close button

Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia

Kategori: Berita,Umum

Natrah bersama ibu angkatnya Cik Aminah

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama pada hari Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr Fauziah melalui e-melnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

Bacaan lanjut: Sejarah Hidup Natrah (dalam format .pdf)

11 Jul

6 Ulasan untuk artikel “Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia”

  1. nur aqilah bt. zainal ariffin Says:

    cerita ini sngt menarik bg sy…..
    kesian pd natrah…..
    cantik sungguh wajahnya waktu muda……
    i very love this story….
    that all for today ok good byeeeeee……

  2. alyn Says:

    saya minat cerita natrah.saya cuba dapatkan novel ni,tapi masih tak jumpa di kedai2 buku.DBP ada join tak dalam pemasaran novel ni.macamane nak dapatkan novel yang penuh konflik ni.

  3. abdul karim Says:

    Salam..
    saya baru sahaja membaca buku biografi Natrah – Cinta, Rusuhah dan Air Mata..yang ditulis oleh Dr Fatini Yaakob..sebenarnya cerita natrah telah lama saya ketahui iaitu zaman alam persekolahan lagi..pada masa itu Dr Fatini ada membuat jejakan kepada natrah di belanda dan Amerika Syarikat.melalui Dewan Masyarakat 1989..sungguh sadis cerita ini..dan sejarah ini wajar diberitahu kepada anak – anak bangsa kita yang beragama Islam agar kita sentiasa mempertahankan akidah kita kepada Allah..
    Propaganda barat kepada orang Islam di Singapura telah menyebabkan orang Islam bangun mempertahankan..tapi apakan daya umpama timun dengan durian..akhirnya rusuhan telah berlaku pada tahun 1950..kita orang Melayu pada masa itu masih kekurangan lagi di dalam hal perundangan menyebabkan kita sentiasa diperlekehkan oleh orang – orang barat..

  4. Syed Says:

    Satu lagi kisah perjuangan menegakkan syiar Islam. Setiap kali membaca kisah ini, saya berasa sedih kerana bangsa kita ditindas selama-lamanya. Dulu, tanpa ilmu, Natrah terpaksa dikafirkan. Kini, dengan ilmu, kita mengkafirkan diri sendiri!!!

  5. Jd Lancelot Says:

    Salah satu buku yang paling ‘cherish’ ialah ‘The Nadra Tragedy’, karya Haja Maideen, terbitan Pelanduk Publications. Buku yang saya beli tahun 1990. Masa tu masih student. Kumpul duit untuk beli buku ala biagrafi, genre yg saya minat. Kesimpulan dari kisah Natrah (Nadra), seperti komen abdul karim, kelemahan orang Melayu sebelum Merdeka dimanipulasi oleh bangsa asing. Terkilan juga terkenangkan Natrah sudah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mengampuni akan segala dosa-dosa beliau kerana Dia lah yang Lebih Tahu rahsia di sebalik apa yang terjadi.

  6. rabi Says:

    saya ingin menyelami hati Natrah diakhir-akhir hayatnya, yang luka dan menderita itu adakah dihati beliau masih dalam Islam atau tidak..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *