Islam dan Hari Krismas

Mohd Faudzee Abd Hamid (IPSI Pulau Pinang)

Islam dan Hari Krismas

Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dari perspektif Islam berkenaan dengan sambutan hari Krismas (Christmas) oleh penganut-penganut agama Kristian ketika melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Ahad, 6 Disember 2009 yang lalu. Ini adalah kerana hiasan sambutan hari Krismas di lobi KLCC itu begitu hebat dan belum pernah saya lihat sehebat itu di mana-mana.

Pengenalan Sambutan Hari Krismas

Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:

Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”1

Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:

“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus2

Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini yang Islam amat menentang doktrin syirik itu (Qur’an 5:76).

Bila Nabi Isa a.s. Dilahirkan?

Al-Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah s.w.t.

“Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)

Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas pohonnya, ini menunjukkan yang masa kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas.

Bagaimana pula dengan Alkitab? Ini adalah persoalan yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Sambutan Krismas adalah pada setiap 25hb Disember dan sinonim dengan salji musim sejuk.

Kitab Perjanjian Baru tidak banyak menyentuh mengenai kelahiran Nabi Isa a.s. Kitab Matius menyentuhnya secara ringkas, manakala kitab Markus dan Yohanes langsung ‘membisu’ dalam hal ini. Kitab Lukas adalah satu-satunya sumber rujukan yang agak mendalam dengan mengambarkan masa kelahiran Nabi Isa a.s.:

“Ketika mereka di situ tibalah waktunya bagi Maria (Maryam) untuk bersalin, dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, karena tidak ada tempat bagi mereka di rumah penginapan. Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam“. (Lukas 2:6-8)

Di dalam ayat di atas, ada mengatakan yang gembala-gembala tinggal di padang rumput untuk menjaga ternakan mereka pada waktu malam, ini menunjukkan yang musim itu bukanlah musim hujan mahupun musim sejuk. Dalam Adam Clarke Commentary, jelas mengatakan yang aktiviti-aktiviti gembalaan seperti yang dinyatakan dalam Lukas 2:2-8 berlaku dalam musim bunga atau musim panas:

It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the fields and deserts about the Passover (early Spring), and bring them home at commencement of the first rain…..the first rain began early in the month of Marchesvan, which answer to part of our October and November. We find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer.3

[Menjadi kebiasaan kuno di antara orang-orang Yahudi pada masa itu untuk menghantar domba mereka ke ladang dan padang pasir semasa hari Paskah (awal musim bunga) dan membawa mereka pulang pada permulaan hujan pertama....hari hujan pertama bermula pada awal bulan Markhesvan yang memenuhi sebahagian daripada bulan Oktober dan November. Kami mendapati bahawa domba dibiarkan di ladang terbuka selama musim panas.]

Jadi terbuktilah bahawa sambutan hari Krismas pada tarikh 25hb Disember adalah satu kesilapan masa. Tiada seorang pegembala pun yang sanggup tidur bersama-sama dengan ternakannya di padang rumput pada musim hujan mahupun pada musim sejuk. Pengalaman penulis di India pada musim sejuk, semua ternakan seperti kambing akan di masukkan ke dalam rumah pengembala itu sendiri malah dipakaikan ‘baju’ guni untuk menjaga kesihatan ternakan itu. Bayangkanlah bagaimana keadaan ternakan itu jika ianya diletakkan di padang rumput sepanjang malam pada musim sejuk? Ini jelas adalah satu salah faham di dalam ajaran agama Kristian yang telah dibuktikan dari Alkitab (Bible) mereka sendiri.

Apa yang menariknya ialah kitab Lukas lebih menepati apa yang Allah s.w.t. Firmankan dalam Surah Maryam, ayat 24 hingga 26, iaitu kelahiran Nabi Isa a.s. bukanlah pada musim hujan mahupun musim sejuk, sebaliknya ia adalah pada musim bunga ataupun musim panas.

Mengapa 25 Disember?

Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh sebab agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana pemuka-pemuka agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama tersebut. Akhirnya, pada tahun 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.

Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:

“CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”4

[Krismas, hari "Misa Kristus" -- Pada abad ke-5, Gereja Barat mengarahkan bahawa ia diraikan untuk selamanya pada hari perayaan Rom kuno untuk menyambut hari kelahiran Sol (matahari) -- Di kalangan puak-puak Jerman dan Celtic, Solstis musim dingin dipercayai sebagai tarikh tahunan yang penting, dan mereka mengadakan perayaan utama Yule untuk memperingati kepulangan roda yang terbakar (mahatari).]

Maka jelaslah kepada kita yang sambutan hari Krismas bukanlah berasal daripada ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Ini tidak seperti ajaran Islam yang tegas menghapuskan semua perayaan kebatilan kepada para penganutnya sepertimana peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas r.a.

Semasa Rasullullah s.a.w. sampai ke Madinah dan penduduk Madinah ketika itu sedang manyambut perayaan selama dua hari, bertanyalah Rasulullah s.a.w kepada mereka tentang apa yang mereka rayakan itu. Setelah diberitahu yang sambutan itu adalah sambutan sejak dari sebelum mereka memeluk agama Islam lagi, maka Rasullullah s.a.w. menjawab yang Allah s.w.t. telah menggantikan perayaan itu dengan dua perayaan Islam (iaitu Aidilfitri dan Aidiladha).

Dengan cara itu, maka terhapuslah segala perayaan yang tidak islamik sebelum era kedatangan Islam.

Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam

Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:

1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.

2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.

3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.

Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”)5. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.

Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)

Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)

Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.

Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:

“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)

Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  1. Wikipedia, Christmas (English) []
  2. Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, Komisi Bahasa Malaysia Majlis Uskup-Uskup Katolik Se-Malaysia, Kuala Lumpur, 1989. []
  3. Adam Clarke Commentary, Vol. 5, page 370, New York. []
  4. The Encyclopedia Americana1946, artikel “Christmas”. []
  5. Rujuk kepada Perjanjian Baru, Matius fasal 1 ayat 23. []
25 Dec

13 Ulasan untuk artikel “Islam dan Hari Krismas”

  1. Tweets that mention Islam dan Hari Krismas -- Topsy.com Says:

    [...] This post was mentioned on Twitter by 5xmom, Michelle Ho Chui-yea. Michelle Ho Chui-yea said: One Muslim's view on Christmas. http://bit.ly/63N1fH Though seemingly scholarly, it's not the kind of article that fosters a 1Malaysia dream [...]

  2. uberVU - social comments Says:

    Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by salameander: One Muslim’s view on Christmas. http://bit.ly/63N1fH Though seemingly scholarly, it’s not the kind of article that fosters a 1Malaysia dream…

  3. Jane Says:

    Everybody is entitled to their opinion for sure, but it also should be known that Christians, maybe not all, are very well aware that Jesus was not born on the 25th of December. It is symbolic and the message remains the same.

    There is no exact date for the birth of Jesus, so one was chosen to commemorate his birth, the fact the he was alive and lived on this earth. That is really all there is too it… and what Christmas was meant to be.

    If traced down there are many timelines and dates that are not accurate but it never stopped the true reason for the celebration from resonating.

    Religious celebrations, regardless of which religion and what celebration has it’s own history and meaning behind it, and was never ever with the intention of putting a rip between people of different beliefs. Why certain people tend to highlight the differences and inconsistencies as oppose to sharing the Joy and Happiness with others and allowing for mutual respect of their peers is beyond me.

    But my hope has always been the same, that through physical, religious, racial, cultural and historical differences that people search of the similarities and celebrate the fact that we are not all the same but we all want happiness, love and peace in our lives. The bigger picture.

    [Admin: Itu bukan persoalan yang ingin ditonjolkan di dalam artikel ini dan anda barangkali lemah dalam pemahaman Bahasa Melayu. Mesej kami ditujukan kepada umat Islam yang tidak sedar bahawa perayaan Hari Krismas adalah perbuatan syirik yang tidak mempunyai asas langsung sebagai hari lahir al-Masih Isa ibn Maryam a.s.]

  4. wani3y... Says:

    wow…makaseh atas ulasan awak 2….bole kan sya nak copy ulasan awak sbb sya sedang ngah kaji agama Kristian atas niat nak kuatkan iman saya terhadap Islam….trima kaseh sangat

  5. Kundasang, Sabah Says:

    Di kundasang hari-hari pun sejuk tapi masih mengeluarkan buah-buahan seperti rambutan. Musim sejuk tak semestinya bersalji bagi sesetengah negara…jika anda katakan bahawa apa-apa yang bukan cara islam adalah syirik, saya rasa umat islam seharusnya jangan pakai baju kot dan tali-leher sebab itu bukan cara islam. anda haruslah pakai pakaian cara arab seperti Nik Aziz. Dan bukan itu sahaja banyak lagi yang syirik bagi islam. samada betul atau tidak tarikh sebenar kelahiran nabi isa, itu bukanlah menjadi masalah. Saya boleh katakan bahawa hari selasa adalah hari ahad bagi saya. Atau bagaimana kalau saya katakan bahawa agama kristian adalah syirik tetapi sebenarnya tidak. Agama islam adalah agama betul tapi sebenarnya syirik…Atau bagaimana saya katakan bahawa orang kristian lupa tuhan kerana jarang sembayang tapi sebenarnya kepercayaan tuhan sangat kukuh di dalam jiwa mereka. Orang islam sembayang 5 waktu untuk mengingati tuhan tapi sebenarnya nabinya banyak buat dosa sebab itu dia banyak melakukan sembayang supaya tuhan menerimanya…Anda akan mengatakan soal logik, jadi bagaimana jika saya katakan siapakan saksi-saksi apabila nabi muhammad menerima wahyu daripada tuhan. Menurut anda tuhanlah saksinya… :)

    [Admin: Jawapan anda mengenai pakaian musim sejuk, pakaian Arab, dsb. jelas menunjukkan bahawa anda seorang yang JAHIL dalam beragama. Perkara ini bukanlah perkara yang furu' (asas) dalam ibadat maka jika hendak memakai kot atau hendak memakai baju Melayu sekalipun dalam musim sejuk, ia tidaklah menjadi hal di dalam Islam asalkan menutup aurat. Yang dibincangkan di sini adalah Hari Krismas yang dianggap sebagai hari yang suci untuk orang Kristian seperti anda kerana percaya bahawa TUHAN ANDA dilahirkan pada hari tersebut. Sedangkan hal yang sebenarnya adalah bahawa Hari Krismas merupakan hari suci bagi golongan penyembah matahari!]

  6. Kundasang, Sabah Says:

    Tak kisahlah hari krismas itu hari menyembah matahari atau hari raya hari menyembah bulan yang penting perayaan pagan tersebut sudah diganti dengan perayaan yang menjurus kepada kebaikan. Anda juga mengakui bahawa tiada seorang pun tahu mahu pun di dalam bible atau quran akan tarikh sebenar nabi isa. ini bererti hari kelahiran nabi isa bole saja dirayakan pada bila-bila masa. Namun majlis tertinggi agama kristian telah pun menetap hari krismas iaitu 25 dis adalah hari kelahiran nabi isa atau hari memperinggati kelahiran nabi isa. jadi umat kristian ikut ketetapan tersebut. Hal ini telah pun saya ketahui sejak 38 tahun yang lalu. Kalau anda nak tahu orang arab yang dikatakan kuat islamnya pun sampai saat ini masih lagi merayakan beberapa peraayan pagan…

    [Admin: Bagai lembu dicucuk hidung, itulah kesimpulan tepat yang boleh diambil daripada pernyataan anda! Jadi, sekiranya Gereja menyuruh anda melompat ke dalam lubang jamban kerana di dalamnya adalah tempat "Tuhan Yesus" anda melepas, anda akan menurutinya walaupun lubang tersebut mengandungi najis yang busuk!

    Begitulah juga perumpaan ini boleh disamakan dengan Hari Krismas. Anda LANGSUNG tidak menafikan bahawa ia asalnya adalah perayaan penyembah mahatahari, tetapi anda menurutinya kerana ia adalah perintah Gereja! Jika itu sikap anda, maka tidak ada apa-apa alasan logik pun yang akan diterima oleh anda. Islam adalah suci dan kebal daripada amalan-amalan karut seperti ini. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan kepada-Nya!]

  7. Kundasang, Sabah Says:

    Ya islam itu adlah suci. kristian itu adalah najis. Saya mengaku tu brother. Jangan kau susah brother…

  8. Fazli Ismail Says:

    Alhamdulillah, tahniah Mohd Faudzee Abd Hamid. Dgn penerangan anda, harap anda dapat mencetuskan isu-isu lain utk panduan kejahilan yg kita hadapi sekarang.

  9. mr x Says:

    brader mohd faudzee, kamu mengatakan:

    “Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh sebab agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana pemuka-pemuka agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama tersebut. Akhirnya, pada tahun 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.

    Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:

    “CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”4

    [Krismas, hari "Misa Kristus" -- Pada abad ke-5, Gereja Barat mengarahkan bahawa ia diraikan untuk selamanya pada hari perayaan Rom kuno untuk menyambut hari kelahiran Sol (matahari) -- Di kalangan puak-puak Jerman dan Celtic, Solstis musim dingin dipercayai sebagai tarikh tahunan yang penting, dan mereka mengadakan perayaan utama Yule untuk memperingati kepulangan roda yang terbakar (mahatari).]

    Maka jelaslah kepada kita yang sambutan hari Krismas bukanlah berasal daripada ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Ini tidak seperti ajaran Islam yang tegas menghapuskan semua perayaan kebatilan kepada para penganutnya sepertimana peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas r.a.

    Semasa Rasullullah s.a.w. sampai ke Madinah dan penduduk Madinah ketika itu sedang manyambut perayaan selama dua hari, bertanyalah Rasulullah s.a.w kepada mereka tentang apa yang mereka rayakan itu. Setelah diberitahu yang sambutan itu adalah sambutan sejak dari sebelum mereka memeluk agama Islam lagi, maka Rasullullah s.a.w. menjawab yang Allah s.w.t. telah menggantikan perayaan itu dengan dua perayaan Islam (iaitu Aidilfitri dan Aidiladha).

    Dengan cara itu, maka terhapuslah segala perayaan yang tidak islamik sebelum era kedatangan Islam.”

    jadi maksud brader kalau orang kristian menggantikan perayaan kuno, ianya adalah “adaptasi”, dan jika mohamad melakukan perkara yang serupa ianya adalah “pembatilan”?

    tak kiralah kalau brader dah bersekolah tinggi melangit, tapi pegilah menimba lebih ilmu, mengembaralah untuk membuka minda, berfikirlah sedalam dalamnya supaya menjadi lebih pintar dan belajarlah dari semua supaya tidak lagi jahil. jangan cetek akal fikiran.

    lihat di sekeliling kamu, dan jawap soalan ini seikhlas ikhlasnya kepada diri sendiri..: sekiranya kamu sedang memilih untuk tinggal di sebuah negara selain negara kamu sendiri, negara manakah yang akan kamu pilih? hipokrit.

    sesungguhnya, halangan utama kemajuan negara ini adalah orang2 seperti kamu.

  10. boy Says:

    apa2 pun saudara jgn mengapi-apikan api perkauman. malaysia sebuah negara yang aman. cuba saudara fikirkan kalau api perkauman ini menyala .. fikir2kanlah. Kita telah merasai lama aman bebas kesana-kesini, boleh hidup berjiran dgn perbagai kaum dan agama tiba2 berbalah pulak. nak hidup gitu ke saudara. sy tak sokong mana2 apa yang penting keharmonian kita tetap aman seperti dahulu itu yang penting. SAUDARA PENULIS BLOK FIKIR2KANLAH..gunakan bahasa yang indah k…

  11. keepin it real Says:

    first of all,this is a good info,do help me a lil bit on my research.Tapi bila saya terbaca pasal komen-komen orang pasal ni.Its kinda funny,and its proven that everyone will fight for their believes just to show what their believe is real.C’mon guys,kita ndak tau lagi apa jadi di masa depan kelak.So,if you guys think what you believes is real and can granted your ticket to heaven.Go ahead,do it.I’m just keeping it real and individual.At the end of the day,when my times come.I’m going to face God alone,all by myself.Not with my countryman,with my family,my brothers or sisters.NO!All alone by myself.May God bless you guys.

    Fyi,I do believe in God but religion make me feel locked away from living the reality,and as you guys can see those comments up there,religion can create war!hahaha..

    ohh yeahh,A lil favor here,anyone got info about Dajjal(Al-Quran)or also known as the Antichrist(The Holy Bible),do drop some comments.I haven’t complete my research about that.Would be glad to hear from you guys.Thanks.

  12. ISLAM MAKIN BERSINAR DI EROPAH. « Khotib Says:

    [...] Islam dan Hari Krismas [...]

  13. nathanrichard Says:

    Sorry for using English, since I can’t seem to find the proper word to explain my opinion in Malay.

    Anyway, yes, we are well aware that 25th of December is not the real day that Jesus was born. But would that make the meaning of the day different? We use 25th of December as a day to remember the birth of the Lord and not to celebrate His birthday. A day to remember does not confined to be on the exact day. Meanwhile, Jesus Himself said in the Bible not to celebrate the day He was born but to celebrate the day He was crucified.

    You have misunderstood us Christian with those ‘Christians’. Christmas is just mere remembrance and not any further. It doesn’t bring any biblical meaning. It is just a day to remember. We want to remember the day of the Lord is born into this to this world to redeem us from the slavery of sins.

    Regarding the Sol, what is there any connection between Sol and Jesus Christ other than the day 25th December? Do we(Christians) worship Sol? No!! We don’t.

    Christmas may be just a day to remember, but it bring much significance to us Christians. We want to remember the day whereby in accordance to our believe, Christ Jesus the Messiah was born. We might not know the exact day of His birth, but that doesn’t mean we can’t have a day to remember Him. Do we? Would it mean we should stop remembering His birth into this world because we couldn’t find the exact day Jesus was born?

    Again I emphasis, Christmas is a day to remember God’s never ending mercy and love towards the human kind. Not more than that!

    [Admin: Coming from someone who thinks that this site was started by a "Christian hater", anything we say here will just be denied by you, due to your blind faith of a pagan doctrine.]

Tinggalkan Ulasan Anda