close button

Mempergunakan al-Qur’an untuk Dakyah Agama Kristian

Gerakan misionaris Kristian di Malaysia menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran mengenai Isa alaihissalam, dalam usaha untuk mendakyahkan ajaran agama Kristian kepada umat Islam di negara ini

“Anda tidak perlu mengkritik Muhammad atau para nabi lain,” David Garrison, seorang mubaligh Kristian memberitahu New York Times pada hari Sabtu, Mac 13 2010.

“Hanya Membangkitkan Yesus”

Garrison menggunakan strategi yang disebut sebagai “Kaedah Camel”, yang melibatkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran tentang Yesus untuk memurtadkan seorang Muslim menjadi Kristian.

Dalam satu kes, strategi mereka adalah untuk berbicara dengan seorang Muslim tentang kelahiran ajaib Yesus.

“Adakah anda mengetahui adanya nabi lain lahir dari seorang perawan?” tanya si mubaligh kepada Muslim tersebut.

Di dalam Al-Quran, Yesus disebut “Isa”. Ia juga dikenali sebagai Al-Masih (Kristus) dan Ibnu Maryam (Putera Maryam). Muslim mempercayai kerasulan Isa .a.s. sebagai salah-seorang Nabi Allah yang besar.

Baginda a.s. adalah anak Maryam tetapi bukanlah Anak Allah. Baginda telah dikandung dan lahir secara ajaib. Keajaiban ini adalah petanda untuk semua bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Hal ini serupa dengan ciptaan Allah Adam tanpa seorang ayah atau ibu.

Adapun penyalibannya, umat Islam percaya bahawa Isa a.s. tidak disalibkan tapi telah diselamatkan dan diangkat ke syurga.

Baca seterusnya…

12 May

Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia

Kategori: Berita,Umum

Natrah bersama ibu angkatnya Cik Aminah

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama pada hari Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr Fauziah melalui e-melnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

Bacaan lanjut: Sejarah Hidup Natrah (dalam format .pdf)

11 Jul

Proses kemaskini sedang dijalankan

Kategori: Berita,Umum

Kami sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaikan dan kemas kini kepada laman web Inilah Kebenaran ini. Insya Allah kerja ini dijangka dapat disiapkan pada penghujung minggu ini. Kami dalam sedikit masa lagi akan mengupas isu kekafiran Lina Joy dan kebobrokan fahaman agama Kristian, serta mengulas asas ajaran Paulus serta kesannya pada hari ini.

23 Jul