Apakah Pandangan Al-Qur’an Terhadap Keaslian Alkitab?
Ada di antara kalangan misionaris Kristian yang menyalahtafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an yang mengatakan bahawa Alkitab (Bibel) tidak boleh diubah kerana ia adalah kalam Allah. Mereka juga mendakwa bahawa Al-Qur’an menyuruh umat Islam supaya mempercayai ayat-ayat Alkitab kerana Al-Qur’an sendiri mengakui bahawa Alkitab itu datangnya daripada Allah. Sebenarnya, anggapan seperti ini adalah tidak tepat sama sekali.
Tidak dinafikan bahawa setiap Muslim wajib mempercayai kitab-kitab yang datang daripada Allah, tetapi Al-Qur’an langsung tidak memerintahkan supaya umat Islam mempercayai Alkitab (Bibel). Ia hanya menyuruh umat Islam supaya mempercayai kitab-kitab daripada Allah, yang semuanya berjumlah 104 kitab (termasuk Al-Qur’an). 104 itu ialah 100 buah suhuf (lembaran-lembaran) serta 4 buah kitab-kitab besar iaitu Taurat, Zabur, Injil and Al-Qur’an. Tetapi orang Islam mempercayai bahawa salinan asal kesemua kitab-kitab itu telah hilang, seperti yang dijelaskan oleh Rev. David J. Fant, seorang Setiausaha Umum bagi New York Bible Society:
The question naturally arises, do any of the original manuscripts of the Bible still exist? The answer is No. The original manuscripts were on papyrus and other perishable materials and have long since disappeared.
(Soalan biasanya ditanya, adakah naskah-naskah asal Alkitab masih wujud sehingga kini? Jawapannya tidak. Naskhah-naskhah asal di atas papirus dan bahan-bahan lain yang mudah rosak semuanya telah lama hilang)
Kenyataan di atas dipetik daripada Rev. David J. Fant, Simple Helps and Visual Aids to Understanding The Bible, m.s. 6.
Apa yang diperkatakan oleh Rev. David J. Fant juga diakui oleh ahli teologi Kristian bernama Dr. Verkuyl di dalam bukunya berjudul Fragmenta Apologetika, bahawa
Kitab-kitab Alkitab yang seluruhnya berjumlah 66 itu, datang kepada kita dalam bentuk salinan-salinan yang beribu-ribu banyaknya. Naskah-naskah asli yang tertulis dalam tulisan tangan-autographa telah hilang semua.
Walau bagaimanapun, kita orang Islam mengakui bahawa hanya sedikit sahaja kebenaran yang masih terkandung di dalam Alkitab. Kita sebagai orang Islam boleh menerima apa-apa ayat dari Alkitab asalkan ia selaras degan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah. Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan sahabat-sahabat baginda supaya jangan terus menerima atau menolak apa-apa yang dibawa dari Alkitab, sebaiknya hendaklah dikaji dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.
Allah s.w.t. juga telah berfirman di dalam Al-Qur’an, bahawa:
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah,” (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, kerana apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Baqarah (2): 79)
December 12th, 2007 at 9:36 pm
bagaimana dan al-quran apa masih ada juga tulisan yang ada id tulang-tulang,batu,pelepah kurma,?
August 5th, 2008 at 11:39 pm
Saya mempunyai Kitab Taurat dan Zabur peninggalan Alm.Ayah Saya, Kitab tsb sangatlah langka ( tua ) dan mungkin jarang orang yang masih memliki Kitab tsb.
Kitab Wasiat yang lama tentang segala Kitab perjanjian lama atau disebut KITAB TAURAT DAN KITAB ZABUR DAN KITAB KITAB NABI NABI. Yang diterbitkan oleh : Zevende Druk.C.A.SPIN & ZOON–AMSTERDAM–BELANDA.Tahun terbit 1928.yang tersalin ke bahasa Melayu (Malaysia). saat ini Kitab ini sedang saya jual di situs lelang :lelang88.com,dilelang.com dan eBay.com
April 28th, 2009 at 10:08 am
@dono. Maka seperti ditantang oleh salah satu ayat al quran: kumpulkanlah semua2 ahlimu dan buatlah satu saja ayat yg menyerupai al quran jika kamu bisa
August 12th, 2010 at 12:24 am
Islam tuh penenang jiwaku. Apapun yg kulakukan slalu diridhoi oleh-Nya shgga merasa tenang. Sholat 5 waktu, wiridan, ngerjain sholat2 sunnah, sering bc Al-Qur’an, wajahQ jd bersinar.. Serasa bersih mskipun Q g’prnh perawatan. Seger, adhem, slalu damai di jiwa, badan, &pikiranQ.. Apa kalian smw prnh rasain tu?
August 12th, 2010 at 12:36 am
Upz.. Ttg Al-Qur’an, ya? Bingung jg nanggepinx gmn.. Setw Q, Al-Qur’an tu huruf2x dinobatkn jd hrf yg paling bagus, paling OK seeejagad raya.. G’prcaya? Kalian, kn bs liat tulisan2 kaligrafi d toko2, pameran lukisan.. Bxk, toh?! Sekirax ada, gak tulisan2 lain yg bs nandingin kaligrafi? Kaya’hrf abjad biasa atw yg biasa disebut.. (he..he.. Lupa..). ALLAH SWT g’akn prnah membiarkn org yg telah meragukan Al-Qur’an hidup bahagia..
September 12th, 2010 at 7:47 pm
Alquran Saya tidak ragu lg…Yg kubingungkan adalah kenapa mereka umat Kristiani masih percaya dengan Alkitab ?Sedangkan isi dari pada Alkitab yang satu dengan lain telah ada perbedaan,Apakah Wahyu Tuhan memang bisa berubah-ubah ??Untuk saat ini bagiku belum bisa menerima secara Logika bw Alkitab sekarang ini adalah Asli..Saya percaya Injil itu ada cuma Asli atau Palsu ??
May 11th, 2011 at 1:32 pm
paulus pendusta agama
December 6th, 2011 at 9:05 pm
@dono,
tulisan pada tulang,batu dan pelepah telah dikumpulkan dan di salin semula keatas kertas dizaman Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman dan sampai sekarang. Dan disemak oleh mereka dari kalangan sahabt2 nabi yang hafal AlQuran yang ada otoriti berbuat demikian.
January 6th, 2013 at 1:06 am
orang islam percaya pada kitab injil yang diturunkan kepada nabi isa bukan pada alkitabnya jesus
June 16th, 2014 at 12:56 pm
artikel yang bagus, syukron