close button

Perbandingan terjemahan Yehezkiel 23 dalam Alkitab Bahasa Indonesia / Melayu

Yehezkiel 23

Golongan misionaris Kristian sering mendakwa bahawa bidadari-bidadari yang berada di syurga seperti mana yang diceritakan oleh Al-Qur’an merupakan “cerita lucah” kerana ia menimbulkan berahi. Namun, mereka tidak dapat membuktikan bahawa dakwaan mereka ini adalah benar dan tidak ada nas-nas di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadis yang menceritakan apakah benar perhubungan seksual berlaku seperti di dunia. Misionaris Kristian juga telah lupa bahawa Alkitab yang mereka dakwa adalah “inspirasi” daripada Tuhan mengandungi ayat-ayat lucah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras bahawa ia adalah suci.

Berikut kami perturunkan terjemahan Yehezkiel 23:17-21 daripada dua sumber terjemahan yang berbeza, tetapi menceritakan perkara yang sama.

Baca seterusnya…

29 Oct

Ayat-ayat Alkitab Pendorong Keganasan

Umat Kristian mendokong keganasan

Seringkali kita mendengar orang-orang Kristian mendakwa bahawa agama mereka didasarkan di atas konsep kasih-sayang antara manusia tetapi Islam pula diasaskan di atas mata pedang (keganasan). Dakwaan ini jauh daripada kebenarannya, yang utama kerana Islam tidak mengajarkan keganasan dan kedua kerana daripada sudut sejarah peperangan seperti Perang Salib dan sebagainya, orang-orang Kristianlah yang memburu dan membunuh umat Islam di mana sahaja mereka berada. Orang-orang Kristian yang melakukan keganasan seperti di Bosnia, Chechnya dan kepulauan Maluku ternyata didorong oleh ayat-ayat yang mengajarkan kekerasan di dalam Alkitab mereka.

Di dalam Perjanjian Lama:

“Mereka menumpas dengan mata pedang segala sesuatu yang di dalam kota itu, baik laki-laki maupun perempuan, baik tua maupun muda, sampai kepada lembu, domba, dan keledai” (Yosua 6:21)

“Tetapi dari kota-kota bangsa-bangsa itu yang diberikan Tuhan Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu, janganlah kau biarkan hidup apapun yang bernafas” (Ulangan 20:16)

“Siapa yang menghujat nama Tuhan, pastilah ia dihukum mati dan dilontario dengan batu oleh seluruh jamaah itu. Baik yang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama Tuhan , haruslah dihukum mati” (Imamat 24:16)

Baca seterusnya…

01 Nov

Kelucahan di dalam Yehezkiel 23

Sumber:

23:1. Datanglah firman TUHAN kepadaku:
23:2 “Hai anak manusia, ada dua orang perempuan, anak dari satu ibu.
23:3 Mereka bersundal di Mesir, mereka bersundal pada masa mudanya; di sana susunya dijamah-jamah dan dada keperawanannya dipegang-pegang.
23:4 Nama yang tertua ialah Ohola dan nama adiknya ialah Oholiba. Mereka Aku punya dan mereka melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan. Mengenai nama-nama mereka, Ohola ialah Samaria dan Oholiba ialah Yerusalem.
23:5 Dan Ohola berzinah, sedang ia Aku punya. Ia sangat berahi kepada kekasih-kekasihnya, kepada orang Asyur, pahlawan-pahlawan perang,
23:6 berpakaian kain ungu tua, bupati-bupati dan penguasa-penguasa, semuanya pemuda yang ganteng, pasukan kuda.
23:7 Ia melakukan persundalannya dengan mereka, semuanya orang Asyur pilihan; ia menajiskan dirinya dengan semua orang, kepada siapa ia berahi dan dengan berhala-berhalanya.
23:8 Ia tidak meninggalkan persundalannya yang dilakukannya sejak dari Mesir, sebab pada masa mudanya orang sudah menidurinya, dan mereka memegang-megang dada keperawanannya dan mencurahkan persundalan mereka kepadanya.
23:9 Oleh sebab itu Aku menyerahkan dia ke dalam tangan kekasih-kekasihnya, dalam tangan orang Asyur, kepada siapa ia berahi.
23:10 Mereka menyingkapkan auratnya, anak-anaknya lelaki dan perempuan ditangkap dan ia sendiri dibunuh dengan pedang. Dengan demikian namanya dipercakapkan di antara kaum perempuan sebab hukuman telah dijatuhkan atasnya. Baca seterusnya…

21 Jun

Pertentangan sifat Yesus sebagai TUHAN ALLAH di dalam Perjanjian Baru

Pertentangan 1

a. Matius, fasal 3 ayat 17 “Lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: ‘Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan.'”

b. Matius, fasal 5 ayat 9 “Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut anak-anak Allah.”

Ayat di atas bertentangan kerana yang disebut anak Allah tidak hanya Yesus tetapi semua orang yang mendamaikan manusia.

Pertentangan 2

a. Yohanes, fasal 14 ayat 9 “Barangsiapa melihat Aku, ia telah melihat Bapa” dan ayat 10, “tidak percayakah engkau, bahwa aku ini di dalam Bapa, dan Bapa pun di dalam Aku? Segala perkataan yang Aku ini katakan kepadamu, bukanlah Aku katakan dengan kehendak sendiri, melainkan Bapa itu yang tinggal dalam Aku. Ia mengadakan segala perbuatan itu.”

b. Yohanes, fasal 17 ayat 23 “Aku di dalam mereka itu, dan Engkau di dalam Aku; supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan.”

Kata “mereka” di ayat 23 adalah sahabat Yesus. Sedangkan yang dimaksud ‘dengan aku’ ialah Yesus. Jadi frasa ‘Aku bersama mereka’ artinya Yesus beserta sahabat-sahabatnya. Jadi Tuhan itu berserta Yesus dan para sahabatnya. Kalau umat Kristian percaya hal kesatuan Yesus dengan Bapa, maka umat Kristian pun harus percaya hal kesatuan Bapa itu dengan semua sahabat Yesus yang berjumlah 12 orang. Jadi bukan Yesus dan Roh Suci saja yang menjadi satu dengan Tuhan, melainkan harus ditambah 12 orang lagi. Ini namanya persatuan Tuhan atau Tuhan persatuan, dan bukan hanya Tri-Tunggal, tetapi 15 Tunggal. Jadi mana yang benar? Tiga menjadi Tunggal atau 15 menjadi Tunggal?
Baca seterusnya…

30 May

Apakah Pandangan Al-Qur’an Terhadap Keaslian Alkitab?

Kategori: Alkitab

Ada di antara kalangan misionaris Kristian yang menyalahtafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an yang mengatakan bahawa Alkitab (Bibel) tidak boleh diubah kerana ia adalah kalam Allah. Mereka juga mendakwa bahawa Al-Qur’an menyuruh umat Islam supaya mempercayai ayat-ayat Alkitab kerana Al-Qur’an sendiri mengakui bahawa Alkitab itu datangnya daripada Allah. Sebenarnya, anggapan seperti ini adalah tidak tepat sama sekali.
Baca seterusnya…

27 May