close button

Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun

Tidak berapa lama selepas mereka bersama-sama menyebarkan misi dakwah Isa a.s., Barnaba sendiri mula menjauhkan diri daripada Paulus kerana beliau telah dapat menghidu taktik kotor Paulus yang cuba menyesuaikan agama Isa a.s. dengan akidah orang-orang Yunani. Ajaran Isa a.s. mengenai konsep tauhid adalah suatu bentuk penghapusan semua dewa-dewa yang berbagai-bagai. Ajaran seperti inilah yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Bagi orang yang setulus dan seteguh Barnaba, tugas menciptakan cara hidup yang diajarkan Isa a.s. di Yunani tanpa menyesuaikan diri dengan lingkungannya, pastilah sangat berat. Barnaba tentunya amat memegang teguh kepada kepercayaan bahawa Isa a.s. mengetahui bahwa penciptaanya/kelahirannya tidak menginginkan hukum-hukum Taurat dikurangi atau diubah sekecil mana pun. Untuk itu dia tetap berpegang teguh pada ajaran yang pernah diterima langsung olehnya dari Isa a.s.

Akhirnya mereka berdua, Barnaba dan Paulus, lebih banyak bertentangan pendapat, sehingga menimbulkan perselisihan yang tajam. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan mengikut hala-tuju masing-masing.

Tercatat di dalam Kisah Rasul 15:39-40 bahawa:

“Hal itu menimbulkan perselisihan yang tajam, sehingga mereka berpisah dan Barnaba membawa Markus berlayar ke Siprus.”

Lihat GALATIA (2 ) : 11 – 14 / KISAH PARA RASUL ( 9 ) : 26 – 27 & (15 ) : 35 – 41

Paulus mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Nabi Isa a.s. kepada golongan bukan Yahudi (gentiles). Beliau mula membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan kumpulan hawariyyun itu malas, sesat dan bersifat hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing keluar daripada kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya telah diterimanya daripada Nabi Isa a.s. Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan hawariyyun itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paulus adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Nabi Isa a.s. Pada mulanya, seruan Paulus tidak mendapat sambutan daripada golongan bangsa asing bukan Yahudi disebabkan bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.

Adakah masuk akal sekiranya para rasul yang mana mereka itu telah menerima dakwah secara langsung daripada baginda Nabi Isa a.s akan “berdiam diri” melihat segala kemunafikan, kesesatan, kepalsuan dan kedustaan yang ditaja oleh Paulus ini? Tentu sahaja tidak! Lantaran itulah, Petrus dan Barnaba (kemudian diikuti pula oleh para pendeta lain seperti Arius pada kurun ketiga) telah bangkit menentang Paulus yang telah cuba membawa masuk unsur-unsur bidaah, khurafat, syirik dan riddah ke dalam dakwah Nabi Isa a.s.

Sudah pasti ramai yang bangkit menentang kerakusan dan kelicikan Paulus ini bukannya Petrus dan Barnaba sahaja. Mengapa orang-orang Timur (Asia) menentang keras dakyah Paulus? Jawapannya ialah disebabkan di Timurlah ramai para nabi dan rasul a.s telah diutuskan kepada umat manusia. Apatah lagi di Palestin yang sehingga sekarang masih berada di dalam benua Asia yang digelar sebagai “Timur” itu. Oleh sebab manusia di Timur kebanyakannya telah terdedah dengan dakwah tauhid yang dibawa oleh para anbiya a.s sebelum itu, maka dengan mudah mereka dapat “mencium bau” kesesatan Paulus daripada landasan tauhid yang biasanya dikembangkan oleh para anbiya’ di Timur.

Paulus juga terkenal reputasinya sebagai seorang pendusta:

“Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliaannya, mengapa aku masih dihakimi sebagai orang yang berdosa?” (Roma 3:7).

Bahkan Paulus ini juga terkenal licik dengan penuh tipu daya:

“Baiklah, aku sendiri bukan merupakan beban bagi kamu, tetapi dalam kelicikanku aku telah menjerat kamu dengan tipu daya.” (2 Korintus 12:16).

Tidaklah menghairankan juga mengapa Paulus sendiri ditentang hebat oleh golongan al-hawariyyun, sehinggakan Paulus sendiri bersungut mengenangkan hal itu. Paulus berkata kepada Timotius:

“Engkau tahu bahwa semua mereka yang di daerah Asia Kecil berpaling daripadaku: termasuk Figelus dan Hermogenes.” (2 Timotius 1:15)

06 Oct

12 Ulasan untuk artikel “Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun”

  1. mengapaislam Says:

    Silakan ke:

    http://mengapaislam.wordpress.com/

    dan

    http://mengenalislam.blogspot.com/

  2. ini aku Says:

    Ayo dong yang kristen2 tunjukkan bukti2 mu?

  3. sem Says:

    saya cm mo bilang kalo baca alkitab tidak boleh comot ayat karena satu bagian harus diartikan secara menyeluh..itu sama aja sebelum anda berhenti bicara orang lain sudah menyela tanpa memberi penjelasan dan lagi tanpa Roh Kudus yang dianugrahkan Tuhan tidak ada seorangpun dapat percaya..Thax

  4. Maulana Says:

    Roh Kudus? Roh Tuhan maksudnya? Elisabeth (istri Nabi Zakaria), Stefanus, dan murid-murid Yesus pun punya (buka atuh perjanjian baru). mereka juga Tuhan dong? kok tambah kacau?

  5. jantung hati Says:

    TAK PAHAMA AKU ORANG KRISTIAN NI………

  6. frey Says:

    hayoo sadarlah yg kristian!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  7. eza Says:

    Buat gue mudah memahami mereka,..ajaran Islam berat untuk dilaksanakan, adalah sifat manusia mencari kemudahan dan mengutamakan kelezatan dunia untuk kebebasan yang sebebas-bebasnya berdasarkan akal fikiran

  8. Gideon Says:

    Salam Kepada Warga Alam Semester,
    Adonai Eloheinu Adonai Echad,

    Wahai saudara ku,

    Aku seorang Nasrani sejak dari lahir lagi. Namun demikian aku bukan Nasrani seperti mana yang kamu asalnya sangkakan seperti umumnya Nasrani lain. Aku percaya akan Tuhan yang Maha Esa dan seperti agama yang Nabi Isa peluk dan seperti Nabi Musa ajarkan. Nabi Isa tidak membawa sebarang agama melainkan membetulkan akidah Bani Israel yang telah banyak menyimpang. Saya telah menyelidiki Kitan Injil sejak dari kecil lagi dan kami tahu kebenarannya.

    Semua ayat yang dikatan oleh saudara pengarang blog ini adalah benar. Namun demikian akidah kami percaya kepada Nabi Isa tidak akan luntur kerana Nabi Isa telah dijanjikan untuk membawa yang sesat untuk keluar dari kegelapan. Kami Nasrani dari Mahzab Messianic atau Sabi’in tidak mengaku yang Nabi Isa adalah Tuhan melainkan hanya sebagai seorang nabi, rasul, guru, pendeta, hakim dan Almasih yang dijanjikan. Kami berpegang teguh kepada Kitab Injil karangan empat rasul yakni pengikut Nabi Isa iaitu Injil Matthew, Injil Mark, Injil Luke dan Injil John. Kami percaya akan empat Injil tersebut dan kami berpegang teguh kepada Kitab Taurat.

    Ini selari dengan kenyataan Nabi Isa sendiri yang menyakinkan tentang ketauhidan Tuhan yang Maha Esa. Kami juga telah diperintahkan oleh Nabi Isa untuk berpegang teguh kepada ajaran Nabi Musa dan menyelidiki Kitab Taurat.

    Berkaitan dengan perkara Paulus itu adalah benar. Injil sendiri menceritakan akan kisah tersebut bahawa akan muncul nabi palsu yang akan mengunakan nama Nabi Isa kemudiaanya akan menyesatkan manusia yang lain. Paulus pernah berkata bahawa akidah asal agama Yahudi yang dipeluk oleh para rasul dan Nabi Isa boleh dipermudahkan seandainya ia mendapat tentangan daripada orang luar Yahudi terutamanya orang Yunani. Keadaaan inilah yang menyebabkan para rasul yakni pengikut Nabi Isa sentiasa melawan Paulus.

    Paulus seorang warga Rome dan mendapat pendidikan daripada guru agama Yahudi. Namun demikian beliau mula berdakwah agama tersebut kepada penduduk Yunani khususnya yang tidak mudah untuk menerima ajaran Tauhid seandainya tidak diselaraskan.

    Paulus juga beragama Yahudi seperti Nabi Isa dan para rasul. Beliau mendapat pendidikan yang tinggi dan merupakan anak murid kepada pendeta Yahudi yang terkenal Gemalial. Paulus tahu akan akidah dan ibadah Yahudi yang sejati. Beliau cuba mengunakan akidah dan ibadah Yahudi kepada orang Yunani namun mendapat tentangan. Oleh hal yang demikian Paulus mula mencari jalan untuk membuat satu keselarasan bagi memudahkan orang Yunani memeluk agama Yahudi.

    Orang Yahudi tidak ada masalah berkaitan dengan akidah mereka kepada Tuhan dan ibadah mereka juga sama sekali. Agama Yahudi 99% adalah sama dengan agama Islam tetapi yang membezakan dua agama ini adalah Bani Israel sahaja yang layak memeluk agama Yahudi, namun demikian orang bukan Bani Israel boleh memeluk agama ini seandainya dia mampu menjalankan kewajipan sebagai Bani Israel. Agama Islam terbuka kepada semua manusia. Perbezaannya yang kedua adalah tentang kitab dan nabi. Orang Yahudi berpegang teguh kepada kitab Taurat seperti mana orang Muslim berpegang teguh kepada kitab Al-Quran dan orang Yahudi memuliakan Nabi Musa sebagai nabi yang terutama manakala Muslim pula memuliakan Nabi Muhammad sebagai nabi mereka pula.

    Dari segi amalan pula, seperti fardu kifayah adalah sama. Orang Yahudi diwajibkan untuk berpuasa, membayar zakat, mengucap kalimat syahadah mereka sendiri, mendirikan solat dan juga percaya kepada qadak dan qadar. Manakala dari segi akidah mereka adalah sama dengan agama Islam yang percaya kepada Tuhan yang Maha Esa.

    Oleh hal yang demikian seseorang yang ingin memeluk agama Kristian seharusnya dia mendapat pendidikan asas yang teguh tentang ajaran tauhid. Seorang Kristian yang tulen tahu bahawa Tuhan itu Maha Esa. Ini kerana Nabi Isa sendiri adalah berpegang kepada ajaran tauhid ini. Maka sekarang adalah masa untuk orang Nasrani khususnya untuk menyelidiki kitab Injil mereka dan untuk memahaminya.

    Bagi kenyataan yang diungkapkan oleh saudara Sem, saya bersetuju. Ini kerana ayat yang terdapat dalam Injil kadang2 tidak dapat berdiri sendiri seandainya ia dipotong ataupun dipisahkan untuk dirujuki. Kerana ayat tersebut saling bersangkutan dengan ayat yang lain. Oleh hal yang demikian, para pendeta Nasrani Sabi’in sering kali meminta kami membaca ayat tersebut sehingga habis satu perenggan supaya ia dapat memberikan satu makna yang khusus dan tepat. Berkaitan dengan Roh Kudus, Roh Kudus ini adalah satu kuasa milik kekal Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Kudus. Injil itu sendiri bersifat Kudus kerana ia mencatatkan Firman Tuhan yang Maha Kudus dan Tuhan itu sendiri adalah Maha Kudus. Nabi Isa dikandungkan oleh Perawan Mariam hasil daripada kalimah suci Tuhan yang Maha Kudus dan Kalimah tersebut adalah Kudus dan berbentuk Roh Kudus. Perkara ini sukar untuk orang lain fahami melainkan orang yang tahu dan diberikan oleh Tuhan untuk mengerti.

    Ini selari dengan kenyataan Nabi Isa sendiri yang mengatakan bahawa, Matthew 11:25 (Pada waktu itu berkatalah Yesus: “Aku bersyukur kepada-Mu, Bapa, Tuhan langit dan bumi, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.)Orang yang diberikan Tuhan yang Maha Kuasa untuk memahami Injil terutamanya adalah mereka yang rendah diri dan penuh ketaqwaan.

    Havenu Shalom Aleichem

  9. Capunk Says:

    Saudara-saudara dapat merujuk kepada buku:

    1. THE DECLINE AND FALL OF THE ROMAN EMPIRI (EDWARD GIBBON)

    2. “MUHAMMAD IN THE BIBLE” (Rev. David Benjamin Keldani B.D,), Terjemahan Indonesia: “Menguak Misteri Muhammad”.

    3. “ISLAM IN THE BIBLE” (Pastor Thomas McElwain), Terjemahan Indonesianya: “Bacalah Bibel (Mengurai Benang Merah Tiga Iman)”.

    Thx!

  10. Capunk Says:

    Ada baiknya jika sahabat-sahabat Kristiani membacanya langsung dari penulis-penulis Kristiani, seperti Prof. David Benjamin Keldani, dll., dimana ilmu, wawasan, dan theologi mereka sudah diakui oleh dunia.

    Terimakasih!

  11. sufi mahabbah Says:

    to gideon…shalom alaeichem….
    dsini sy ingin mnjelaskn mksud prkataan islam..prkataan islam adlh brasal dr b.arab iaitu salama salima aslama y membawa serah…manakala muslim pula brmaksud org y brserah diri..brserah diri dlm konteks menyerahkn seluruh jiwa dan raga pada Tuhan Yang Maha Esa…dan disini trmasuklah kpd seluruh makhluk y tunduk brserah pd Allah iaitu matahari, bulan, bintang dan sebagainya..mereka berserah diri pada tuhan dengan cara tersendiri. matahari, tunduk patuh pada Allah dengan cara memberikan cahaya pd bumi dan seluruh planet yang mengelilinginya, bumi brputar dipaksinya y menyebabkan brlakunya proses siang dan malam…menunujukkan semua makhluk yang dicipta olehnya adalah muslim bezanya mereka dengan manusia adalah sebahgiannya ada yang beriman dan sebahagian yang lain ada yang ingkar..justeru jika anda seorang yang berserah diri pada tuhan Yang Maha Esa anda juga adalah muslim bermaksud disini terima apa sahaja yang diperintahkan olehnya..namun begitu terhalangnya anda menjadi muslim kerana anda masih belum mengakui tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W..sekalipun anda mempercayainya tapi anda masih belum mengucapkan kalimah syahadah iaitu kalimah yang membawa maksud anda berserah diri pada Allah dan tunduk patuh pada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad maka anda masih tetap belum seorang muslim…

  12. Hamba Allah Says:

    To Gideon :

    Syukur allhamdulillah kerana jarang2 seperti anda yang memahami konsep tahuhid. Walaupun anda memegang dan membaca bible yang sama dengan saudara kristien anda yang lain, tapi anda diberi pengertian oleh Allah agar dapat membezakan mana firman Allah yang betul dan mana ayat yang telah ditokoh tambah oleh tangan-tangan manusia di dalam bible tersebut. Alangkah baiknya sekiranya anda boleh berjuang di dalam agama anda untuk memberi pengertian kepada saudara anda yang lain.

    Di sini sebagai rasa syukur dengan adanya penganut Injil seperti anda, saya dengan besar hati ingin mengajak memeluk ISLAM untuk meneruskan perjuangan Nabi Isa dan bersama-sama menunggu kedatangan Nabi Isa pada akhir zaman untuk menjadi raja adil kepada manusia, membunuh dajjal, membunuh semua babi, memecahkan semua salib dan akan memberitahu bahawa, zaman ini adalah zaman akhir yakni Zaman Syariat Nabi Muhammad, kesinambungan daripada agama tauhid terdahulu. Dimana semua manusia hari ini adalah hidup dalam Zaman Nabi Terakhir Nabi Muhammad berpaksikan Al-Quran dan Sunnah wal jamaah. Maknanya anda juga sedang hidup di Zaman Nabi Muhammad tetapi sayangnya anda masih meletakkan diri anda hidup di Zaman Nabi Isa berpandukan Kitab Taurat dan Injil. Sekiranya anda memahami kronologi ini, pastinya anda akan memahami bahawa pengikut Nabi Isa yang setia adalah orang ISLAM sebenarnya dimana kisah Nabi Isa as dan Ibunya Maria dirakamkan di dalam Al-Quran. Dan tidak sempurna iman seorang ISLAM sekiranya tidak berima kepada semua nabi dan rasul termasuk Nabi Isa yang diutus Allah ke dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *