close button

Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam

Kategori: Umum

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sesi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama berasrama penuh di mana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah separuh masa di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan”

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yanglain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.

Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah

“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,
“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,
“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.
“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.

Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”

Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa.

Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”

Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapatkan dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima….hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA

“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Amin……Ya Rabbil A’lamin.

Incoming search terms:

  • kulup remaja
  • remaja bertudung labuh
  • remaja islam yang berjaya
  • syirik memikat kekasih lama
    03 Sep

    18 Ulasan untuk artikel “Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam”

    1. Abdullah (hamba_Nya) Says:

      Topik ini amat hangat dan semakin berleluasa. Saya harap maklumat ini dapat disebarkan secepat yg mungkin kpd seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya. Jazakumullahhu khairan kathira.

    2. jamaluddin arabi Says:

      cinta antara manusia yang tiada dasar takwa perosak ank2 muda sekarang…bila khwin jadi perkara yang susah..maka kemaksiatan banyak berlaku…waullahua’lam

    3. w@di Says:

      Bagi saya,apa yg penting ialah remaja itu sendiri..kalau anak gadis sdh tahu dari awal jejaka itu bkn Islam,maka jaga lah batas pergaulannya.Dalam hal ini,si jejaka dan anak gadis sama-sama salah.

    4. izni Says:

      bertudung labuh bkn memapirkan si pemakai mempunyai ilmu agama yg tinggi.tapi ia hadir dari mereka yang mampu menepis segala ujian dan dugaan dengan bijaksana dan berlandaskan al-Quran serta as-sunnah.

    5. Danina Says:

      Allahhuakbar. Saya tidak tahu bagaimana saya ingin lontarkan perasaan marah dan takut tentang gejala ini sebab saya mempunyai 4 orang anak. Semoga Allah melindungi mereka. Saya juga ingin tahu statistik fahaman ‘free thinker’ dikalangan masyarakat kita dan adakah ia juga mengancam agama islam. Wassalam.

    6. naqib Says:

      Nak berkahwin boleh….. Masalahnye mereka terlalu ikutkan nafsu… apabila mereka terlalu ikutkan nafsu, mereka akan dihukum…. tetapi mereka tidak mahu dihukum… mereka sanggup buat ape sahaja seperti di atas…. kalaulah saya… saye tetap islam kerana saya tahu islam itu benar dan saya tahu kristian itu agama syirik….. sebab itulah Allah mewajibkan manusia menuntut ilmu, kerana kita akan dapat membezakan perkara salah dan perkara kebenaran…. dan kita juge hendaklah selalu berdoa dan selalu bersembahyang….. kerana Allah akan selalu melindungi kite drpd ajaran2 syaitan…

    7. Roslee Bin Abdul Aziz Says:

      Assalamualaikum

      Saya Roslee,saya nasihatkan anak anak muda islam terutama yang perempuan dan wanita.Sekiranya mereka ada teman lelaki yang bukan islam,berhati-hati apa bila mereka membawa makanan dan minuman dari rumah atau dibelinya.Dikhuatiri mereka ada memasukkan air2 di minuman dan makanan dari gereja atau kuil untuk memurtadkan.Dan jangan percaya pujuk rayu mereka hingga hilang harga diri.Sekiranya mereka minat pada Islam suruh mereka pergi ke pusat2 islam untuk belajar islam.Akhir sekali jangan terlalu rapat dengan mereka.

      Wassalam
      Roslee

    8. mohamad naim Says:

      perncangan kristian
      1-sex
      2-sport
      3-song
      4-sosial

      maka pada semua umat islam..sma2 kte brhati2……

    9. Salleh Says:

      Bukan itu saja perangkap mereka. Antara lain berpura-pura berminat kepada Islam. Mereka mengutuk agama Kristian mereka sendiri dan memuji-muji kebenaran agama Islam. Mereka bertanya itu ini tentang Islam seolah-olah sangat berminat ingin memeluk Islam. Tujuannya hanya untuk mengukur sejauh mana pengetahuan kita tentang agama yang kita anuti. Setelah mereka pasti barulah mereka mengatur strateji dengan pelbagai kontrovesi dan keraguan sehingga remaja kita terperangkap.

      Saranan saya dedahkan asal usul agama kristian yang sebenar bukan berasal dari ajaran Jesus menurut bukti sejarah. Dedahkan Al Kitab Kristian bukan berasal dari ajaran Jesus sebenar. Dedahkan Al Kitab Kristen yang asli bukan ditulis dalam bahasa ibunda Jesus.

      Al Kitab asli ajaran Jesus adalah berbahasa Aramaic bukan Al Kitab Kristian sekarang yang berasal dari bahasa Yunani Greek. Sesungguhnya Jesus tidak pernah tahu menahu berbahasa Yunani Greek, Jauh sekali mengajarkan dan menulis Kitab Bible kristian yang berbahasa Yunani Greek.

    10. pendekar islam Says:

      org kristian sume same je bwk sial

    11. pendekar islam Says:

      seboleh-bolehnye diorang nk umat islam ikut agama diorang yg sembah bentuk t yg burok tu

    12. befino Says:

      Di Indonesia sudah lama terjadi..wajar umat kristian populasinya meningkat drastis…

    13. naz Says:

      apasal christian mcm bajet pandai ..haaa!!!aku panas toll lah!!!patut lah awek aku,cina tu asik ckp psl kristian3 je..bangannnng

    14. misno bin sana Says:

      kalau dah kenalpasti hal camtu terjadi, mana pulak majlis2 agama kita seluruh negara? buat dekje kah?

    15. arenaamin Says:

      Salam…

      Perkara diatas bukan sahaja terjadi pada wanita dan anak gadis di luar sana tetapi terjadi juga pada lelaki yang kurangnyer imannya…jadi berhati2 la. Saya berkata begitu bersebab kerana sahabat lelaki saya nyaris2 bertukar agama kerana dijanjikan harta yang banyak dan perniagaan yang maju kepada sahabat lelaki saya itu dengan syarat dia bertukar agama. Alhamdulilah…Allah swt itu Maha Besar diteguhkan hati sahabat saya…sahabat saya nekad tinggalkan kekasih hatinya walau sayang mengunung. Subhanallah…Maha Suci Allah.(kisah benar) ^_^

    16. norlida yusoff Says:

      salam ukhuwah…
      jd brhati2 la dgn org krstian…
      setiap lgkah kte sedg dperhatikn diorg,,,
      kuatkn iman kte…moga dbrikn petunjuk dan hidyah Allah S.W.T…

    17. Roslee Says:

      Assalamualaikum Anak anak muda mudi islam Kembalilah pada firman Allah,yg Allah ingatkan jgn percaya pada orang2 bukan islam.Walaupun mereka baik pun tetap hati mereka dengki dan jahat pada islam dan umatnya.Mereka masuk islam tujuan untuk hancurkan islam,hanya segelintir yg ikhlas dan benar2 dapat hidayah dari Allah swt.

    18. hamba Allah Says:

      segala petanda kecil sudah ketara di lihat, hanya menunggu kedatangan dajal dan imam mahdi untuk menyelamatkn islam dr terus murtad..

    Tinggalkan Ulasan Anda