close button

Gerakan Kristianisasi di Malaysia

Kategori: Umum

Tera Tak Adamar & Mohd Elfie Nieshaem Juferi

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40”, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2).

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre.

Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.

Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?

Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.

Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w. Sabdanya:

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) . Firman Allah:

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” (Surah Ash Saf: 8)

Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, “The Herald”, yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.

Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)

Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa.

Sekian, wallahu a’lam.

02 Oct

137 Ulasan untuk artikel “Gerakan Kristianisasi di Malaysia”

  1. khusyairi kamil Says:

    #
    Siapakah yang dimaksudkan dengan tidak tahu membaca tersebut, Muhammad atau Jesus?

    Siapakah yang dimaksudkan dengan “… in MY NAME.” ? ALLAH atau tuhan bapa? Adakah “in the name of the father…” itu nama Allah atau bukankah “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.” itu lebih bertepatan dengan petikan “he shall speak in My Name.” tersebut?

    Bukankah ayat-ayat tersebut begitu jelas memberikan tanda-tanda kebangkitan Nabi Muhammad SAW yang dibangkitkan untuk menyampaikan ayat-ayat Allah SWT? Apakah mereka (orang-orang Kristian) sedar? ATAU

  2. khusyairi kamil Says:

    #
    Apakah mereka menerimanya DAN mereka mendengar ayat-ayat Tuhan tersebut? JAWAPANNYA TIDAK! Ayat tuhan mereka juga tidak mereka endahkan!

    Tidakkah itu bermakna mereka MENOLAKNYA?

    Mereka menolak kerana keangkuhan dan kesombongan serta tidak sesuai kepada mereka.

    Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana jika ayat-ayat tersebut dimanipulasikan dengan sedikit tokok tambah dengan kalimah ALLAH, tidakkah itu akan membawa pengertian sebaliknya?

  3. Niza Says:

    Ya Allah, engkau telah lahirkan aku sebagai Islam, matikanlah aku juga dalam agama sucimu Islam. Jauhkan aku dr anasir2 jahat laknatullah…Amin

  4. haq Says:

    kepada Olsen Says:
    September 4th, 2007 at 4:25 pm

    pertanyaan dia:

    Kenapa harus jadi kes ‘jenayah’ sekiranya bertukar agama (dari Islam ke Christian)? Kenapa harus ‘memaksa’?

    jawapan nya:

    Jawapan nya mengapa agama kristian menyebarkan agama mereka sedangkan tiada paksaan dalam beragama dalam konteks Islam satu malaysia. Jika tidak dipancing ikan di laut manakan boleh makan ikan laut.Ikan di laut itu sudah aman.Sedangkan pemancing menghuru-harakan habitatnya.

  5. Lonely Says:

    Bnda ni normal je kat luar. Lagipun org kristian ni baik , memahami dn boleh membantu.
    Eapecially utk org yg bermasalah n tekanan hidup.
    Walaupun dgn cara memesong akidah
    But still kami amik ap yg ad di depan mata utk hidup. Kalau xda mereka . We are nothing.
    Dan juga org Islam , org kopiah or lagak alim pun xda hak nk kondem or suka suki judge or hina kami.
    Itu lagi menunjukkan Islam itu agama pengganas.
    Islam ni hanya utk org baik2 je kan?

  6. azman adzhom Says:

    Laailaahaaillallahh Muhammadarrasuulullahh!

    ALLAH the ONE AND ONLY!

  7. nurul Says:

    Saya seorang muallaf yang memeluk Islam kerana memilih agama yg benar setelah bertahun-tahun mengkaji kitab2 dan buku2 pelbagai agama.pada pemerhatian saya, agama Islam amat sempurna dan benar tetapi umatnya sangat banyak kekurangan.pelbagai jenis kekurangan yang membantutkan niat orang bukan Islam untuk mengkaji agama ini.sebab dulu saya pun begitu.

  8. rock kapak Says:

    salam bagimu saudaraku.im kristian.sy bnyk brkwan dgn org islam.dsini kmi tiada masalah.mereka smbyng kmi hormat.kmi smbhyang dorang hormat.malah kmi tk pnh gaduh utk mcari agama spa yg btl.ada mslh ttg agama d luar kmi tdk bngkitkan.kmi cma kata org yg buat mslh tu kafir.tiada agama.mereka kata islam tak ajar umatnya buat slh.dlm kristen pun tak diajar buat slh.rkn sebilik sy kata islam dan kristian ada psamaan iaitu tdk mnjar kpd dosa.dan dia kata penganut itu sendiri yg membawa kpd mslh.contohnya katanya pewujudan laman utk pbncngan ttg agama katanya.tetapi buat apa wujukan laman tu?katanya.cuma akn menimbulkan sakit hati ke2 belah pihak.lebih truk katanya ada yg keluarkan kata2 kesat.itu bkn pbncngan tetapi suara syaitan katanya.ya mnghasut mereka yg lemah iman.kata kwn sy tu lebih baik trus berdoa mohon ptunjuk kpada allah.pendek kata agma kristen atau islam tu bkn penentu kpd individu tu msk syurga ktanya.yg menentukan ialah amalanya yg akan di bawa ke dunia akhirat. skdr rnungan kta bsama katanya kpadaku pd suatu hr.adakah anda tuhan kmu adil?katanya.sya jwb ya.dia brkata sy jg pcaya allah itu adil.katanya lg ada 2 org indvdu katanya.nmanya ali dan abu.ali ni agama kristen dan dia bnyk melakukan kebaikan manakala abu agama islam dan bnyk mlkukan kejahatan.mna yg akn msk syurga katanya?sbp tuhan dan allah itu adil katanya.smpi ke hari ini kmi tk tw jwpn nya.kmi buat kesimpulan tk pyh nak sibuk konon nak dakyah dri sendiri pun tak urus katanya.itu sebab smpi ke hri ini kmi seramai 6 orang mac sewa blk yg sma dan hdp hrmoni.semoga kita smua dpt iktibar dr crita ini tak kira kpd umat kristen atau islam.bg diri sy sendiri sy amat menghormati agama islam dan penganutnya kerna jka tmbl perasaan benci atau iri dlm hti ni bmkna syaitan snyum tanda menang kerna brjaya melagakan umat islam dan kristian.nukilan insan yg berdosa.

  9. Roslee Says:

    Ya Allaahu robbi,lindungilah,kawallah,kuatkanlah jiwa,batin,qalbu,darah daging,roh dan hati generasi2 islam yang ada sekarang dan akan datang dengan iman,tauhid dan islam yang kebal.Jauhkanlah mereka dari kesesatan aqidah yang dibawa oleh kristian dan agama2 yang kau tolak.Sesungguhnya kau sahaja tempatku memohon bantuan.amiiin

  10. Islam Ideal satu pilihan Says:

    Salam semua,
    Hanya sekadar renungan dalam kesulitan dan kebuntuan arah yang hendak dituju.

    Lebih banyak pendedahan dalam kehidupan harian kita, ini memungkinkan kita berfikir secara rasional. Akan tetapi tanpa kita sedari sebenarnya kita ini jahil, berangapan cerdik, pandai atau pun bijak. Tetapi hakikatnya kita adalah dalam tipudaya semata-mata. Semua agama percaya akan Syurga dan Neraka, Dimana Syurga dan Neraka itu, Bagaimana kita boleh kesana, siapa yang menguruskannya, apakah syarat kelayakan untuk memasukinya. Kita selalu ingat, yang Syurga dan Neraka itu kita yang menguruskanya. Berbuat ikut suka kita esok lusa masuk syurga. Berbuat agama untuk tuhan.
    Ada perjalanan yang telah ditetapkan untuk kearah itu. Ketetapan ini telah terlebih dahulu wujud sebelum ada manusia. Bukan kita yang menetapkan perjalanan atau peraturan bila kita hidup dan mengalami perubahan pula.

    Sesuatu itu diciptakan dengan peraturan yang telah disusunatur terlebih dahulu, dimana dalam skop tertentu tiada sebarang ruang pindaan sama sekali.

    Sebagai contohnya, kenderaan bermotor berkuasa tinggi, motorkar (kereta) telah diciptakan secara pakej mempunyai sistem penyejukan (Radiator System) dan tatacara penjagaan serta pengurusannya bagi memastikan enjin motor tersebut dapat berfungsi dengan cemerlang.

    Begitu juga manusia perlu kepada sistem penyejukan yang bersistematik lagi pratikal. Kita makan ikut dan saja, sistem metabolisma badan menghasilkan haba, lalu badan akan menjadi panas dan tidak seimbang?

    Adakah kita yang telah dihidupkan tercari dan membuat sistem baru ini untuk digunapakai dan sejauh mana keberkesanan?. Makan herba, minum bir, makan rempah ratus dan macam-macam lagi!

    Kita (manusia) perlu kepada cara mengekalkan keseimbangan Suhu Badan tetapi bagaimana?, Siapa yang boleh ajarkan? Agama mana yang ada method/cara memjelaskan dan penjelasannya secara dan dapat diterima pakai oleh semua peringkat manusia.

    GAJAH mengunakan telinganya yang lebar dengan mengibas2 dapat membebasan haba melalui telinganya lalu badannya cepat menjadi sejuk

    Kita manusia fikirlah sendiri apa caranya,
    Kita ingat kita ni pandai,apa caranya?

    Agama mana yang mengajarkannya?

    Disinilah bermulanya pencarian kebenaran dari pemilihan kasus-kasus yang penuh dengan kekeliruan dan kepalsuan!

    Kita sering diberikan intan permata tetapi kita tidak pula diajarkan untuk menghargai intan permata tersebut?

    Inilah yang terjadi kepada kita semua, sering berada didunia ciptaan kita sendiri dan dalam kekeliruan sehinggakan batu dijalanan disangkakan intan permata!

    Apakah sistem penyejukan yang amat praktikal untuk kita dan kita memerlukannya?

    Berwudhu adalah jawabannya!!!!!!!!!

    Tidakkah kita mengetahuinya, dan tahu nilainya pula?

    Inilah pengetahuan dan kefahaman yang sering terlepas pandang atau tiada dapat kita perolehi!.
    Ini disebabkan oleh Vakum Ilmu atau kekosongan Ilmu dalam melengkapi ilmu pengetahuan yang perlu kita perolehi

    bersambung….

  11. CD Says:

    Surah az-zukhruf(ayat 61): Allah yang Esa menegaskan kekuasaanNya dalam menjadikan apa sahaja. Bukan maksudnya yang diciptakan itu adalah berkuasa sepertiNya. Bekas ciptaanNya semua untuk menjalankan akal fikir yang sempurna. Tidak ada yang kuasa lagi selain Allah, Tuhan sekalian alam. Tanda kuasaNya, tidak perlu lagi Allah menjadikan tuhan selainNya. Kalau Allah menghantar tuhan dalam bentuk manusia, itilah tanda kebodohan kristian.

  12. Sufi Says:

    Saya fikir kita perlu adakan pusat pengajian yg mengajar perbandingan agama secara serius,so ramai akan dapat mengenali mana agama yang benar.Mereka akan dpt memahami agaama secara sebenar,bukan agak-agak saja

  13. LeeGou Says:

    shalom,
    greeting of peace..

    anyone here who know that any time God take our lives, will go to heaven? as a normal human being, we must think about life after death later, right? so, I bring us think more deeply .. think about our lives now. ask ourselves whether we are living right or wrong in holding that we have. I did not mean no respect for other religions, just wanted to share their opinion .. okay kan…??? peace..:-)

  14. Jurgen Says:

    Umat Islam hanya mengenal Nabi Isa/Jesus melalui Nabi SAW dan Al-Quran. Selain dari Bibel, tiada punca lain yang menunjukan Nabi Isa itu real-wujud, malah banyak ahli sejarah mengatakan Jesus itu adalah dongeng semata.

    Jadi, tiada sebab umat Islam mempercayai dongeng/Jesus kalau bukan atas sebab Nabi SAW dan AlQuran yang haq.

    Islam memang membenarkan kebebasan beragama. Tapi, Islam juga melarang mana-mana agama (termasuk Islam sendiri)mengajar pekara agama yang salah(batil) pada orang ramai.

    Umat lain,terutama Kristen,harus memilih satu ajaran sahaja dari beribu2 mazhab yang ada, yang di anggap paling benar untuk dijadikan agama kristen rasmi di Malaysia.

  15. Salam Says:

    Nabi Isa a.s akan datang di akhir zaman nanti …tapi bukan membawa syariat baru tetapi sebagai pengikut kepada Nabi Muhammad SAW. Antara perkara yang akan dibuat ialah memusnahkan Salib, membunuh babi…. Pada ketika itu ramai orang kristian akan datang kepada Islam.

  16. AINI Says:

    mereka yang masuk kristian tu memang bodoh.. semoga allah akan melaknatnya.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  17. mahmud Says:

    Firman Allah yeng bermaksud ” Sesungguhnya Allah telah memilih untuk kamu agama islam dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali dalam islam” Ingat Islam adalah pilihan istimewa Allah telah pilihkan untuk kita sedangkan Allah maha mengetahui, Allah mencipta manusia termasuk Nabi Isa,Allah beranak dan tidak diperanakan Allah bersifat “Qiamuhu binasihi” berdiri dengan sendiri tanpa dilahirkan atau dicipta. Wallahu A’lam bimuradihi

  18. mahmud Says:

    pembetulan : Allah tidak beranak dan tidak deperanakan…

  19. Syed Fauzi Says:

    Asalammualaikum Semua,AL-Quran adalah kitab panduan Hidup umat.Memacam paduan ada didalam AL-Quran.Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh ALLAH SWT yg mengajar tatasusila kehidupan yg bermodal bknnya kehidupan penuh kemaksiatan,TUHAN hanyalah Satu ya itu ALLAH SWT.Memang benar ALLAH SWT turunkan 4 Kitab,kitab terakhir ialah AL-Quran.Skrg ini kitab injil telah dipesongkan oleh paderi2 yg tidak bertanggungjawab,Al-Quran dari dulu sampai skrg tidak ada satu perkataan pon yg dipesongkan.ALLAH SWT. Menjaga mertabat AL-Quran kerana AL-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAWaaa

  20. wawa Says:

    JUST CURIOUS,’TIADA PAKSAAN DLM AGAMA ISLAM’ BUT Y THEY DONT ALLOWING THE MUSLIM TO DECIDED THEIR OWN RELIGIOUS IF THEY WANT TO CONVERT…BECAUSE THAT NOTHING PAKSAAN IN ISLAM RELIGIOUS… AND THE MSIA LAW ALSO SAID ABOUT KEBEBASAN BERAGAMA…

  21. songlin Says:

    terlebih dahulu sya mohon maaf.. jika apa yg sya post kn ini menyinggung hati sekalian. sya dri keluaga Kristian dn di besarkn dlm Kristian. segala ajaran Kristian juga telah di berikan dlm kehidupan ku. namun ada tdk di ajarkn demikian sesetengah komen yg sya baca di sini.. sebab itu lh iman sya terhadap kepercayaan ku, tetap teguh dlm Kristian. ingin menjawab komen saudra WAN(50) saya pun mngkin boleh brkata demikian utk, meraih kepercayaan orng ramai terhadap agama yg sya pertahankan.jikalau di phk yg benar mengapa berasa tergugat… semua orang tahu, murtad adalah kebencian Tuhan yg maha esa.. ini lg 2 komen, (118 dn 119). saudara salam Dn saudari Aini… melihat komen kamu, terfikir, begini kh yg di ajar dlm agama..? maaf.. Tuhan itu kn penyayang, pengasih dan pemurah… yg berdosa pasti di hukum.
    sekali lg saya mohon maaf. Sekian dn Terima kasih.

  22. nordin mahmud Says:

    Ya Allah lindungilah kami dari hasutan syaitan durjana. Berilah petunjukmu kepada kami agar kami menjadi Islam zahir dan batin. Terangilah kehidupan mereka yang diambang kesesatan agar mereka tidak terpesong dari ajaranmua. Ya Allah mohon beri kekuatan kepada kami untuk menentang musuh2 yang merosakkan keimanan kami.. Amin

  23. Muslimah Says:

    assalamualaiakum…
    semoga kita semua dapat menjaga keimanan kita. jgn terpedaya dgn apa sj yg dikatakan, tetapi percayalah dgn apa yg kita pelajari dan fahami mengenai agama kita. org boleh menulis dan berkata mcm2, tetapkan hati kita, iman kita kpd Allah yang satu…
    buat penganut agama lain, kajilah agama ini sblm kamu mahu mengatakan yg buruk2 atau mengejinya. niatkan kajian kamu untuk mencari kebenaran krn jika niat kamu utk mencari keburukan, makan keburukan lah yg akan kamu dpt dan jumpa, jika kamu ikhlas dan jujur, makan kamu akan nmpk dan menjumpai apa yg benar dan tidak terselindung. maka akuilah ia.
    buat semua Muslimin dan Muslimat, sebutlah dan berbincanglah di sini dgn penuh ilmiah dan luhur. jgn kita jadikan diri kita umat yg tidak beradab dgn memaki hamun, mencari salah org lain, menuding jari dsbg nya. biarlah mereka berkata apaun, krn mereka tidak memahami keindahan yang ada didalam ISlam, jika mrk sudah mengetahuinya, nescaya mrk akan terpegun….
    alhamdulillah dan insya’allah…..Allahhuakhbar!!

  24. Jagroe Says:

    Minta maaf kalau menyinggung atau menyentuh sensitiviti kalian. Saya dibesarkan dalam keluarga Kristian dan dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang majmuk. Sebagai seorang Kristian, saya sudah merasakan kasih Yesus dalam kehidupan saya dan saya bangga menjadi seorang Kristian yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang bukan Kristian. Bagi saya, kalau kita benar2 yakin dan percaya dengan agamakita maka tidak ada yang mempertikaikan agama lain. Untuk 119(Aini) maaf kata, dalam Kristian, tiada dasar dan doa seperti itu.

  25. Haywire Says:

    Dalam Islam tidak ada paksaan. Sekiranya anak2 mereka di paksa dlm bentuk wang ringgit atau bentuk pengaruh lain utk menganut Ugama Wicca tentu mereka akan menjadi gusar dan kebencian mereka akan meluap luap.Kalau org dewasa yg buat keputusan utk memurtadkan dirinya dari Islam itu keputusan namanya, jikalau budak2 berumur 9-10 tahun di murtadkan itu paksaan dlm bentuk pengaruh.Dan itu adalah perbuatan salah.

  26. tri mandala Petra Says:

    Wow, saya orang Indonesia koment-koment yang ada di blog ini sangat kontroversial
    Saya Muslim Dan saya mempunyai banyak teman kristian, kita harus bisa saling menghargai…

    Untuk admin , blog yang sangat luar biasa. Saya bisa banyak memetik Ilmu dari sini…
    Sekian Dan terima kasih……

  27. alone Says:

    Ada sape tau kat mana christian missionaries tolong org dn memurtadkan org. Email aku . lelaki.ini.perasan@gmail.com
    Ak baru je kena sabotage ngan melayu , muslim. Apahal mereka ni benci sngt kat aku? Hilang kerja. Duit xda. Hutang banyak. This is my last resort and my last chance.kalau aku dpt father yg leh ubah hidup aku. I’m promise. Aku akan hancurkan melayu dn org islam ni. Dan generasi baru ni.

    Islam utk org baik. Aku amat malu sekali dgn rata2 org kat malaysia ni.muslim celup. I guess diroang ni bangga coz dilahirkan islam dn selindung di sebalik agama.

    Wish a great miracle will fall for me soon.

  28. Sup Tulang Says:

    “TIADA PAKSAAN DI DALAM ISLAM”

    Sering kali ungkapan diatas menggelirukan kerana tafsiran yang kurang tepat.

    ??? ????????? ??? ???????? ???? ????????? ????????? ???? ???????? ?????? ???????? ?????????????
    ????????????? ?????????? ????????? ?????? ??????????? ????????????? ?????????? ???

    ?????????? ????? ????????? ??????? ???????
    ( Surah Al-baqarah: Ayat 256 )

    Ertinya:
    Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut [162] dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Ayat ni merupakan ayat ke 256 surah al-baqarah dan orang sering menafsirnya dengan cara cetek, dangkal dan sempit. Ayat ini yang asal sebenarnya diturunkan kepada orang kafir, musyrikin, yahudi dan nasrani dalam saranan memeluk islam. Ayat tadi juga ditafsirkan dalam ibadah iaitu maksud tiada paksaan dalam agama, Allah tidak memberati hambaNya dalam sesuatu keadaan contohnya dalam solat, wuduk, puasa, zakat dan haji yang mana ada keringanan (rukhsoh) di situ.

    Maksud ungkapan tersebut bukanlah untuk memberi greenlight kepada penganut Islam yang dah sejak lahir Islam itu menukar-nukar agamanya mengikut citarasa( seperti membeli baju di pasar malam ). Tetapi maksud/tafsiran yang lebih tepat lagi adalah -> TIADA PAKSAAN UNTUK ORANG YANG NON MUSLIM MENGANUT ISLAM. Tiada Paksaan untuk itu. Tetapi jika beliau berhasrat hendak menganut agama Islam, perlulah dengan hati yang ikhlas. Bukanlah menganut/masuk Islam kerana dipaksa atau kerana cinta semata-mata. Anutlah Islam jika anda sudah benar-benar bersedia, siap sedia mengetahui cabaran yang bakal ditempuh, dan jadi lah Hamba Allah SWT yang taat. Sayangilah Islam setelah menganutinya kerana ia adalah agama ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Esa dan kerana besarnya kuasa ALLAH SWT, maka kita tidak mampu berimaginasi tentang rupanya apatah lagi untuk melihatnya kerana kita cuma hamba/manusia yang lemah.

  29. papalove Says:

    2 all mangkok hayun @ tunggul mati…
    surry jgn mare…just menguji hati dan kesabaran tuh…

    nak fahami ayatul quranul qarim,perlu sangat untuk kita menggabungkan 1 / lebih ayat,kaedah ini akan memberikan maksud arti yang lebih fokus dan yang paling dan sangat2 penting adalah meerujuk kepada ahlinya…cuma sayangnya,mereka yang rasa terlebih bijak dan pandai melebihi ahli quran itu sahaja yang suka mengambil kesempatan kononnya…memutar hujah dan nas untuk menyesuaikan apa yang sealiran dengan nafsu dan kepala otak bangang mereka…mereka ni laa yang sedap untuk dikatakan lebih rendah dan hina dari haiwan ternak..mungkin lembu…atau mungkin juga khinzir@babi hutan.
    sayangnya jika kita memberi laluan mudah kepada musuh2 diluar dan didalam sana untuk menghuru-harakan jalan hidup..laluan pulang yang indah ini.

    one fuck! to munafikun..
    one peace 4 all of u…

    “”””””””””””””””””””””allah the one and only””””””””””””””””””

    surry bro,gua bluur hari ni.

  30. anti pembunuh Says:

    salam..saya seorang Kristian katolik.. bagi saya di sabah.. kami ada hak untuk gerakan kristian.. lagi pun kebebasan beragama boleh dibuat di malaysia apatah lagi di borne sabah.. masuk kristian sebenarnya tidak akan mendatangkan malapetaka ataupun kehancuran seperti saudara katakan.. saya sebagai kristian percaya Yesus Tuhan kami kerana ajaran Nya adalah jalan kebenaran.. kita mmg ada perasaan x berpuas hati kerana gerakan kristian tidak disukai rakyat di malaysia terutamanya melayu..
    masing2 ada hak untuk bebas mencari kebenaran..di sabah tiada melayu.. smua adalah bebilang suku kaum dan etnik.. masing2 sentiasa menghormati agama.. satu lagi perkara… kenapa gereja x di bina banyak di semenanjung? kami risau sekiranya mana2 org sabah kristian terposting dkt smnjung dan x ada greja pun di lokasi tu ..sbb tu hak di sabah adalah hak kami dan bukannya hak melayu..

  31. anti pembunuh Says:

    knpa menyembah raja?

  32. zza Says:

    sheikh, kejatuhan Uthmaniyyah 1924…bukan 1942, wallahualam :)

  33. Gam Says:

    Terima kasih Admin…

  34. saya Says:

    islam adalah agama sejagat bukan untuk org melayu, bukan untuk arab.. ia adalah agama boleh dianuti oleh semua bangsa.. agama islam tak salah.. yang salah ialah ummatnya yang tidak mempraktikkan agama islam tersebut.. islam adalah agama yang cantik..

  35. from indonesia Says:

    ya rabbi,,perkuatlah ikatan cinta dan kasih sayang diantara muslimin dan muslimah di indonesia dan malaysia dan muslimin muslimah suluruh dunia dalam iman islam.amin amin amin ya rabbal ‘alamin….assalamu’alaikum untuk sodaraku di malaysia

  36. Mike Rashid (Former muslim) Says:

    Islam itu cantik..tapi puak Melayu tu..HIPROKIT..!!! hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *