiri. Bila sampai zaman nabi Nuh, hukum kahwin adik beradik ni telah di mansuh kan.
Berbalik kpd ‘bunuhlah diri sendiri’ tu, itu adalah hukum pada zaman tu.
b.”…. Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu.” (QS 4 An Nisaa - wanita - 29)
Ini adalah hukum utk zaman ni, bukan utk zaman nabi Musa.
Ada begitu banyak persoalan,kekeliruan,ketidaksefahaman,pentengkaran,percanggahan,perdebatan,konflik,pergaduhan,kebencian,kemarahan,..n bla….bla… kenapa?KENAPA?KENAPA BOLEH JADI BEGITU? Kenapa kamu semua bertengkar?Tuhan tidak menginginkan perkara seperti ini baik pun dalam mana2 agama.Tidak ada seorang pun yang betul! Biarkan Tuhan sendiri mengatur segalanya menurut rencana-Nya.Kebenaran itu akan segera datang dan waktu itu kamu akan tahu siapa yang betul dan yang salah..Peace b with u! May God blez u all!
mmmm…… Dunia Dah Tua
Kita sebagai manusia biasa tidak peka akan kuasa syaitan iblis yg berada disekeliling kita. Senjata ataupun Kuasa utama syaitan dan sekutunya ialah Kesakitan atau “pain”, apabila kesakitan menguasai kita maka timbul pula rasa derita, apabila rasa derita sengsara yang tidak difahami kita menular, menyebabkan kita LALAI akan yang Esa. Sifat manusia memang semula jadi tidak mahu untuk menderita sengsara, semua inginkan selamat, semua inginkan kesenangan… LALAI disebabkan dunia… Adakah dunia ini selamat???…. Belum pasti lagi, yang pasti suatu hari kita akan kembali ke Alam Maut juga mengikut Hukum Alam.
Setiap agama di dunia ini merujuk pada perkara dan perbuatan yang baik, dan setiap manusia berpeluang untuk menganuti mana-mana agama dalam dunia ini tanpa paksaan. Tetapi sesetengah manusia masih lagi mempertikaikan agama ataupun bangsa lain, adakah ini caranya ataupun erti kita beragama??
Biarkan lah manusia itu sendiri yang akan menentukan nasib mereka untuk ke Distinasi Terakhir, ke dunia?, ke n e r a k a?? Ke Syurga??? Ke perigi????… terpulanglah pada amalan di dunia ataupun kehendak seseorang tetapi jangan jadi pendusta dan pembunuh!!
Ingat seperkara ….. syaitan inginkan (roh) KITA SEMUA, syaitan hendak menguasai di setiap bahagian dunia, melalui Kuasanya mereka menguasai sesiapa saja bagi menghantui pemikiran kita untuk mengeliru,lahirkan kontrovesi, konflik dan akhirnya menimbulkan kebencian. Mereka bekerja untuk mencapai tujuan mereka iaitu membenci “Allah”. Benci adalah di ibaratkan peluru Syaitan untuk menimbulkan perbalahan, pergaduhan ataupun perang. Syaitan itu sesungguhnya kejam, ingin menipu semua bangsa manusia Walau Apa Cara Sekalipun, untuk mengheret mana-mana (roh) manusia untuk masuk ke neraka, SIAPAKAH YANG RUGI?
Kita harus berdamai… Tiada siapa yang dapat membantu kita semua kecuali kita berdamai, Jika dunia ini tidak mencapai kedamaian, Zaman kita dah terlalu singkat… Mungkinkah kita semua diakhir Zaman???, Perlukah kita akhiri zaman kita dihiasi dengan peperangan, tumpahan darah?, seperti sebuah kisah drama yang sedih…. (sad ending story), Adakah ini yang kita semua mahu? Persoalanya sekarang, SIAPAKAH YANG MAMPU MENGHARUNGI PENDERITAAN?, jika akhir zaman kita dihiasi dengan tumpahan darah……
Salam Damai
Keterangan saya begini.Kristian dan Islam itu tidak mungkin benar kedua-duanya atau tidak boleh kedua-duanya salah/palsu. Mesti salah satu mesti benar dan sebaliknya.
Masudnya: Jika Kristian benar tentu Islam PALSU. Jika Islam BENAR tentu Kristian palsu. Begitu bah yang sebenarnya. Sebelum Perjanjian Bar, orang-orang yang percaya TUHAN/Allah disebut ORANG-ORANG BENAR. Apabila umpulan-kumpulan orang benar ini semakin banyak, mereka mengelarkan kumpulan mereka mengikut keadaan atau pereskitaran semasa termasuklah kumpulan KRISTIAN. Walaupun kumpulan itu berbagai nama tetapi dasar kepercayaan mereka tetap sama. Yang peliknya, apabila kumpulan ISLAM wujud, dasar kepercayaan mereka sangat jauh menyeleweng daripada dasar asal yang dianuti oleh ORANG-ORANG BENAR. Tuhan tidak mungkin bermaksud mencipta satu lagi ugama baru. Tetapi pengikut Islam sangat PINTAR memberikan alasan-alasan kenapa ugama baru/ Islam kononnya diwahyukan oleh ALLAH. Tidak mungkin Tuhan mempunyai dua set agama. Takkanlah semudah itu Tuhan menukar agama / peraturanNYA. Tidak masuk akal langsung. Lihat saja dlm contoh perbezaan yg tak logik langsung: Janji Tuhan kpd Ibrahim dan Sarah isterinya yang sah untuk mengorbakkan anak mereka ISHAK. Islam kata Ismael yang dikorbankan. Ibu Ismael ialah Hagar iaitu orang gaji/hamba Ibrahim yang diberikan semasa kunjungan mereka ke Mesir. Hagar berbangsa Mesir. Bagaimana mungkin janji pergi kepada anak itu? Harus diingat, Ibrahim dan Sarah sudah terlalu tua tetapi masih belum dapat anak. Ibrahim kena SABAR. Dia akan dapat anak bukan dengan cara kahwin dengan perempuan lain. Tidak, saudaraku tercinta. Lagi satu, dalam Perjanjian Lama sudah dinyatakan nama dan cara kelahairan, kematian, kebangkitan dan kedatangan semula JESUS. Benar itulah yang terjadi menurut nubuatan. Bagaimana dan kenapa Islam menidakkan yang itu. Siapa yg benar dalam hal ini? Teruskan penyelidikan saudaraku. Saya berdoa, roh suci (sebab ada roh jahat dari dunia ini) dari sorga membimbing saudara yang mencari kebenaran dengan JUJUR.Terima kasih.
BEGINI……
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN KRISTIAN…..
SAYA INGIN MENERANGKAN BAHAWA AGAMA KRISTIAN TIDAK AKAN SESEKALI KAN MENGUTUK AGAMA ORANG LAIN……..
INI TERPULANG KEPADA FIKIRAN MASING2……..
KERANA AJARAN AGAMA KRISTIAN KATOLIK DAN MUNGKIN JUGA KEPADA AGAMA PROSTESTANT………
KITA HARUS MENGASIHI SESAMA…….
DAN SALING MENGAMPUNI…..
dalam pandangan saya…..
Islam dan Kristian adalah sama……
mempunyai Allah….
mempunyai Jesus@Isa
bukankah ia adalah sama…….
jadi harus renung………
agama kami sebenarnya bukan mahu mengkristian orang….
jawapannya adalah pd individu yang murtad itu…..
jangan menyalahkan kami kerana kami x melakukan apa2……
ianya pada si murtad itu