April 21st, 2008 by admin
Al-Qur’an diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Isra’ 17:9)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)
Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.
Read the rest of this entry…
August 8th, 2007 by admin
Ada fitnah yang dilakukan secara terus-menerus terhadap Islam, fitnah itu ialah bahawa Islam adalah agama yang mendambakan keganasan dan ingin menguasai dunia. Sebelum anda menelan kata-kata kosong hasil rekaan golongan yang mempunyai agenda sendiri dan buuk sangka ini, ikutilah dahulu beberapa perkara yang akan diterangkan di dalam artikel ini.
Bandingkan sejarah Islam dengan sejarah Eropah, yang selama berabad-abad di sebut sebagai Christendom (umat Kristian). Pandangan yang objektif akan menunjukkan bahwa umat Kristian akan muncul sebagai juara pertama pada konteks umat yang paling sering berperang dan hauskan darah. Lagipula, bangsa Eropah dan keturuannya tidak seharusnya ingin menguasai dunia, termasuk menguasai negara-negara Islam, karena mereka mengikuti ajaran lemah-lembut Yesus, betul bukan?
Mengenai kebiasan yang sudah menjadi trend dari pengutipan dengan sewenang-wenangnya dari ajaran kitab suci dan membawanya di luar konteks, kita boleh lihat bagaimana orang Kristian melihat Perjanjian Lama mereka. Dalam Alkitab Perjanjian Lama, anda boleh menemui bagaimana Tuhan mendokong standard moral yang bersifat talam dua muka, Tuhan mendokong perhambaan, memerintahkan Bani Israil untuk melakukan pembersihan etnik dan melakukan pembunuhan bayi secara besar-besaran. Saya tidak percaya anda akan menemukan hal yang serupa di dalam al-Qur’an.
Read the rest of this entry…
August 2nd, 2007 by admin
ROME: Setiausaha sulit Pope Benedict XVI memberi amaran mengenai aliran Islamisasi Eropah yang semakin ketara dan menekankan benua itu supaya tidak melupakan akar umbi Kristian.
“Cubaan mengIslamkan Barat tidak boleh dinafikan. Ia mengundang bahaya kepada identiti Eropah kerana yang berkaitan dengannya tidak sepatutnya dilupakan,” Georg Gaenswein dipetik sebagai berkata dalam majalah Sueddeutsche Magazin yang disiarkan semalam.
Gaenswein turut mempertahankan ucapan Benedict tahun lalu yang mengaitkan Islam dengan keganasan dan berkata ia adalah cubaannya untuk “menyedarkan semua pihak”.
Penduduk Islam di seluruh dunia membantah ucapan Benedict, dengan gereja dibakar di Tebing Barat dan ulama Iran berkata pope bersatu dengan Presiden George W Bush untuk “mengulangi Perang Salib”. Seorang rahib Itali juga ditembak di hospital tempat dia bekerja di Somalia dan Vatican meluahkan kebimbangan serangan itu berkaitan dengan reaksi kepada ucapan Pope.
Baru-baru ini, ketua paderi berpengaruh Cologne, Joachim Meisner, berkata dalam temubual radio Deutschlandfunk yang diberi publisiti meluas bahawa “penghijrahan umat Islam mencetuskan perpecahan dari budaya Jerman dan Eropah.” -– Agensi