close button

Mempergunakan al-Qur’an untuk Dakyah Agama Kristian

Gerakan misionaris Kristian di Malaysia menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran mengenai Isa alaihissalam, dalam usaha untuk mendakyahkan ajaran agama Kristian kepada umat Islam di negara ini

“Anda tidak perlu mengkritik Muhammad atau para nabi lain,” David Garrison, seorang mubaligh Kristian memberitahu New York Times pada hari Sabtu, Mac 13 2010.

“Hanya Membangkitkan Yesus”

Garrison menggunakan strategi yang disebut sebagai “Kaedah Camel”, yang melibatkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran tentang Yesus untuk memurtadkan seorang Muslim menjadi Kristian.

Dalam satu kes, strategi mereka adalah untuk berbicara dengan seorang Muslim tentang kelahiran ajaib Yesus.

“Adakah anda mengetahui adanya nabi lain lahir dari seorang perawan?” tanya si mubaligh kepada Muslim tersebut.

Di dalam Al-Quran, Yesus disebut “Isa”. Ia juga dikenali sebagai Al-Masih (Kristus) dan Ibnu Maryam (Putera Maryam). Muslim mempercayai kerasulan Isa .a.s. sebagai salah-seorang Nabi Allah yang besar.

Baginda a.s. adalah anak Maryam tetapi bukanlah Anak Allah. Baginda telah dikandung dan lahir secara ajaib. Keajaiban ini adalah petanda untuk semua bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Hal ini serupa dengan ciptaan Allah Adam tanpa seorang ayah atau ibu.

Adapun penyalibannya, umat Islam percaya bahawa Isa a.s. tidak disalibkan tapi telah diselamatkan dan diangkat ke syurga.

“Hadiah” Daripada Tuhan

Dalam kes lain, mubaligh berbicara tentang mukjizat Yesus yang juga disebutkan dalam Al-Quran untuk memujuk umat Islam bahawa status baginda melebihi daripada para nabi yang lain.

“Ini (Al-Quran) mengatakan bahawa Isa mampu membersihkan si kusta, bahkan mampu membangkitkan orang yang sudah mati,” kata Garrison.

“Pada masa itu juga dalam perbualan dengan umat Islam, kita boleh katakan,”Bukankah menarik bahawa Isa punya keistimewaan luar biasa yang Allah memberikan kepadanya, bahkan kematian juga berada di bawah kekuasaannya?”

“Kalau anda bertanya, ‘Apakah ada nabi lain mempunyai kuasa seperti ini? Jawapannya tidak ada.”

Dalam Islam, para Rasul yang dihantar dikurniakan dengan mukjizat yang berbeza, kerana mereka perlu menghadapi umat mereka sendiri dengan cara yang akan menarik mereka dan membantu mereka untuk memahami mesej Tauhid yang dibawa oleh mereka.

Kurnia khusus kepada Isa a.s. adalah bahawa ia boleh melakukan mukjizat seperti yang disebut sebelum ini. Kemampunan baginda a.s. melakukan mukjizat tidak menyamakannya dengan Allah.

Semua yang baginda a.s. lakukan adalah dengan izin daripada Allah untuk mengajar Bani Israil tentang keesaan Tuhan. Bahkan mukjizat ini, walaupun membuktikan kerasulan baginda, tidak cukup untuk meyakinkan mereka.

Muslim percaya bahawa Isa a.s. akan datang kembali ke bumi sebelum zaman untuk memulihkan keamanan dan ketertiban, melawan Anti-Kristus (Al-Masih Ad-Dajjal) dan membawa kemenangan bagi kebenaran dan keadilan.

Para pengikut Isa a.s. yang benar akan memperoleh kemenangan ke atas mereka yang menyangkal baginda a.s., memberikan gambaran yang salah mengenai baginda, dan menolaknya. (Sumber)

12 May

12 Ulasan untuk artikel “Mempergunakan al-Qur’an untuk Dakyah Agama Kristian”

  1. sabrinzul Says:

    saya tidak mengulas secara membuta tuli kerana saya tidak mengikuti perkembangan artikel ini dari awal tetapi saya mempunyai persoalan:
    1.dari manakah sumber al-quran mengenai nabi isa dan nabi-nabi terdahulu sedangkan nabi muhammad lahir berapa ratus tahun selepas kebangkitan nabi isa(yesus kristus).
    2.kalau ada sila buktikan dan tujukkan sumber asli tersebut??
    3.kenapa kebanyakkan yang tertulis di dalam al-quran adalah mengenai nabi isa(yesus kristus).kenapa tidak ditulis 100%mengenai nabi muhammad dan firman Allah yang diturunkan kepada nabi muhammad?
    4.Apa keselarasan cerita isa almasih dengan isi kandungan al-quran?

    sila saudara/i jelaskan..

  2. roel Says:

    Sdr Sabrinzul yang di Rahmati Allah…boleh sy sedikit share??
    1. Al’Quran merupakan wahyu yg turun langsung dr Allah, bkn karangan manusia n ke asliannya teruji, krn dari awal sampai sekarang n akhir zaman nanti hanya ada satu n salinan asli tetap terjaga.Jadi sumber Al-Quran adalah Allah SWT.
    2.Bukti klu Allah ada sy rasa sdr juga sdh mengakuinya bukan.?
    3.Krn Nabi Muhamad di utus bkn utk memberitakan ttg dirinya sendiri, tp utk menyebarkan kebenaran n kabar dari Allah..spt Isa/Yesus berkata ” Setelah aku akan datang seorang penghibur yang tidak akan berbicara atas namanya melainkan atas nama Bapaku, dia akan bicara ttg aku n bapaku …( sy lupa ayatnya di injil tp sy janji akan carikan )..dan di Yoh 5:30 – 31 bahwa kesaksiannya bkn ttg dirinya melainkan ttg Allah yg tlh mengutus dia..
    4. Semua nabi mulai Adam as sampai Muhamad ada di al-quran karena semua yg di utus Allah ada di dalam al-quran dan umat muslim mengakuinya sebagai kebanaran n jalan n hidup.

    wassalam…maaf bila ada kekeliruan krn sy hanya manusia biasa..salam

  3. roel Says:

    yups saya sdh menemukan ayatnya..di injil Yohanes 16 ; 7 – 13 ttg datangnya seorang penghibur setelah Isa/Yesus..Dia ( si penghibur/muhamad ) akan menginsyafkan dunia akan dosa ( bkn cuma org yahudi n nasrani melainkan seluruh umat di dunia )..Ia tdk berkata kata dari dirinya sendiri tp segala sesuatu yg didengarnya ( wahyu dr Allah )itulah yg akan dikatakan-Nya. Ia akan memberitakan hal2 yg akan datang .Ia akan memuliakan Aku …dst( jwban no 3 )( semua kata ganti orang dgn huruf besar menandakan Dia istimewa n benar2 utusan Allah )

  4. ilyas Says:

    1. Nabi ‘isa dan Nabi2 lain disampaikan di Alquran, karena:
    1. Sbagai bukti bahwa Alquran dari Allah, karena kisah2 yang telah lalu, tidak ada yang mengetahui,melainkan Allah.
    2. untuk menjelaskan hakikat yang sebenarnya tentang kelahiran Nabi ‘Isa.
    2. Kisah Nabi Muhammad sendiri telah dibukukan oleh para periwayat hadits yang terpercaya, setiap zaman menyampaikan kepada muridnya dan dihafalkan, sampai pada zaman pembukuan hadits, barulah dibukukan.
    3. Sebenarnya kisah Nabi Muhammad lebih banyak dari kisah Nabi ‘Isa, diantaranya tentang peperangan bliau (ali ‘Imran, at-taubah, al-anfal), kabar2 Nabi ‘Isa tentang kedatangan bliau (ash-shaff), kisah kluarga bliau (at-tahrim)dll.

  5. VELONTINI Says:

    jika al quran di turunkan terus oleh allah dari langit,tulisan arab dalam alquran itu adalah tulisan allah?dan di fahamkan bahawa nabi muhammad tidak pandai menulis dan membaca spt di dalam artikel anda..

  6. iin Says:

    @velontini
    makanya pelajari kenapa Al Quran itu dibukukan, karena dahulu, Muhammad SAW sudah hafal Al qur’an, begitupula dgn para sahabat, karena ketika itu para sahabat yg hafal qur’an bnyak yg gugur, dibukukanlah al qur’an…

    nuwun…

  7. Rangga Yasua Oga Says:

    belajarlah dan pahami Alqur’an karena sesungguhnya Alqur’an adalah kitab Allah yang terus abadi sepanjang masa. Kebenarannya sudah dibuktikan dan tidak ada ayat yang terkontradiksi ataupun mengandung suatu inkonsistensi.
    Alqur’an bukan ditulis atau karangan Nabi Muhammad SAW, tetapi itu merupakan firman Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW melalui ruhul qudus/ruhul al-amin/Malaikat
    secara berangsur2.
    Alqur’an berisikan syair-syair arab yang indah dan Al-qur’an mustahil untuk dicampur adukkan atau dipalsukan .

    Banyak lagi point-point positif dari Alqur’an
    Pasti kita akan diberi petunjuk oleh-Nya

  8. marwan Says:

    isya itu belum begitu ajaib dengan kelahiran nya karena masih mempunyai seorang ibu dan yang lebih ajaib lagi adalah adam alaihsalam tanpa ada bapak dan ibu nya bagaimana……tanggapan mu garrisson yang tolol

  9. Akhie. Says:

    SABRINA ZUL : KEBENARAN ITU ADA PADA DIRI MU… CARILAH IYA DENGAN KETULUSAN HATI MU….PASTI KAU BERTEMU JAWABAN YANG KAU INGINKAN….

    PERCAYALAH HATI YANG BENAR-BENAR TULUS MENCARI KEBENARAN SUDAH PASTI AKAN MENEMUI KEBENARAN….
    YANG TERPENTING ADA KETULUSAN HATIMU DALAM MENIMBULKAN PERSOALAN….. SEMOGA KITA DI BERI PETUNJUK YANG HAKIKI DARI TUHAN YANG MAHA BIJAKSANA….

  10. jinjuhayata Says:

    Jika anda bisa berdiri di planet yg paling jauh & Jesus pula sedang berada di bumi, akan anda dapati yg ‘Tuhan’ anda itu tidak akan lebih besar dpd 1 titik noktah. Benar?
    Sebabnya, “Langit yg di atas segala langit pun tidak termuat akan Dikau (Allah).” [1 Raja 8:27]

    Bukankah Allah sudah bilang – “Kerana Aku Tuhan Allahmu & tidak mahu disamakan dgn apa pun.” [UL 5:9]. Oleh itu, mana mungkin Allah layak disamatarafkan dgn Jesus, telur, patung dll benda yg pernah dilihat di langit/bumi. Benar?

    (Dialah Allah), Tuhan (yg menguasai) langit & bumi & segala yg ada di antara keduanya (Pemilik, Pencipta & Pengaturnya). Maka, sembahlah Dia (hai Muhammad) & berteguh hatilah dlm beribadah kpdNya (bersabarlah kamu dlm mentaatiNya, juga orang2 yg mengikutimu. Dia tidak menyerupai sesuatu dlm zat/kewujudan, nama2, sifat2 & perbuatanNya). APAKAH ENGKAU (ORANG2 KAFIR) MENGETAHUI SESUATU YANG SAMA DENGAN ALLAH? [tafsir Qs 19:65]

    “& tidak Kami mengutus seorang rasul pun sebelum engkau – wahai Muhammad – MELAINKAN DENGAN BAHASA KAUMNYA supaya ia dapat memberi penjelasan kpd mereka tentang syariat/undang2 Allah.” [tafsir Qs 4:14]
    ~ maksudnya, semua kitab diturunkan dgn bahasa yg digunakan oleh nabi & kaumnya pada masa itu. Jika Injil diturunkan dgn bahasa Arab, jangankan Nabi Isa – umat Isa pun tak akan faham apa yg cuba disampaikan oleh Allah kerana mereka berbahasa Aram/bahasa Yahudi purba. Logik & benar, ya!

  11. jinjuhayata Says:

    to sabrinzul:

    1.Al-Quran adalah “kisah yg PALING BAIK” (Qs 12:3), “kisah2 mereka (para rasul) itu terdapat PENGAJARAN bagi orang2 yg berakal, bukanlah cerita yg dibuat-buat tetapi membenarkan (kitab2) yg sebelumnya” (Qs 12:111), “PELAJARAN bagi orang2 yg bertaqwa ( yg menunaikan perintah Allah & menjauhi laranganNya)” (Qs 69:48), & diturunkan oleh Allah kpd Muhammad SAW sbg PERINGATAN bagi orang yg takut kpd Allah (Qs 20:2-4).

    “Itulah (yg telah Kami ceritakan kpdmu – wahai Muhammad – tentang sifat & berita) Isa Ibn Maryam, (tanpa keraguan & ia adalah) perkataan yg benar, yg mereka (Yahudi & Nasrani) ragukan kebenarannya. [tafsir Qs 19:34]

  12. jinjuhayata Says:

    to sabrinzul & VELONTINI:

    2.Tulisan Arab dlm al-Quran bukanlah tulisan Allah – Allah tidak menulis kerana Dia tidak sama spt kita (UL 5:9). Maha Suci Allah!

    Allah mewahyukan ayat2Nya kpd Muhammad SAW dgn perantaraan Ruhul Qudus (Qs 53:5) & baginda menghafalnya, juga dihafal oleh para sahabatnya. Penyusunan al-Quran sudah bermula sejak Nabi SAW hidup lagi – susunannya sama spt yg dibaca oleh Jibril & dihafaz oleh Nabi.

    Baginda tidak tahu membaca/menulis sehingga baginda wafat – itulah caranya Allah memelihara nabiNya dpd difitnah oleh orang2 kafir (dari dahulu hinggalah sekarang) yg menuduh baginda mempelajari kitab2 lama. Baginda juga tidak pernah menulis al-Quran.

    Nabi Muhammad SAW juga tidak memerlukan sesiapa pun utk mengajarnya kerana yg mengajar baginda ialah Allah sendiri. Mana mungkin para rabai/paderi lebih pandai dpd Allah!Oleh itu, SUMBER ASLI ayat al-Quran ialah ALLAH YANG MAHA KUASA!

    Masih ada salinan asal al-Quran yg tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

    Allah menjaga al-Quran dpd upaya orang2 yg ingin menyisipkan kesesatan kpdnya (Qs 15:9).
    Selama hidup anda, tidak akan anda temui 2 orang yg berbeza bacaan al-Qurannya – sebagai bukti kesucian firmanNya.
    Benar, ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *