Asas-asas Ajaran Kristian
Ajaran Kristian pada hari ini di katakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus atau dikenali dengan Nabi Isa AS dalam dunia Islam, tetapi jika kita kaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Alkitab kita akan dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung didalam ajaran kristian kini adalah berasal atau pun ciptaan seorang yahudi yang bernama Saul of Tarsus yang kemudiannya dikenali dengan nama Saulus ataupun Paulus. Nabi Isa yang sebenarnya adalah seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan sebagai nabi yang megesahkan kebenaran kitab taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah (lihat Surah Al-Maidah ayat 46). Baginda juga diutuskan Allah untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi terakhir utusan tuhan yang maha agung iaitu Nabi Muhamad SAW (lihat Surah Saff ayat 6) akan dibawakan bukti dari bible yang kedatangan nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut dalam perbincangan yang akan datang.
Nabi Isa telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor mulia yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan dari Allah juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu adalah atas izin Allah, baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah, kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah yang mana kebanyakan penganut dunia kristian hari ini menolaknya dan bermacam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah. Baginda kemudiannya telah di selamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh pendita yahudi yang tidak senang hati dengan baginda pada ketika itu, yang mana si pengkhianat Judas Iscariot telah diubah oleh Allah supaya menjadi seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Begitulah antara gambaran yang telah dicatatkan di dalam “The Last & Final Testement of God†iaitu Al-Quran mengenai Nabi Isa yang menjadi pegangan seluruh Islam.
Walaupun kristian turut memaparkan perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa sebagaimana muslim tetapi cara mereka amat bertentangan sekali dengan kita. Kita amat sayang dan cinta dengan Nabi Isa kerana baginda adalah salah seorang Nabi Allah, segala mukjizat yang diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda adalah seorang utusan Allah yang membawa ajaran yang benar. Tetapi orang kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda itu adalah salah satu dari oknum ketuhanan di dalam triniti atau tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan tidak masuk akal manusia yang waras.
Dalam perbincangan kali ini, kita akan melihat serba ringkas tentang doktrin-doktrin yang utama di dalam ajaran Kristian ini. Secara ringkas dapat kita menggariskan doktrin tersebut dalam lima perkara yang utama sebagaimana yang akan diterangkan di bawah.
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut “The Garden Of Eden†(sila lihat The book Of Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.
Doktrin anak tuhan (The Sonship of God)
Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan. Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.
Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)
Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah’s Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.
Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.
Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)
Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.
Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka agung-agungkan.
Artikel berkaitan
Paradoks Epiminides dan Paulus
Pengakuan Remaja Yang Dimurtadkan Oleh Orang Kristian
Nabi 'Isa Islam VS Nabi 'Isa Kristian (a.k.a. Tuhan Yesus)
Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun
Mempergunakan al-Qur'an untuk Dakyah Agama Kristian
Jika benar Yesus adalah contoh terbaik untuk umat Kristian....
September 23rd, 2007 at 12:29 pm
Apakah matlamat sebenar website spt ini? Adakah untuk memburuk-burukkan agama Kristian semata2? Adakah dgn mngadakn website spt ini anda fikir anda telah bbuat kebaikn utk semua? Adakh dgn mbina website sbgini anda fikir akn dpt mmupuk rasa bersatu padu pelbagai kaum di negara ini, yg juga mnganuti pbagai agama blainan? Beginikh yg dkatakn sbagai mhormati antara satu sm ln? Patutkh kita di negara ini mnekankn pbezaan stp agama yg dianuti rakyat walhal stp hari pemimpin negara ini mnyeru agar kita mlupakn pbezaan yg ada dan sbaliknya mnekankn psamaan di ant kita? Are we talking the talk n walking the walk? Adakh mburuk2kn agama org ln, trutama Kristianiti, agenda yg sgt penting utk hidup anda? Perbuatn anda sm spt mngumpat jiran sblh rumah. Anda mencaci jiran anda. Ingatkn kita hidup aman damai. Rupa2nya pbezaan masih ada di kalangn rakyat Malaysia yang dah merdeka 50 thn…
Tiada agama yg mngajar kita mjadi jahat. Kristian, Islam, Buddha, Hindu dsb tidak pernah mngajar kita utk mcaci. Ironinya, knp agama2 ln spt Buddha, Hindu dsb tak tfikir pula nak buat wsite utk mburuk2kn agama org ln? Walhal kaum2 diorg ni, kalau stkt nak buat wsite, ramai yg jauh lg pandai dr kita? Ini sbb mereka ini lebih tlibat dlm bidang yg mmajukn ekonomi n diri sendiri. Sebaliknya apa yg anda dpt? Keberkatn? Betulkah?
Kita smkn hr smkn tua. Hiduplh dlm keamanan dan keimanan. Jgnlah jd org yg dbenci. Nanti smkn tua smkn ramai pula musuh kita. Itukh yg anda mahu?
[Admin: Matlamat laman web ini sudah diterangkan di halaman ini. Anda tidak tahu membaca?]
February 11th, 2008 at 2:38 am
heheh . anda jangan dulu marah marah . karena belum tentu dengan niat itu dia buat web ini. Saya yakin dia ingin menasehati saudaranya sesama muslim.
August 1st, 2008 at 3:29 pm
salah kah fakta yang dia bagi tu?
kalo salah, betulkan saja lah, jangan terus timbulkan soal
keamanan. memang pun selama ini negara kita tak pernah aman.
September 28th, 2008 at 6:54 am
apa-apa yg diutarakan dalam website ini nak suruh orang BERFIKIR,
jadi kenalah berfikir. ALLAH BERI AKAL SURUH BERFIKIR. Bukannya nak kutuk sana-sini. website ini ok.
October 30th, 2008 at 8:43 am
betul tu ‘ gunaotakfikir’, berfikirlah secara waras, jika nak dikatakan hanya orang islam saja yang buat web macam ni. ‘manusia biasa’ salah banyak web yang dibuat oleh orang kristian yagn menghentam, bukan setakat menghentam malah menghina orang Islam. lagi teruk dari apa yang disampaikan dari web ini. ini web ok. teruskan dan tegakkan kebenaran
November 19th, 2008 at 10:08 am
Penulis artikel memberitahu perkara sebenar akan ugama Samawi dan nothing to do dengan ugama ugama kafir yang tidak samawi. Orang orang Hindu, Budha dan Tok Kong tiada tahu langsong akan ugama Allah Taala yang kita perdebatkan kerana Allah Taala telah langsong membutakan mata dan hati mereka dan tempat mereka semua nya ke Neraka Jahanam.Pada hal mereka di beri akal fikiran untuk mencari kebenaran beragama namun mereka tetap dengan tamaddun nenek moyang mereka.Di web ini peluang masih terbuka luas untuk yang sesat kembali ke jalan yang benar dan segala kemudahan telah Allah berikan kepada mereka untuk berfikir.Alat alt termodern masa kini seperti komputer dan satelite adalh datang nya dari Allah juga cuma yang ingin mencari kebenaran harus mengetik jari jemari dan bertimbun timbun maklumat yang dapat di perbezakan.Alangkah baik nya jika semua hamba hamba Allah menyembah hanya untuk nya saja kerana tiada tuhan selain Allah dan segala puji hanya untuk nya.Jika ini berlaku,tentu dunia akan berputar dengan gembira.Kerana dunia juga sering bertasbih memuja muja Allah Taala.Hanya tuhan yang maha tahu.
March 9th, 2009 at 9:55 pm
memang orang kristian sekarang berpegang pada kepercayaan yang salah kerana banyak ajaran-ajaran asal yesus tidak mereka ikuti sebaliknya mereka mengikuti ajaran yang telah dicipta oleh Paulus yang dianggap sebagai rasul bagi orang kristian. tidak keterlaluan dikatakan bahawa agama kristian yang wujud sekarang ini bukanlah ajaran yesus sebaliknya ajaran paulus yang menisbahkannya kepada yesus.
banyak contoh yang membuktikan penyelewengan ajaran yesus yang asal oleh paulus. tak perlu tengok jauh2, cukuplah soal khatan sahaja… dalam bible, khatan merupakan perjanjian abadi tuhan dengan umat manusia bahkan sesiapa yang tidak berkhatan harus dilenyapkan (bible indonesia) dan tidak termasuk dalam anggota umat allah (bible malaysia). oleh kerana yesus diutuskan untuk meneruskan pelaksanaan hukum taurat musa, maka dengan sendirinya yesus juga meeneruskan kewajipan berkhatan. namun jika dibaca dalam surat-surat paulus, dia dengan terang-terang memansuhkan kewajipan berkhatan.
diharapkan umat kristian dapat memikir sejenak tentang hal ini…
June 20th, 2009 at 1:25 am
Memang jelas orang-orang kristian berada didalam pegangan yang salah. Sudah jelas orang-orang kristian mengikut ajaran yang dibawa oleh Paulus dan bukannya Isa atau Jesus. Seandainya mereka menuruti ajaran Isa yang merupakan kesinambungan daripada Syariat Musa, maka tidak ragu-ragu lagi mereka akan menerima Islam sebagai Agama baru dan meninggalkan kristian yang bertuhankan Jesus dengan konsep triniti dan sebagainya. Yang pasti, Islam beriman kepada Jesus sebagai nabi dan rasul manakala tuhan bagi Islam hanyalah Allah, tuhan yang Maha Satu serta Tunggal. Tidak memperanakkan dan tidak pula diperanakkan. Pada hakikatnya, Jesus tidak menyeru kaum Yahudi untuk menyembahnya sebaliknya dia menyeru agar menyembah Allah yang Maha Esa.
June 20th, 2009 at 2:25 am
ternyata orang kristian sudah tersesat selama 2000 tahun.sudah banyak bukti kebesaran Allah SWT tetapi mereka masih enggan menerimanya dan merelakan kesesatan.saya tak nak ckp isu kitab,ajaran etc tetapi lihatlah sendiri tentang kejadian sebenar yang telah berlaku di dunia ini.Masjid tetap teguh dan kukuh walaupun ribut,taufan,gempa bumi melanda.pokok ruku arah kiblat d sydney.pokok lambang syahadat di jerman.ayat kitab al-quran tidak hilang walaupun kebakaran,bencana.tolong fikir pasal nie saja.
February 16th, 2010 at 12:15 pm
tak sangka kita dah ketinggalan masa dan ramai juga yang
tidak sedar akan perbuatan diri sendiri yang membuat dosa
terutamanya orang yang tidak mengikuti ajaran yang nabi
muhammad s.a.w. bertungkus lumus ajarkan dan mereka menghinanya.
February 16th, 2010 at 12:23 pm
apalah yang kita hendak lakukan kita sudah kebanyakan rugi
kerana kitab-kitab yang kita bela dan sayangi dulu telah hilang dan kita hanya ketinggalan kitab yang ALLAH S.W.T telah wahyukan kepada kita iaitu kitab AL-QURAN jadi pembaca-pembaca yang membaca ini tolonglah jaga kitab ini dengan penuh kasih sayang dan penuh kesucian anda.
March 3rd, 2010 at 2:31 am
erm…sy suka dengan penjelasan dye..sb kami amik subjek ni..so kami kna tgk mcm2 pdndapat dan fakta..rasenya xslh sbgai pengtahuan bersama,,,
April 11th, 2010 at 9:13 pm
Satu usaha murni oleh penulis ini.Diharapkan pembaca2 artikel ini dapat membacanya dgn berlapang dada dan minda yg terbuka.Sesungguhnya kebenaran itu kadang2 pahit,tetapi kita terpaksa menerimanya.Kerana pada akhirnya semua dari kita (hamba2Nya) pasti mahukan penghujung yg benar.
April 19th, 2010 at 12:30 pm
Pohon yang baik akan menghasilkan buah yang baik begitu pula pohon yang kurang baik .
barang yang asli duluan muncul baru datang yang palsu,mana bisa yang palsu bisa sama dengan yang asli atau bisaa menggantikan yang aslinya.Segala sesuatau dapat dikenali orang dari cara dan perbuatanya.
April 22nd, 2010 at 3:21 am
http://rahsiaalif.tripod.com/ hayatilah bersama. Anda akan sampai ke kemuncaknya bila perkara awal dimulakan.
April 29th, 2010 at 8:53 am
tiada tuhan yg disembah melainkan Allah>>
May 25th, 2010 at 5:52 pm
salam hormat semua…mohon maaf andai apa yg ditulis menyentuh mana-mana pihak.saya ada membaca alquran dan juga injil.apa yg saya tahu.islam memegang al quran dan kristian memegang injil.dalam 2 kitab ini allah benar wujud. alquran disampaikan nabi muhammad dan injil disampaikan nabi isa(yesus christus).setelah dikaji,saya menyakini al quran dgn sepenuhnya.selepas turunya injil mengapa allah masih menurunkan kitab yang lain lagi.adakah kerana injil belum sempurna?.masih ada lagi wahyu yang harus disampaikan oleh nabi-nabi yang lain.dan diceritakan juga bahawa kewujudan nabi muhammad di dalam kitab injil.sehinggalah kitab terakhir yaitu al-quran.dan ingatlah apabila kalian menyembah isa kerana ia tidak memiliki ayah,maka adam tidak memilki ayah dan ibu.allah telah menciptakan adam dengan tangannya.demikian juga dengan isa.apabila kalian menyembah isa kerana dia menghidupkan orang mati,maka kalian dapatkan hizqiyal didalam injil demikian.isa berdoa kepada allah untuk menghidupkan,maka allah menghidupkan.apabila kalian menyembahnya kerana keajaiban yang ada padanya.demikian juga yusya bin nun yang membunuh para pemerintah hingga menjelang matahari terbanam.jika kamu menyembahnya kerana naik ke langit,maka sesungguhnya malaikat naik ke langit setiap hari dan ada dua malaikat yang sentiasa bersama manusia diwaktu siang,dan dua malaikat bersama manusia diwaktu malam.sifat tuhan haruslah kekal.kerana allah s.w.t telah ada dan tetap akan ada.sedangkan sifat isa adalah baru dan diciptakan oleh allah s.w.t sehingga tidak layak untuk dikatakan sebagai tuhan.apa itu baptis? air suci. siapa yang mensucikannya? pendeta.bererti pendeta tidak memiliki dosa sama sekali :).kerana jika pendeta memiliki dosa,bagaimana air itu dapat disucikan oleh orang yang tidak dapat mensucikan dirinya sendiri.-renung-renungkan selamat beramal.
June 3rd, 2010 at 10:24 am
adakah anda tahu bila dunia ini dicipta?????
dan adakah anda tahu bila dunia ini akan kiamat????
June 5th, 2010 at 8:52 pm
to Manusia Biasa : penulis memberi penjelasan yang sebenar dan benar, dalam artikal ini mana ada dia mengutuk agama kristian, takkan untuk menyampaikan kebenaran nak marah2..kalu lah ko kata kristian yang dianuti skrg benar kenapa nak marah2..
p/s : bagus kepada penulis teruskan penulisan anda agar anak2 kita mengetahu perkara sebenar