close button

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Siapakah Paulus?

Sejurus selepas pemergian Nabi Isa a.s., seorang lelaki berbangsa Yahudi bernama Saulus, seorang yang anti kepada ajaran Nabi Isa a.s. yang asli, telah berusaha untuk memesongkan ajaran Isa a.s. dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Nabi Isa a.s. Malah Saulus juga bertanggungjawab di dalam pembunuhan Stefanus, salah seorang daripada pengikut Isa a.s.

Umumnya telah mengetahui bahawa Paulus sebelum dikenali sebagai pendeta terulung agama Kristian adalah seorang Rabbi (pendeta) Yahudi yang bernama Saul Ben Kissai (Saulus) daripada suku Benyamin. Beliau pernah mendapat pendidikan agama Yahudi di Yerusalem. Di antara para gurunya adalah Gamaliel, seorang pendeta besar Yahudi yang meninggal dunia pada tahun pertengahan kurun yang pertama. Beliau juga pernah menuntut di beberapa buah tempat yang kuat pengaruhnya daripada falsafah Yunani dan Rom. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah kembali ke kampung halamannya di Tarsus untuk membantu ayahnya sebagai seorang saudagar dan dalam masa yang sama, Paulus telah berusaha mengembangkan agama Yahudi aliran Farisiyyin kepada anak-anak bangsanya. Agama Yahudi aliran Farisiyyin ini merupakan satu aliran yang paling kuat menentang dakwah yang dibawa oleh baginda Nabi Isa a.s ketika itu.

Rujuk: KISAH PARA RASUL (22): 3

Saulus berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurangnya sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Nabi Isa a.s. yang disebarkan oleh para pengikut baginda yang dipimpin oleh Petrus, salah seorang pengikut Isa a.s. yang paling setia, semakin hari semakin berkembang.

Melihatkan keadaan itu, Saulus menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Nabi Isa a.s. yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia baginda a.s. masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saulus ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. dari dalam. Maka untuk menyakinkan para pengikut Isa a.s. supaya menerimanya, Saulus harus menunjukkan bukti bahawa dia telah menerima suatu mesej terus dari Nabi Isa a.s. dan dilantik sebagai pengikutnya yang sah. Dengan cara inilah maka bolehlah beliau melakukan kegiatan-kegiatan subversif untuk menghancurkan ajaran Isa a.s. daripada dalam.

03 Oct

6 Ulasan untuk artikel “Paulus Dan Kesan Ajarannya: Siapakah Paulus?”

  1. MF Mohamad Says:

    Adakah istilah “Farisiyyin” bermaksud “berunsur Farsi”?

  2. Domingos Says:

    salam kenal saya org kafir………seperti dalam group yg kamu bicarakan diatas……..yang mau saya tanya apa islam itu dari moyangmu ??????? kamu hebat bisa menerjemahkan/mengartikan isi kitab. tapi menurut saya. seribu halaman pun inti nya cuman satu ” kamu berbuat baik akan dapat baiknya, kalao kamu jahat kamu juga akan dapat balasannya. itu ada pada semua agama yang di pancasilakan. ini hanya masalah mengkelompok, mengroup,

    menurutmu bagaimana????????

  3. Hamba Allah Says:

    Domingos Says:
    February 22nd, 2013 at 3:12 pm
    salam kenal saya org kafir………seperti dalam group yg kamu bicarakan diatas……..yang mau saya tanya apa islam itu dari moyangmu ??????? kamu hebat bisa menerjemahkan/mengartikan isi kitab. tapi menurut saya. seribu halaman pun inti nya cuman satu ” kamu berbuat baik akan dapat baiknya, kalao kamu jahat kamu juga akan dapat balasannya. itu ada pada semua agama yang di pancasilakan. ini hanya masalah mengkelompok, mengroup,

    menurutmu bagaimana????????

    Menurut ALLAH(ISLAM)
    Di dalam Islam, antara sifat Allah adalah Rahman dan Rahim. Rahman Allah meliputi seluruh alam termasuk orang kafir, binatang dan tumbuhan dan lain-lain. Tetapi sifat Rahim Allah hanya untuk orang ISLAM yakni MUKMIN. Sememangnya sahaja semua perbuatan baik pasti akan mendapat ganjaran baik di dunia, dan perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan jahat. Tetapi bagi orang kafir, apa sahaja kebaikan yang mereka lakukan di dunia Allah pasti akan balas baik di dunia sahaja, tetapi dari segi pengibadatan kepada Allah, segala perbuatan mereka akan dibalas di NERAKA. Supaya semua orang kafir tidak boleh mengadu kepada Allah mereka berbuat baik di dunia tidak dibalas baik. Tentu sahaja Allah yang bersifat Rahman akan memberi rahmatNYa kepada sekalian alam termasuk orang kafir. Tetapi akhirnya orang kafir pastinya akan ke neraka jua.

  4. deky Says:

    Bagiku agama ku bagimu agama mu

  5. nik mohamad Says:

    Berbuat baik di balas baik. Berbuat jahat di balas jahat. Itu dari sudut kehidupan maknusia sesama maknusia. Tetapi ada lagi suatu peringkat ia itu maknusia dengan Tuhannya. Sekira maknusia itu berdosa dengan Tuhanya itu tetap mendapat pembalasannya. Contohnya menduakan Tuhannya. Kalau dalam islam kita mengshrikanNya dengan yang lain. Fahamilah dua perkara yang berlainan tetapi seakan2 sama.

  6. Muhammad rawatan Says:

    Orang islam dianugerahkan celik pikirannya untuk menjelaskan apa yang salah dan yang benar hingga mampu menterjemah dan menghafal kitab kitab agama lain berbanding sipenganut agama itu sendiri yang hanya bisa membaca tapi tidak bisa menghayati apa isi kandungnya. Apa bila orang islam cuba mengungkap kebenaran dan kesilapannya barulah mereka nak membelek kitab mereka nak mencari kebenaran dan kesilapannya selama ini cuma tahu menyanyi di gereja dan mendengar khutbah paderi gereja sahaja apa kata paderi di iakan saja. Sebetulnya mereka harus malu dengan diri mereka sendiri kerana tidak mampu membuktikan kebenaran kitab mereka sendiri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *