close button

Kisah Penyanyi Rock Inggeris Masuk Islam

Kategori: Kesaksian,Umum

(Cat Stevens – Yusof Islam)

Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.

Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.

Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.

Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.

“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”

Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.

Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

06 Oct

61 Ulasan untuk artikel “Kisah Penyanyi Rock Inggeris Masuk Islam”

  1. ahmad Says:

    Salam perdamaian kepada angella,apakah pandangan anda tentang Islam?

  2. Tan Says:

    Salam sejahtera… sy merupakan seorg buddha dan berumur 19tahun. sy percaya kepada kebenaran agama Islam dan telah pergi hmpr semua laman web yg memaparkan tentang Islam tetapi sy buntu dan sering menangis kerana inginkan petunjuk dan kebenaran dari-Nya… maaf jika kata2 sy menyingung perasaan. sy amat memerlukan nasihat..

  3. Hamba Allah Says:

    Saudara Tan,

    Saya ada seorang ustaz yang juga seorang imam. Saya yakin beliau dapat menolong saudara Tan. Bagaimana hendak menghubungi saudara?

  4. Al_makrifatul_ikhwan Says:

    wahai semua insan..ingat lah bhawasaNya ALLAH S.W.T telah berfirman:tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untk beribadat kepada ku…cuba kalian renungkan….jadi sekarang perbanyakkanlah beribadat dan berdoa supaya semua manusia mendapat hidayah daripada ALLAH S.W.T…
    ya ALLAH ha tuhan ku yang maha penganpun lagi maha mengasihi…kurniakanlah setiap hamba mu hidayah..bukakanlah pintu hati kami untuk menerima hidayah mu ya ALLAH….engkau adalah tuhan yang menciptakan kami semua….kami semua mengharapkan syurga mu ya ALLAH..tpi adakah dengan cara kami sekarang ini melayakkan kami untuk mendapat surga mu…jadi ya ALLAH perbetulKnlAh dirikanlah diri kami mengikut apa yang engkau redai…….amin………..

  5. Al_makrifatul_ikhwan Says:

    Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa sebab, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami adalah Allah.” Dan jika Allah tidak menolak (keganasan) manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang-orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama-nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
    (AL-HAJJ, 22:40)

  6. Al_makrifatul_ikhwan Says:

    Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.
    Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin… Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia…
    Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api… Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu “berita rutin.”
    Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
    Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
    Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu “makanan” untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.
    Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:

    Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu.” (An-Nisaa’, 75)

    Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis… (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
    Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:

    …Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)

    Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya. Ini bukan masanya untuk kekal membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.
    MUS

  7. Doreen Says:

    wlpun sy sekarang masih seorang kristian katolik tapi sangat tertarik dgn ajaran islam lalu sy ingin sangat masuk islam, jika tidak keberatan, saya mohon agar sesiapa yg sudi bantu sy dgn mendoakan saya kepada allah agr memberikan sya hidayah-Nya dan mengizinkan sy masuk islam, bukan itu shja, malah doakan agar allah lembutkan hati ibu bapa dan datuk nenek saya agar hati mereka mengizinkan sy msuk islam dgn hati yg rela. terima kasih dan diharap kalian dpt doakan untuk sya. diharap mendapat maklum balas melalui email saya.

  8. ahmad Says:

    Salam sejahtera,kepada Doreen,saya amat besar hati bila membaca email anda,saya juga ingin membantu anda,jika anda sudah ingin masuk Islam teruskan usaha anda,jangan anda bertangguh kerana kita tidak tahu bila ajal kita,Allah akan mengampunkan dosa anda,carilah guru-guru agama untuk anda mendapakatkan lebih pengetahuan agama dengan lebih mendalam.Atau anda juga boleh mendapatkan pengetahuan agama dengan lebih mendalam melalui bacaan,layarilah laman ini,http://www.stormreaders.net/ahmadsyarifuddin .Syukurlah anda telah diberi hidayah(petunjuk) dari Allah,oleh itu jangan bertangguh lagi dan teruskan niat suci anda.

  9. mira Says:

    tuhan mmg 1,Allah,
    kita yg x sama.

  10. Abdul Hamid Says:

    Assalamualaikum…ni Adalah pengakuan seorg bishop di amerika…” Bahawasanya Al-Quran Dan Nabi Muhammad tidak Akan berbohong..” wahai penganut agama kristian, ingin saya katakn di dalam kitab anda sendiri ada ayat2 spt:-

    1) “Perbuatan Rasul-Rasul”, fasal 5, ayat 31(5:31)
    ” Ia inilah ditinggikan oleh tangan kanan Allah menjadi Raja dan Penyelamat akan mengurniakan taubat(pengampunan) kepada BANI ISRAIL dan jalan keampunan dosa”

    2) Matius, fasal 15, ayat 24(15:24)
    ” maka jawab Jesus, katanya ” tiadalah aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba(kemungkaran) yang sesat di antara BANI ISRAIL.”

    Bukankah ayat di atas ini sudah jelas, dan tidak boleh di putar belit lagi, Jesus sendiri mengakui bahawa dia di utuskan untuk BANI ISRAIL sahaja…? Bukan utk semua manusia atau bangsa lain?? Jadi adakah saudara/saudari yang penganut kristian bukan golongan BANI ISRAIL, tentunya tidak termasuk umat Jesus dan dosanya tidak boleh di tebus atau tertebus, kerana Jesus hanya menjadi penyelamat utk BANI ISRAIL sahaja..sedangkan saudara/saudari sendiri pun bukan dari golongan BANI ISRAIL. Bukti ini ada pada kitab anda sendiri bkn daripada mana2..jika salah sila buktikan. Sekian..

  11. azizi Says:

    Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka2 yang ingin memeluk Islam….satu ugama yg benar sebenar benarnya…..Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *