Adakah Munasabah?

Kepercayaan Agama Kristian

ORANG-ORANG KRISTIAN percaya bahawa semua manusia berdosa kerana mewarisi dosa daripada moyang mereka bernama Adam, yang melanggar perintah Tuhan mereka di Taman Eden. Menurut mereka lagi dosa ini hanya boleh dihapus dan diampunkan oleh Tuhan mereka dengan mempersembahkan seorang insan yang tidak berdosa sebagai korban penebusan dosa kepada Tuhan.

Oleh sebab semua manusia dilahirkan berdosa dan tiada seorang pun manusia yang tidak berdosa maka Tuhan mereka terpaksa menjelma sebagai manusia Yesus Kristus khusus untuk menjadi korban penebusan dosa manusia. Akhirnya semua dosa manusia dihapus dan diampunkan oleh Tuhan yang juga Kristus setelah dikatakan mati di tiang salib. Bagaimanapun Kristus @ Tuhan hidup kembali dan waktu ini sedang duduk di sebelah kanan tangan Tuhan @ Kristus mereka selaku perantara diantara manusia dengan Tuhan @ Kristus. Inilah intisari akidah penganut agama Kristian seluruh dunia hari ini. Mereka juga percaya kepada ketiga-esaan Tuhan.

PERSOALANNYA:

1. ADAKAH MUNASABAH kita membunuh pengampun kita iaitu Tuhan @ Kristus semata-mata untuk mendapat keampunan daripada-Nya?

Bagaimanakah Tuhan @ Kristus mengampun kita kalau Dia dah mati?
Apa gunanya pengampunan kepada Tuhan @ Kristus yang dah mati?

2. ADAKAH MUNASABAH kita melakukan dosa yang paling besar dengan membunuh Tuhan @ Kristus semata-mata untuk menghapuskan dosa Adam yang cuma memakan buah larangan?

3. ADAKAH MUNASABAH kita membunuh Tuhan @ Kristus sebagai persembahan korban kepada Tuhan @ Kristus yang telah kita bunuh itu?

4. ADAKAH MUNASABAH kita dihukum berdosa oleh Tuhan @ Kristus akibat sebiji buah larangan tetapi kita dimuliakan dan diampun oleh Tuhan kerana membunuh-Nya?

5. ADAKAH MUNASABAH kita dihukum berdosa apabila melanggar perintah Tuhan @ Kristus tetapi kita dimuliakan dan diampun oleh Tuhan @ Kristus apabila kita membunuh-Nya?

Apakah sebenarnya erti dosa?
Apakah sebenarnya erti kemuliaan?

6. ADAKAH MUNASABAH memakan buah larangan merupakan ibu segala dosa tetapi membunuh Tuhan @ Kristus merupakan ibu segala pahala?

Kenapa orang-orang Kristian masih melakukan maksiat?

7. ADAKAH MUNASABAH pembuat hukum iaitu Tuhan @ Kristus terpaksa menjalani hukuman bunuh keatas diri-Nya sendiri bagi pihak makhluk-Nya yang bersalah melanggar hukuman-Nya?

Apalah ertinya hukum-hakam sekiranya ia tidak boleh menghukum pesalahnya?
Apalah ertinya hukum-hakam sekiranya hanya pembuat hukum itu sendiri yang akan menjalani hukuman?
Inikah ertinya keadilan Tuhan? Inikah ertinya kebijaksanaan Tuhan?
Tuhan jenis apakah sehingga boleh dibunuh hingga mati?
Siapakah yang mengambil nyawa Tuhan @ Kristus?
Siapakah yang memerintah alam semesta ini ketika Kristus @ Tuhan mati?

8. ADAKAH MUNASABAH Kristus @ Tuhan yang kononnya telah dijadikan persembahan korban penebusan dosa manusia masih hidup dan wujud lagi?

Benarkah Kristus @ Tuhan mati di tiang salib?
Apakah ertinya sebuah korban jika persembahannya masih hidup?
Siapakah yang menghidupkan kembali Kristus @ Tuhan daripada mati?
Tuhan jenis apakah yang bergantung hidup kepada nyawa?
Kalau Kristus @ Tuhan masih hidup maka sempurnakah persembahan korbannya?
Kalau Kristus @ Tuhan masih hidup maka adakah korbannya ditolak dan kita masih berdosa?

9. ADAKAH MUNASABAH Tuhan @ Kristus menjadi perantara diantara manusia dengan diri-Nya sendiri yang juga Tuhan @ Kristus?

Bagaimanakah Tuhan @ Kristus menjadi perantara diantara manusia dengan diri-Nya sendiri?

10. ADAKAH MUNASABAH Kristus @ Tuhan duduk di sebelah tangan kanan diri-Nya sendiri yang juga Tuhan @ Kristus?

Bagaimanakah Kristus @ Tuhan duduk di sebelah tangan kanannya sendiri?

11. ADAKAH MUNASABAH dosa boleh diwarisi?

Bagaimanakah dosa diwarisi?

12. ADAKAH MUNASABAH Kristus @ Tuhan mengambil masa beribu tahun untuk mengampun dosa manusia?

Bagaimana dengan dosa orang-orang yang mati sebelum Kristus @ Tuhan dikorbankan?

Kenapa Kristus @ Tuhan tidak menyerah diri untuk dikorbankan segera dari saat dia mula-mula menjelma?

Kenapa Tuhan @ Kristus tidak berkuasa mengampun begitu sahaja?
Betulkah Tuhan @ Kristus memerlukan korban Kristus @ Tuhan sebagai tebusan dosa kita?

13. ADAKAH MUNASABAH Kristus @ Tuhan yang kononnya tidak dapat menyelamatkan diri-Nya di tiang salib dapat menyelamatkan kita?

14. ADAKAH MUNASABAH Tuhan menghukum orang yang tidak berdosa untuk menanggung dosa orang lain sehingga menemui ajalnya?

Inikah ertinya keadilan Tuhan?
Inikah ertinya kebijaksanaan Tuhan?
Inikah ertinya kasih sayang Tuhan?

15. ADAKAH MUNASABAH Tuhan terpaksa menjelma sebagai Kristus untuk menjadi persembahan korban kepada diri-Nya sendiri ?

Inikah ertinya kebijaksanaan Tuhan?
Benarkah Kristus itu Tuhan?
Bukankah pada hari ketujuh Tuhan beristirehat?

16. ADAKAH MUNASABAH Tuhan @ Kristus melantik dari kalangan orang-orang yang berdosa sebagai Nabi-Nabi-Nya dizaman sebelum penjelmaan-Nya sebagai Kristus?

17. ADAKAH MUNASABAH Tuhan @ Kristus mengurniakan Kitab-Kitab suci Zabur dan Taurat kepada orang-orang yang berdosa di zaman sebelum penjelmaan-Nya sebagai Kristus?

18. ADAKAH MUNASABAH Kristus @ Tuhan melantik dua belas orang yang berdosa sebagai pengikut peribadi-Nya sebelum beliau tebus dosa mereka?

19. ADAKAH MUNASABAH Kristus @ Tuhan mengutuk Judas Iskariot sebagai pembelot dan pengkhianat sekiranya kerja Kristus @ Tuhan benar-benar khusus untuk menjadi korban penebusan dosa manusia?

Benarkah kerja Kristus @ Tuhan khusus untuk menjadi korban penebusan dosa manusia?
Wujudkah agama Kristian jika Judas Iskariot tidak memangkin penebusan dosa manusia?

20. ADAKAH MUNASABAH Tuhan itu tiga di dalam satu?

Tuhan mana satukah yang mati di tiang salib?
Kenapa ketiga-tiga oknum Tuhan tidak mati bersama-sama di tiang salib?
Kenapa Tuhan tidak dua atau empat atau lima atau sepuluh di dalam satu?
Tuhan mana satukah yang disembah oleh orang-orang Kristian hari ini?

21. ADAKAH MUNASABAH manusia diminta bertaubat daripada dosa sedangkan Kristus @ Tuhan telah pun menebus semua dosa manusia?

Apakah ertinya taubat jika dosa sudah terampun?
Apakah ertinya pengampunan jika manusia masih dianggap berdosa?
Apakah dosa manusia masih belum lagi dihapus dan diampunkan oleh Tuhan di tiang salib?

22. ADAKAH MUNASABAH bayi dan kanak-kanak mempunyai dosa?
Bagaimanakah bayi dan kanak-kanak berupaya melanggar perintah Kristus @ Tuhan?
Adakah bayi dan kanak-kanak hidup dan mati dalam keadaan berdosa?

Bukankah semua dosa manusia sudah ditebus oleh Kristus @ Tuhan?
Apakah pengampunan tidak boleh diwarisi sedangkan dosa boleh diwarisi?

Inikah ertinya kasih sayang Tuhan?

23. ADAKAH MUNASABAH semua dosa orang-orang yang dikatakan zalim saperti Firaun, Kaisar, Namrud dan Judas Iskariot terhapus dan terampun sekaligus oleh Kristus @ Tuhan di tiang salib?

24. ADAKAH MUNASABAH manusia perlu dibabtiskan dengan air dan roh sebagai penyucian daripada dosa untuk kehidupan yang baru sedangkan telahpun menebus dosa manusia?
Apakah dosa manusia masih belum lagi dihapus dan diampunkan oleh Tuhan di tiang salib?

25. ADAKAH MUNASABAH Yesus dibaptiskan sedangkan beliau tidak mempunyai dosa dan ketika itu beliau belum lagi menebus dosa di tiang salib?
Betulkah Kristus @ Tuhan tidak mempunyai dosa?

7 Responses to “Adakah Munasabah?”

  1. kingsms89

    Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah,
    waduh,waduh pak..adakah munasabah? apakah yg dimaknakan dgn “munasabah”? kok kamu cuma menggunakan fikiran manusia cuma sebagai memperkatakan maksud “munasabah”.Untuk bicara soal “munasabah”, asas atau persoalan pokok perlu dijelaskan dan diterima dahulu sama ada anda dari golongan apa agamapun ya. asas yg dimaksudkan adalah bahawa fikiran manusia adalah finiti (punyai tahap atau takat tertentu sahaja).Ini berlainan dengan “pemikiran” Tuhan yang sifatnya Infiniti, tiada permulaan dan pengakhiraannya. Ini jelas!!!! Oleh itu, bila penulis memperkatakan maksud “munasabah”, saya yakin dia menggunakan pemikiran manusiawinya sahaja dan beberapa ilmu yang diperturunkan dari seseorang sama ada gurunya atau ibu bapanya atau para sahabatnya. Soalan sebegini sebenarnya merupakan “perangkap kepada minda” kepada yang inginkan jawapan.Jika seseorang itu bersifat “pro” maka jawapan yang berbentuk positif akan didengari, begitu juga sebaliknya dgn seseorang yang bersikap negatif maka pelbagai jawapan negatif akan diberikan. Malangnya apa yg jelas, proses yang sama akan berlaku dalam menjawap soalan-soalan yang diutarakan iaitu menggunakan fikiran manusiawi juga.Rata-rata jika dijawabpun ianya tak akan mengubah apa-apa kerana jawapan “TIDAK” sudah ada dalam hati dan fikiran masing-masing. Kalau dijawappun juga, berbagai alasan akan diberi.akhirnya tidak ada kebaikan pun pada kedua pihak..cuma wujud kebencian dan pergaduhan..akhirnya ramai orang akan terkorban zahir dan batinnya.Tuhan juga akan murka.Sebagai contoh:- Bagi penulis ini yang berjaya mempersoalkan berbagai persoalan tentang kepercayaan kristian,cuba anda pula jelaskan dalam kepercayaan islam itu sendiri iaitu bagaimana Tuhan boleh menyediakan beberapa orang bidadari perempuan yang cantik untuk “melayan” seseorang yang mati shayid? Hebat ya… Disurgapun ada hal-hal sebegini ke? untung lelaki kan.Agaknya kalau perempuan yang mati shayid, beberapa bidadari lelaki yang handsomejuga ke akan “melayan”nya, jika ya..dahsyatlah… Tentu ada yang menjawab dengan pelbagai alasan..tetapi akhirnya tetap juga menggunakan fikiran manusiawi. Oleh itu, saudara penulis haruslah bersikap dan berpemikiran terbuka tentang persolan demikian.Ada pekara yang tidak logik tapi itulah hakikatnya!!!! Terlalu mempersoalkan sesuatu yang abstrak akan menyebabkan seseorang itu akan hilang pedoman dan kepercayaan. Hanya pengalaman dan disertai dengan hati yang bersih dan suci kerana ilmu itu adalah suci sifatnya akan memjawab dengan sendirinya persoalan-persoalan berikut. Sesungguhnya, tidak ada seorangpun dalam dunia ini dapat menjawab persoalan berkenaan dengan rahsia ketuhanan kerana jika seseorang itu mampu menjawab setiap inci persoalan maka dia sebenarnya sudah menjadi “Tuhan”.Ingatlah fikiran manusia sifatnya TERHAD sahaja.Hanya melalui mata iman sahaja yang mampu menjawab persoalan2 berkenaan.Bukankah itu lebih munasabah!Tuhan memberkati.

    May 18th, 2006 | 1:19 pm
  2. flex12ds

    Saudara dan Saudari yang dirahmati Allah,
    waduh,waduh kingsms89, bagaimanakah apabila kamu sendiri menggunakan batas pemikiran manusia sahaja untuk menjelaskan perihal kristus kamu?? kamu juga berkata “Ada pekara yang tidak logik tapi itulah hakikatnya!!!!”

    August 5th, 2006 | 3:39 am
  3. buana

    Buat kingsms89..

    Sama-samalah kita menunggu akan datangnya Nabi Isa, seorang nabi yakni seorang manusia.. Bukanlah tuhan seperti yang dikatakan oleh kamu.. Maka pada waktu itu, sudah terlambatlah bagi mereka yang ingkar.. AllahuAkbar.. Tiada Tuhan selain Allah..

    Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
    Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah! Sesungguhnya telah hampir masanya Nabi Isa bin Mariam turun kepada kamu untuk menjadi hakim secara adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi serta tidak menerima cukai dan harta akan melimpah, sehinggalah tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya.

    August 8th, 2006 | 3:09 pm
  4. Alhamdulillah… satu artikel dan penulisan yang cukup menarik.

    Hanya orang2 yang berakal saja dapat membezakan mana yang sebenar2nya Agama yang Allah redhai.

    kepada kingsms89 cuba2lah mempelajari islam. jika anda masih juga mengatakan islam itu tidak benar. terpulanglah kepada anda. anda mempelajari nya tidak menjadi satu kerugian pada anda seperti saya mempelajari injil. dan selepas itu terpulang lah pada Allah sama ada ingin memberi hidayahnya pada anda ataupun tidak.

    September 6th, 2006 | 11:07 pm
  5. kingsms89

    Buat saudara-saudaraku flex12ds dan sang buana (macam filem senario pulak),

    Salam Damai.

    Saudara flex12ds,bagaimana pula kalau saya terbalikkan soalan tersebut kepada saudara? Bagaimana agaknya?

    Saudara Buana,
    Saya kira intipati yang penting disini adalah sama ada Islam atau Kristian sama-sama bersetuju bahawa ” Sesungguhnya telah hampir masanya Nabi Isa turun kepada untuk menjadi hakim secara adil.” Nabi Isa adalah HAKIM YANG ADIL. Mengapa Nabi Isa? Sehingga dia terpilih berbanding dengan 24 Rasul yang lain.Apa istimewanya? Mengapa bukan Nabi Muhammad? Adakah Nabi Muhammad bukan seorang yang adil sehingga tidak layak untuk menjadi HAKIM diakhir zaman? Dalam hal mengadili manusia, hanya Allah sahaja yang layak kerana Allah itu maha suci, maha mengetahui dan maha kuasa. Jika Nabi Isa menjadi hakim kepada manusia tentunya kebenarannya adalah sama dengan Tuhan juga kan. Jadi benarlah bahawa pengikut Nabi Isa(Jesus) adalah pengikut yang benar kerana mengikut apa yang HAKIM YAG ADIL ajarkan.

    Salam Damai.

    September 11th, 2006 | 8:58 am
  6. becky

    Kalau di dalam al quran dikatakan ikutilah Isa kerana DIA adalah jalan yang lurus, jadi apa yang ingin anda katakan lagi… kalau DIA adalah jalan yang lurus, mengapa ikut jalan yang bengkok?

    ALLAH menciptakan hawa dgn mengambil 1 tulang rusuk dari adam dan bukannya 4. DIA mengajar kami untuk setia kepada seorang saja isteri atau suami kerana hanya 1 sahaja tulang rusuk adam yang diambil dan ALLAH tidak pernah silap mengambil tulang rusuk adam yang mengakibatkan DIA mengambil dan menukarnya kembali dgn tulang rusuk yang lain… Begitulah perihalnya dengan hubungan suami dan isteri…

    Tidak ada istilah nasib, kebetulan atau takdir…. Semua ini cuma taktik yang mengaburi mata sehingga kita tidak bisa melihat kebenaranNya…. Cuma ada 1 sahaja masalah di sini samada PERCAYA atau TIDAK PERCAYA? Kalau anda tidak percaya, jadi apa yang ingin anda persoalkan lagi…. mengapa khuatir dgn ajaran YESUS / ISA….

    Kalau anda mempersoalkan sekiranya YESUS itu Tuhan, mengapa DIA tidak mengetahui kapan DIA datang?
    Nah, di sini saya ingin bertanya… bisa kah kalian juga mengetahui kapan saudara dan saudari mati?
    Sekiranya kita ini tahu kapan kita mati, sudah tentu kita akan bersiap2 menghadapi kematian kita dan benar2 bertobat kan…
    Kiranya kita ini seorang mahasiswa atau mahasisiwi, sebelum kita menghadapi ujian atau peperiksaan, bisa kah kita mengetahui bahawa kita sudah berjaya atau lulus dalam ujian kita?
    Jadi apa gunanya kita belajar mati-matian kiranya kita sudah mengetahui yg kita bakal lulus?

    DIA ingin supaya kita tetap setia, percaya dan meneruskan hidup kita sambil berharap padaNya, sebab segala jerih - payah kita tidak akan sia - sia…

    Mengapa kita membutuhkan banyak sekali jawapan2 sedangkan anda sendiri sukar untuk mempercayai yang di depan anda atau apa sahaja yang kami kongsikan…. bahkan waktu ISA hidup seperti kita sebagai manusia suatu ketika dahulu pun juga ditentang habis - habisan oleh Imam2 dan ahli2 taurat…. siapakah kita untuk mempersoalkan kebenaran ini?

    Bagaimana harus anda percaya, sedangkan apa yang anda baca dan anda dengar atau anda fahami pun disangkal oleh saudara saudari apalagi Tuhan yang tidak kelihatan?

    March 10th, 2007 | 6:39 pm
  7. das_santos

    INILAH KEBENARAN ITU:
    “YESUS ADALAH TUHAN”
    kamu akan akan mengakui pada saatnya nanti…..

    Ya, kami sudah ketahui bahawa manusia yang mati dalam keadaan separa-bogel itu tentunya bukan Tuhan! - Editor

    August 7th, 2007 | 4:31 pm

Leave a Reply