close button

Asas-asas Ajaran Kristian

Kategori: Agama Kristian

Ajaran Kristian pada hari ini di katakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus atau dikenali dengan Nabi Isa AS dalam dunia Islam, tetapi jika kita kaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Alkitab kita akan dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung didalam ajaran kristian kini adalah berasal atau pun ciptaan seorang yahudi yang bernama Saul of Tarsus yang kemudiannya dikenali dengan nama Saulus ataupun Paulus. Nabi Isa yang sebenarnya adalah seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan sebagai nabi yang megesahkan kebenaran kitab taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah (lihat Surah Al-Maidah ayat 46). Baginda juga diutuskan Allah untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi terakhir utusan tuhan yang maha agung iaitu Nabi Muhamad SAW (lihat Surah Saff ayat 6) akan dibawakan bukti dari bible yang kedatangan nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut dalam perbincangan yang akan datang.

Nabi Isa telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor mulia yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan dari Allah juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu adalah atas izin Allah, baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah, kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah yang mana kebanyakan penganut dunia kristian hari ini menolaknya dan bermacam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah. Baginda kemudiannya telah di selamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh pendita yahudi yang tidak senang hati dengan baginda pada ketika itu, yang mana si pengkhianat Judas Iscariot telah diubah oleh Allah supaya menjadi seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Begitulah antara gambaran yang telah dicatatkan di dalam “The Last & Final Testement of God” iaitu Al-Quran mengenai Nabi Isa yang menjadi pegangan seluruh Islam.

Walaupun kristian turut memaparkan perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa sebagaimana muslim tetapi cara mereka amat bertentangan sekali dengan kita. Kita amat sayang dan cinta dengan Nabi Isa kerana baginda adalah salah seorang Nabi Allah, segala mukjizat yang diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda adalah seorang utusan Allah yang membawa ajaran yang benar. Tetapi orang kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda itu adalah salah satu dari oknum ketuhanan di dalam triniti atau tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan tidak masuk akal manusia yang waras.
Dalam perbincangan kali ini, kita akan melihat serba ringkas tentang doktrin-doktrin yang utama di dalam ajaran Kristian ini. Secara ringkas dapat kita menggariskan doktrin tersebut dalam lima perkara yang utama sebagaimana yang akan diterangkan di bawah.

Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)

Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut “The Garden Of Eden” (sila lihat The book Of Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.

Doktrin anak tuhan (The Sonship of God)

Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan. Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.

Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)

Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah’s Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.

Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.

Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)

Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.

Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka agung-agungkan.

27 May

56 Ulasan untuk artikel “Asas-asas Ajaran Kristian”

  1. sangkakala zaman Says:

    salam sejahtera teman2 muslim or non muslim..;-)..semoga sihat2 aja..
    ok..straight point;;persoalan mudah simple untuk kepastian gua pada teman2 kristian;;

    benarkah IMAN kalian berakidahkan Tuhan di bantai,di pukul, di keji,di LUDAHI, di salib kutukan diperlakukan makhluk2NYA sendiri???

    jawapan;;………………………………………..?

    benarkah Alkitab kalian 100% firman Tuhan bagi iman kalian??
    jwap;………………………………..?

    bagaimana keberadaan beratus2 KEWUJUDAN ayat2 berunsur lucah n ayat2 pertentangan di dalam al kitab kalian yg pelbagai VERSI??
    jwap;………………………………?

    benarkah iman doktrin alkitab kalian menyatakan para nabi Rasul itu mlakukan dosa cntoh SEKS ssma anak,gundik, n dll??
    jwap;…………………….?

    tamat;;

    sebelumnya gua harus nyatakan semoga tiada salah faham..penyata2 gua langsung secebis pun tiada niat untuk menFITNAH..hanya persoalan simple jujur dari hati kecil gua..ok..(selesai).
    setiap yg gua nyatakan itu FAKTA ddlm alkitab kalian..rasanya gua x perlu tunjukkan ayat2nya kerna gua yakin kalian mengetahui MENGAKUI kewujudan ayat2 alkitab tersebut.(jika kalian masih mahu ayat2nya gua boleh berikan)..
    ssguhnya akuannya,,gua tidak tergamak mnunjukkan ayat2 trsbut kecuali jika di IZIN kan…;-).
    khuatir menyakitkan hati kalian tanpa sedar..maaf..semoga teman2 memahami..;-)

    yup,hanya itu argument gua..semoga ada teman2 yg boleh menjelaskan kepada gua sejujurnya..salam..;-).peace.

  2. sy pun manusia Says:

    setahu sy injil ada memberitahu ramai nabi2 yg palsu akan wujud selepas Jesus hidup dari mati. masud sy Jesus bangkit selepas 3 hari dikuburkan dan selepas menyelesaikan tugasNya menebus dosa manusia mengikut kehendak Allah Bapa. Ya jika difikirkan memang ajaran Islam x boleh pakai sebab dalam Injil menyatakan seorang lelaki untuk seorang wanita dan mereka berdua akan menjadi satu. lepas tu ada jugak wanita dibentuk dari tulang rusuk lelaki. tapi satu sj la tulang rusuk lelaki yang hilang. yg Islam ajarkan lelaki boleh kawin ramai(nampak sangat nafsu).dan Nabi Muhammad ada ramai isteri, kalau x silap 12 orang. yg paling muda umur 9 tahun (tp xda pun masyarakat Islam war-warkan hal ini, mungkin malu kot). klau skrg memang kes juvana la merogol dan mencabul budak under age 9 tahun tuuu..so sini nak cakap la kemungkinan besar Nabi Muhammad ini nabi yg palsu dinyatakan tu. sy harap penganut Islam jangan marah dengan keterangan sy ni. rungkai2kanlah fakta2 dalam alQuran. sy mohon maaf jika terkasar bahasa. sy x mau gaduh2. sy harap kita semua tidak menegakkan benang yg basah. kita sesama manusia sesama agama harus faham memahami dan jgn mengganggu agama lain. dlm agama x mahu kita bergaduh benci membenci. agama kita smua mengajar kita saling menyayangi sesama manusia. terima kasih..

  3. sy pun manusia Says:

    setahu sy dalam Injil ada menyatakan selepas kebangkitan Jesus dari kematian akan wujud nabi2 yang palsu. dalam Injil ada menyatakan seorang lelaki adalah diciptakan untuk seorang perempuan. dan Injil ada menyatakan perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. satu tulang rusuk lelaki hilang. Dalam AlQuran pula menyatakan lelaki boleh kawin ramai seperti Nabi Muhammad yg mengawini 12 orang perempuan. bini nya yg paling muda umur 9 tahun kan. kalau zaman sekarang memang masuk court lah merogol dan mencabul budak under age. 9 tahun tu..x kesian ke budak yg baru akil baligh ataupun belum lagi akil baligh kot. emm…dh mcm anak. klau 12 bini memang banyak lah tulang rusuk Nabi Muhammad yg hilang. klau bahasa yg lebih kena memang gundik2 lah bini2 dia tu. tentu mmalukan masyarakt Islam kan. nampak sangat nabi mereka ni bernafsu besar. dengan ini kemungkinan besar Nabi Muhammad mereka ni nabi palsu. fikir fikirkanlah wahai sahabat sahabatku dan rungkai rungkaikanlah fakta fakta alQuran. sy mohon maaf jika terkasar bahasa. sy x mau gaduh2, sy hanya berkongsi sperti mana yg diminta. janganlah kita benci membenci antara satu sama lain. semua agama tidak mengajar manusia atau penganutnya benci membenci. semua agama mengajar manusia saling menyayangi.

  4. penggenapanfirman Says:

    petikan dari ulasan wongtaefoo

    Melihat ketauhidan allah adalah semudah kita menatap ayat GENESIS yang berbunyi”ROH allah melayang – layang diatas air ” kemudian disusuli dengan ayat yang berbunyi ” Mari kita menciptakan manusia mengikut rupa kita agar mereka berkuasa keatas muka bumi ini ]…..

    perkataan ‘kita’ membawa erti kuantiti lebih daripada 1… not singular but plural…

    siapa yang bertelinga hendaklah mendengar

  5. ALDO (@serfansimbaolon) Says:

    Dari ulasan” yang di atas dan berbagai jawaban” tapi hanya 1 comentar yang buat saya berkali2 untuk membacanya yaitu ulasan dari saudara @Faizul @ Muallaf Says:
    apapun yang ada di pikiran anda dan jawaban seperti apapun itu tentang ( Jesus ) atau Agama CRistiani,Hanya 1 yang saya bisa bilang sama anda.Terimakasih dan ada satu puisi buat anda saudaraku.
    (kepandaian itu seperti celana dalam” kita perlu memakainya tapi tak perlu di umbar2 )

    salam dari saya

  6. ALDO (@serfansimbaolon) Says:

    Syalom semua..buat statement admin yang di atas bagi saya sudah sangat baik dan semua orang punya pola pikir masing2 dan kita harus menghargainya,
    akan tetapi statement apapun itu bagi saya sendiri yang menganut Agama Cristiani bahwa Jesus bukan Allah dan umat criastiani bukan menjadikanJesus sebagai Allah dan bagi saya sendiri Jesus itu Juruslamat bagi kehidupan saya dan umat cristiani, sama halnya seperti Umat muslim yang menghormati Nabi Muhammad S.W.T dan menjunjung tinggi Al-Quran dan ajaran” Nabi Muhammad S.W.T

    Kita harusnya perlu mengetahui Hal” yang mungkin beda sama pola pikir kita masing2 sebelum kita membuat statement yang belum tentu baik hasilnya,
    (God Bless You buat kita semua)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *