Islam makin bersinar di Eropah
Benua Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamfobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain, baru-baru ini, sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa
ini.
Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekaligus membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka, tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka. Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang sebaliknya. Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini dapat menjadi satu realiti.
Malah, seperti dilaporkan media Barat baru-baru ini, kehadiran kubah masjid terbesar di Jerman misalnya, semakin menenggelamkan menara gereja – petunjuk keyakinan baru ke atas Islam ketika gereja pula semakin terbiar di negara Eropah itu.
Di Jerman saja, sehingga 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di daerah Kreuzberg, Berlin. Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang. Setiap minggu, purata 150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim. Sejak pembukaannya pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan penduduk Islam.
Di sekitar Eropah, Islam yang juga agama paling pesat berkembang, semakin ketara dan jelas kewujudannya berbanding satu ketika dulu apabila ia diamalkan secara senyap-senyap. Perubahannya bukan menyentuh aspek seni bina pada bandarnya, tetapi juga nilai sosial masyarakat setempat. Dalam apa dirujuk sebagai lambang integrasi Muslim, fenomena kemunculan ketara Islam ini turut dilihat sebagai bukti yang dunia Islam jelas mengancam budaya Kristian Eropah.
“Masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka yang sebenarnya,” kata Claus Leggewie, pakar Sains Politik Universiti Giessen, Jerman.
Kenyataannya itu berdasarkan kajiannya mengenai evolusi landskap dan binaan masjid di Jerman.
“Menerusi projek pembinaan masjid yang besar sedemikian, mesej yang mahu disampaikan (umat Islam) adalah kami di sini. Kami mahu menjadi sebahagian landskap simbolik Jerman. Kami ada di sini dan akan terus kekal di Jerman,” kata Leggewie.
Pembinaan masjid besar dari Cologne, Jerman sehingga ke Amsterdam (Belanda) dan Seville, Sepanyol, berdepan bantahan keras penduduk dan pemimpin tempatan yang mendakwa ia lubuk menghasilkan pengganas. Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan umat Islam yang meragui pembinaan masjid itu. Ini dibuktikan dengan kenyataan ahli keluarga dua suspek keganasan di Glasgow, Scotland yang mendakwa suspek itu dilatih menjadi radikal oleh kumpulan pendakwah Tablighi Jamaat (Jemaah Tabligh) – kumpulan sama yang sedang hebat memperjuangkan hak bagi pembinaan kompleks Masjid Besar London di tanah seluas 18 ekar. Malah, pembinaannya berhampiran stadium Olimpik 2012, juga bakal mencatat sejarah sebagai masjid terbesar Eropah.
Kewujudan bangunan seumpamanya jelas berbeza daripada ruang bawah tanah gelap dan kecil yang menjadi tempat jemaah seperti Halif Kuzpinar menunaikan solat Jumaat, sejak 33 tahun lalu selepas dia berhijrah dari Turki ke kawasan di Frankfurt, Jerman. Siapa sangka, pergerakan Islam yang dianggotainya itu dapat membeli sebuah pasar raya di penempatan bandar Wiesbaden, di tengah Jerman.
“Di sini ada tempat letak kereta, pusat kanak-kanak dan untuk golongan belia. Kami mahu mewujudkan pusat setempat bagi membolehkan orang ramai melihat apa yang sebenarnya kami lakukan di sini,” kata Kuzpinar.
Berikutan kewujudan tempatnya sendiri, Mili Gorus – sebuah pertubuhan hak asasi Islam Turki yang dipantau kerajaan Jerman, mahu memiliki sesuatu yang tidak pernah dikecapinya iaitu pengiktirafan rakyat di negara yang sudah menjadi tanah air mereka.
Namun, usaha murni itu berdepan bantahan keras. “Ia sepatutnya dijual sebagai sebuah pasar raya, bukannya masjid,” kata Wolfgang Kopp, pemilik pangsapuri di seberang premis itu.
Beliau bersama jiran lain, berjaya menghalang usaha menjadikan bangunan pasar raya itu kepada masjid, tetapi hanya untuk sementara waktu. Ini disebabkan, Perlembagaan Jerman jelas menyatakan semua agama boleh memiliki tempat ibadatnya sendiri. Sejak menjejakkan kaki di Jerman, golongan pendatang seperti Kuzpinar, terpaksa bersolat di bilik gelap yang menjadi simbol kegelapan masyarakat Islam yang tersepit di antara kebebasan mengamalkan agama serta budaya masyarakat setempat di negara yang menjadi tanah air mereka.
Kini, generasi ketiga yang semakin berjaya, saling berusaha dalam projek pembinaan masjid yang lengkap dengan menara. Jika 10 tahun lalu cuma wujud sebilangan kecil saja masjid, Jerman kini menyaksikan 159 masjid manakala 184 projek pembinaan masjid baru, mengikut Institut Arkib Islam Jerman.
Aachen, bandar Jerman yang didiami 257,000 penduduk di sempadan Belgium dan 9 peratus masyarakatnya beragama Islam, baru saja memberi kelulusan pembinaan masjid besar.
“Ia petanda yang masyarakat Muslim menjadi sebahagian anggota penting masyarakat,” kata Datuk Bandarnya, Jurgen Linden.
Kata-katanya terbukti benar apabila Islam yang ingin ditonjolkan sebagai agama pengganas, sebaliknya semakin hari semakin mendapat tempat di hati ramai anggota masyarakat – tanpa perlu kempen besar-besaran mahupun mencela agama lain yang sudah bertapak kukuh di negara Eropah terbabit.
Hasil kerjasama dan kesabaran di kalangan Muslim sudah cukup menjadi bukti keagungan Islam sebagai agama keamanan dan kemunculan kubah masjid mengatasi menara gereja di Jerman hanyalah antara permulaan awal kebangkitan sinar Islam di bumi Eropah.
Artikel berkaitan
Jawapan Kepada Isu Perkahwinan Rasulullah Dengan Aisyah
Jawapan Kepada Benjamin Stephen Yang Murtad
Hukum Ucapan "Merry Christmas" (Selamat Hari Natal)
Jangan Diperbodohkan Oleh Propaganda
Incoming search terms:
- islam di eropah
- islam di eropah kini
- kebangkitan islam di eropah
- perkembangan islam di jerman
- bukti perkembangan islam di dunia
- islam di barat
- islam di jerman
- perkembangan islam di eropah
- sarwo edhie wibowo katolik
- islam eropah


June 11th, 2008 at 2:51 pm
salam…boleh sy tahu sesiapa yang tinggal di jerman??
October 11th, 2008 at 4:39 pm
saya begitu bangga apabila tau yang negara2 d eropah banyak masjid dan org islam makin bertambah.
December 16th, 2008 at 5:13 pm
satu hari nanti saya akan sampai di jerman dan melihat sendiri
pekembangan itu dengan bangga nya..INSAALLAH!!
January 7th, 2009 at 8:07 pm
Perkembangan pemeluk islam di eropa memang sangat pesat, dan diprediksi 20 hingga 30 tahun kedepan populasi muslim di eropa akan sangat signifikan.
February 8th, 2009 at 9:26 pm
assalammualaikum 2 all muslim……..
February 13th, 2009 at 9:53 pm
sy tgh wat research untuk presentation pasal perkembangan islam di eropah masa kini… ley x bg idea… sy blur ar…
June 21st, 2009 at 10:12 pm
insyaallah suatu saat saya akan sholat di salah satu masjid di jerman,,,, amin…
February 7th, 2010 at 7:49 am
salam untuk semua satu berita yang mengaggumkan tetapi pengaruhnya di malaysia perlu di bendung kerana golongan muda kita semakin hanyut, masjid di malaysia tidak dipenuhi oleh golongan muda-mudi di eropah saya pernah terbaca semua golongan muda, tua mengimarahkan masjid
February 22nd, 2010 at 12:33 am
assalamualaikum….saya ingin meminta izin untuk menyiarkan artikel ini didalam tabloid i luv islam…insyaAllah address blog anda akan dipaparkan…sekian terima kasih..
February 22nd, 2010 at 12:35 am
sekiranya dipersetujui oleh ketua editor saya sy ingin tahu nama sebenar kamu…
March 23rd, 2010 at 11:05 pm
perkembangan islam di eropah memang menarik. malah jumlah penduduk islam di perancis sahaja berjumlah 4 juta orang
April 26th, 2010 at 10:15 pm
kadangkala kita mesti waspada , adakah benar masjid muslim, atau masjid qadiani
July 28th, 2010 at 8:49 pm
salam…
satu artikel yang sangat bagus tetapi lebih baik lagi jika penulis memasukkan sumber rujukan. mudah kepada pembaca untuk merujuk semula buku2 tersebut…
harap pertimbangkan
November 12th, 2010 at 2:10 am
HEBAT…………..
March 31st, 2011 at 11:52 am
sama-samalah kita menjaga ibadat menjaga tenaga kita untuk menyinarkan islam pada masa yang semakin suntuk
June 7th, 2011 at 12:12 pm
great ,,
September 11th, 2011 at 9:47 pm
mantop…
September 15th, 2011 at 4:14 pm
insyaallah..tahun depan saya akan melanjutkan pelajaran di Jerman..iaitu di Berlin..
Technische Universität Berlin..universiti ini berdekatan dengan beberapa masjid..
October 2nd, 2011 at 7:04 am
Allah Maha Besarrrr
October 2nd, 2011 at 7:07 am
Ini bermakna Islam akan menang diakhir zaman… benar apa yang ada dalam AlQuran dan Hadis..Allah Huakabarrrr
October 21st, 2011 at 3:51 pm
aslm…..sye begitu teruja melihat perkembangan islam d eropah…….alhamdulillah……harap islam terus kukuh…….jangan lah kite semua bagai buih2 dilautan yang byk namun akhirnya hilang……..
November 28th, 2011 at 8:57 pm
Islam di malaysia juga perlu dikukuhkan … samalah kita bangkitkan satu malaya dgn islam
January 10th, 2012 at 2:26 am
Saya sudah pergi ke jerman . kebanyakkan masjid di jerman adalah qadiani dan tidak banyak masjid sunni
March 6th, 2012 at 4:28 pm
Alhamdulillah, bagi sdr kita yang beriman makin kokoh imannya,tidak lapuk dgn fikiran sekuler, makin teguh Islamnya tidak larut dengan kemewahan dunia, hingga menjadi kikir/fasiq dan makin memperluas ihsannya, yaitu berbuat terus dgn ikhlas menancapkan quran sebagai pedoman dalamm beraklaq karimah, hingga membuat orang-orang barat memperoleh petrunjuk Allah, bukan sekedar kagum wah Islam hebat, bukan itu yang diharapkan, Allah menghendaki syurga nanti dipenuhi oleh hamba-hambanya yang taat kepadanya, bagaimana umat Islam yang di indonesia, apakah larut dengan internet, hingga remajanya berebut dgn sajian pornoisme, hingga lumpuh imannya menjadi pengikut setan terbanyak dineraka, inilah yang membuat cahaya nur Allah pudar dibiarkan Allah semuanya tersesat jalannya………..kembalilah pada jalan Allah segera betaubat masih banyak kesempatan..insya Allah………
March 6th, 2012 at 4:52 pm
Islam smoga kembali jaya di Eropah seperti masa lalu, pada kurun yang berbeda, Allah tidak mengingkari janjinya, zaman silih berganti (seperti Surat Rum, Ghulibatir Ruum)suatu saat Islam berjaya kembali di Erofah seperti Andalusia dahulu, kemungkinan Islam terbit dari barat bisa terjadi, karena allah akan mengokohkan umat yang berintelektualitas sehat dalam menguatkan Taqwanya ( Wattaquuni Yaa ulil albaab, tak ada yang mampu menghalangi cahaya nur Allah kalau sudah terbit, tinggal kita sebagai pendukung Diin Allah apakah giroh Iman kita terbang sperti kapas (mudah ditiup angin, mudah lapuk bagaikan kerupuk kena air,atau mudah erosi bagaikan lumpur terkena air, tergantung istiqomah kita, bila ditanakan tidak ada rasa takut apapun yang terjadi pasti berhasil, tapi kalau baru saja diobsesi oleh quran dibakar, muhammad dianggap bohong, ajarannya sama dengan budha, dan diteror dgn fitnahan muhammad tukang kawin haus sex, Iman kita sudah terkontaminasi jadi larut dan emosi, tak ada artinya Islam yang kita anut, karena sudah hilang lenyap Allahnya yang paling sakti didunia ini. salah siapa, tidak ada kamusnya setan bunuh Allah yang ada pasti Allah mnghancurkan kebathilan (setan), sebaiknya kita tertawakan saja dan gembirakan hati kita, karena disitu ada lahan tambhan memperkuat pengampunan dari Allah, hingga Allah memperkuat Iman kita tak pernah takut apapun, kecuali takut melakukan dosa, ok trimkas……..tatap Allah berasa kita.
March 29th, 2012 at 1:19 pm
Mereka yg berakal& mencari hak untuk dirinya saja yg sentiasa mengatakan islam itu baik & indah.
July 12th, 2012 at 1:10 pm
Kita dapat rasakan era kebangkitan Islam kini. Sebagai muslim dan muslimah kita wajib menyertai perjuangan demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini tidak kira apa cara sekali pon. menyatakan sokongan anda menlalui blog atau farum juga merupakan satu jihat supaya kesedaran dapat meresap dalam setiap individu muslim. Jadi bagi saudara seagamaku yang masih dibuai mimpi, ayuh bangunlah dan berjihat lah…. Insyaallah Islam Pasti Gemilang.
August 1st, 2012 at 4:02 pm
Alhamdulillah, dijangka pada tahun 2015 ke atas, German akan menjadi negara Islam, sekarang ni pun Solat Subuh di German macam solat Jumaat, bagaimana di Malaysia renung kan lah